Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini, aku berkongsikan resipi makanan pelengkap untuk Adli, puri lobak dan puri epal. Disebabkan kali pertama aku bekalkan puri lobak bersama puri nasi berperisa ikan bilis kepada pengasuh, dan pengasuh kata butirnya agak kasar. Hehehe. Tu yang aku tak faham dengan mesin pengisar aku tu.
Jadi, gigih aku membuat puri dengan menapis untuk menjadikan lebih halus. Lenguh memang lenguh. Langkah lain yang aku buat ialah, kukuskan dia. Dengan menggunakan kukus baru cap Tupperware. Hehehe, makcik suka. Kali pertama aku mengukus sepanjang 28 tahun ini.
Bersihkan lobak dan potongkan ia, bersihkan epal dan potongkan ia. Kupas kulit ye. Susun dalam pengukus. Bawah lobak, atas epal. Sesudah itu, kasi kisar asing-asing sehingga halus. Kali ni aku puas hati, sebab aku campur je ngan air. Air masak. Geram aku bila kisar tak halus-halus ni. Jeles pulak dengan puri orang lain yang halus menggebu.
Habis kisar, masukkan dalam ice-cube tray cap Giant. Dua tray RM3.99, belum bayar lagi ni. Hihiii! dan sejuk bekukan. Tugas aku setiap malam, mengorek satu kiub puri lobak bersama puri nasi dan sejukkan di bahagian bawah peti. Esok, kasi campur puri lobak+puri nasi+ikan bilis halus dan warmkan guna warmer Autumnz.
Bawalah ia bersama stock EBM yang tidak berapa nak ada tu ke rumah pengasuh. Huihuihuihui! Bila balik, semua bekas dah mengosongkan diri. Rutin bermula semula. Whatever, aku suka bangat membuat resipi ini dengan tangan sendiri. Hurey!
Minggu pertama: Puri nasi + ikan bilis.
Minggu dua: Puri nasi + ikan bilis + puri lobak.
Minggu tiga: Puri nasi + epal. [belum mula]
Minggu empat: Puri nasi + ikan bilis + brokoli. [akan bermula]
Minggu lima: Puri kentang + ikan bilis. [dalam kepala]
Minggu enam: Puri kentang + lobak. [dalam perancangan]
Minggu seterusnya.... pusing-pusinglah resipi di atas mengikut kerajinan. Huahahahaha.
Malam tadi, belum sempat buat puri bubur untuk Adli, gas habis. Alamak! mujur sempat goreng telur mata untuk Auni. Time abi tak ada, time ni gakla masalah menimpa. Apalagi, kepala otak berfikir, macam mana nak buat puri bubur. Pling! nasi + air masak dan kisar. Huahahahaaa. Sama je kan kekdahnya. Nasiblah labu.
Pada masa yang sama orang maintenance datang minta duit macam biasa, udahlah makcik ni belum bergaji, mintanya untuk bulan-bulan yang sebelumnya sebanyak empat bulan. Gara-gara dia datang, tapi rumah tidak berorang. Habis nampak RM ada kepak. Makan megila jawabnya. Mujur ada duit khas untuk tabung Auni, umi pinjam dulu ye Auni. Suka datang masa abi tak ada. Aih!
Petang semalam, elok je singgah Maybank ATM berhajat untuk membayar hutang orang, aku jadi pelik tiba-tiba apabila tiada pilihan "pindaan pihak ketiga". Dalam kepala mencacak-cacak tanda soal. Apahal pula? selalu ok je aku transfer guna ATM yang sama. Lagila berpihak-pihak aku pindakan. Muskel. Kenapa ek?
Sebab sudah janji mahu bayar, terpaksa jugala menebalkan perasaan minta bantuan abi. Kekonon nak mengelak daripada dia. Huahahaaa. Tengok-tengok dia pula yang aku cari. Terkejut dia, aku kata pinjam duit orang RM42. Dia tanya aku dua kali, betul ke RM42? hehehe. Nasib baik dia tidak tanya lanjut, aku beli shawl 4 helai. Ekekekeke!
Terima kasih abi.
Nota hijau: Inilah, dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga digelek bulldozer. Sabar je lah! Cerita solid food, tapiii tercampur dengan masalah peribbadi pula, ahahaha. Banyak benar tanda tambah dalam entry ni, gaul je la semuanya.
