Mesin cucian sedang menjalankan tugas, kita ambil penyapu letak sebelah meja, niat hendak menyapu terhenti seketika, tangan rasa ngilu betul. Baiklah, time for show-off new project. Eh, tiber~
Projek kali ni, mudah sikit. Mudah namun perlukan material dan ilham yang hrmmm, kadang rasa letak je la, kadang rasa hrmmm kenot-kenot, tidak sesuai. Tapi redah je la, asalkan kepala tidak terlalu jauh berfikir.
Sebenarnya benda begini, kita belajar daripada buat planner-journal. Buat pun dalam planner sendiri sahaja, tengok orang buat kita cuba juga, walhal planner tu tidak pun hendak dijengah semula melainkan menyemak kejadian penting.
Alih-alih, cousin yang minta quilling frame hari tu, minta buat seperator planner tu dalam frame. I like? eh? Selain pembahagi planner kita buat juga sebagai kad ucapan Aidilfitri, Hari Guru atau Hari Ulangtahun Kelahiran, hanya kad bukannya letak dalam frame. Jadi, untuk memenuhi permintaan, kita cuba.
![]() |
| batch: hitam putih. |
menegak, hrmmm agak tak best buat menegak begini, untuk nama pendek, ok. nama panjang, tidak muat.
![]() |
| jadi, kita buat melintang sahaja. hendak nangis juga bila kena penuhkan frame tu untuk nampak seimbang. |
![]() |
| tiber rasa nak handwriting. tangan dah parkinson, takleh banyak guna sangat (alasan). |
![]() |
| batch: ada warna, dah handwriting namun nama tu tak naik. jadi kita korek majalah. |
![]() |
| macam biasa, bila dah siap akan ada sindrom rasa sayang hendak lepaskan. |
Kita gunakan bunga-bunga kering daripada bouquet birthday lepas untuk jadikan menarik sikit, menarik ke? ahahaha, bolehla idea daripada chatgpt. Guna rubber stamp dan washi. Seronok buat benda ni, tidak perlu ralit sangat menunduk tapi ink bersepah la kekdahnya, hitam di sana-sini. Guna warna-warna natural biar mudah hendak serasikan. Bolehlakan? sudah dia hendak sangat, janji dia gembira sudah. Thank you cousin.
![]() |
| sempat untuk jiran sebelah rumah. suka dia dapat ni. |
Ada yang minta kita ajar buat benda ni, kita bukannya tidak sudi hendak mengajar namun tiada bakat mengajar. Kita belajar pun daripada tengok ig dan tiktok, hahaa~ dorang yang pro planner-journal ni banyak betul idea. Seorang tu punya planner sampai 7 buah planner, semua isinya lain-lain meanwhile me? satu namun jadi rojak. Ihiii~ janji hati gembira, ya udah!
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.







No comments:
Post a Comment