Pandai sangat tu, tidaklah. Tapi bila diberi kepercayaan, sedikit banyak boleh mendatangkan keyakinan bakat untuk diserlahkan. Biasa layan video mereka yang pro dengan lukisan canvas, melukis gitu-gitu ja, eh kita rasa terinspirasi juga cuma sedar diri, jemari ku keras.
Sebelum bermulanya aktiviti, kita termenung lama, menatap setiap lukisan satu persatu, ada lima helai kertas bersaiz a2, kali pertama tengok kertas saiz a2, besar. Tergelak sedikit melihatkan tiga jenis arnab pada setiap helaian. Mija sendiri pun gelak, kakaknya ni ikut sahajalah.
Seminggu juga mengerjakannya, penat berhenti sekejap. Lapar, makan. Rutin tetap rutin, cuma bersyukur jugalah tuan asben tidak pulang masa tengah bergelumang dengan mewarna lukisan buku cerita ni. Comot usah dikata, habis semua skill di serlahkan. Daripada berus berbulu sampai ke berus tegak, daripada berus tukar kepada span, satu warna campur dua tiga warna, oiii mejaku sangat bersepah kaluuu.
Hari Selasa lepas, Mija datang untuk ambil kerana hari esok, dia perlu bentangkan pada pensyarahnya. Alhamduillah, senang hati dapat membantu. Agak gelihati apabila Mira (kakak Mija) marah Mija susahkan kakIpar buat assignment, ye la kakIpar pun kena rest more, she know it. Mija menjawab dengan yakin "Mija warna sendiri, memang tenggelam terus". Kita jadi yakin lagi pabila tuan asben pun cakap cantik, jika kena dia warnakan pun memang entah ke mana-mana. Ihiii~ dapatlah buat kita ni perasan dan tersenyum untuk sehari.

![]() |
| macam-macam lecturer Mija tanya kak, guna warna apa, brand apa, guna berus macam mana. pening mija. |
Jadi, siap projek yang ini kita ada projek baru yang menanti. Tunggu kita fikir nama untuk projek baru tu dulu, baru kita show off kat sini, muahahaha~
Untuk semua pembaca, terima kasih sudi datang baca bloghijau ni, ada masa ni bolehlah kita blogwalk. Kita ambil berat atas semua nasihat kakak dan kawan-kawan sekalian, mekaceh~
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
.jpg)



2 comments:
Wah cantiknya! Siapa je tak puji kalau begini punya lawa. Makcik lawa pak! ehhh silap dialog daaa...
Banyak projek juta-juta ni..Jangan lupa rehat tau!
fiza: projek juta-juta, boleh macik buat treatment tulang. hihiiii~ maceh fiza.
Post a Comment