Mesin cucian sedang menjalankan tugas, kita ambil penyapu letak sebelah meja, niat hendak menyapu terhenti seketika, tangan rasa ngilu betul. Baiklah, time for show-off new project. Eh, tiber~
Projek kali ni, mudah sikit. Mudah namun perlukan material dan ilham yang hrmmm, kadang rasa letak je la, kadang rasa hrmmm kenot-kenot, tidak sesuai. Tapi redah je la, asalkan kepala tidak terlalu jauh berfikir.
Sebenarnya benda begini, kita belajar daripada buat planner-journal. Buat pun dalam planner sendiri sahaja, tengok orang buat kita cuba juga, walhal planner tu tidak pun hendak dijengah semula melainkan menyemak kejadian penting.
Alih-alih, cousin yang minta quilling frame hari tu, minta buat seperator planner tu dalam frame. I like? eh? Selain pembahagi planner kita buat juga sebagai kad ucapan Aidilfitri, Hari Guru atau Hari Ulangtahun Kelahiran, hanya kad bukannya letak dalam frame. Jadi, untuk memenuhi permintaan, kita cuba.
![]() |
| batch: hitam putih. |
menegak, hrmmm agak tak best buat menegak begini, untuk nama pendek, ok. nama panjang, tidak muat.
![]() |
| jadi, kita buat melintang sahaja. hendak nangis juga bila kena penuhkan frame tu untuk nampak seimbang. |
![]() |
| tiber rasa nak handwriting. tangan dah parkinson, takleh banyak guna sangat (alasan). |
![]() |
| batch: ada warna, dah handwriting namun nama tu tak naik. jadi kita korek majalah. |
![]() |
| macam biasa, bila dah siap akan ada sindrom rasa sayang hendak lepaskan. |
Kita gunakan bunga-bunga kering daripada bouquet birthday lepas untuk jadikan menarik sikit, menarik ke? ahahaha, bolehla idea daripada chatgpt. Guna rubber stamp dan washi. Seronok buat benda ni, tidak perlu ralit sangat menunduk tapi ink bersepah la kekdahnya, hitam di sana-sini. Guna warna-warna natural biar mudah hendak serasikan. Bolehlakan? sudah dia hendak sangat, janji dia gembira sudah. Thank you cousin.
![]() |
| sempat untuk jiran sebelah rumah. suka dia dapat ni. |
Ada yang minta kita ajar buat benda ni, kita bukannya tidak sudi hendak mengajar namun tiada bakat mengajar. Kita belajar pun daripada tengok ig dan tiktok, hahaa~ dorang yang pro planner-journal ni banyak betul idea. Seorang tu punya planner sampai 7 buah planner, semua isinya lain-lain meanwhile me? satu namun jadi rojak. Ihiii~ janji hati gembira, ya udah!
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.







26 comments:
lawaaaa....
kita geram tenok washi tape, rubber stamp comel2, sticker lawa2...
tunggu la kita menetap dekat Tronoh, nak jadikan loteng atas tempat ibu bersantai.. hahaha.. banyak betul lah kononnya masa nanti kan
cantik sgt2 ni!! u boleh buat side income/amik order sbb u sgt kreatif!
Cantik sangat memang kreatif.
Suka tengok gabungan idea pakai bunga kering birthday lepas dengan kepingan majalah tu, nampak sangat klasik dan estetik hasilnya. Walaupun cakap tangan menggigil nak menulis, tapi bila dah siap melintang penuh macam tu, memang seimbang dan nampak eksklusif sangat. Bertuah sepupu dengan jiran dapat hadiah handmade yang sarat dengan nilai seni macam ni!
Subhanallah, memang berbakat betul buat benda2 berseni ni!
Krratif dan berseni betul jari ko Cha..
Sis suka gak tengok video benda camni haa..
Nak buat sendiri memang tak laa hihihi jari kayu
Moga terus berkarya, tapi kesihatan kena jaga juga tau.
Cantiknya Sya! Benda macam ni bukan tak nak mengajar tapi bakat tu tak semua orang ada kan. Berbunga-bunga hati penerima hasil kerja tangan Sya ni.
Tuhlaah kaan. Saya kalau lihat Macam2 jurnal yg dihias kreatif sangaaaat, langsung teringin buat juga. Tp masalahnya tak ada bakat seni. Kalau buat, begitu2 saja bentuknya 🤣🤣. Itupun hasil lihat dr tempat lain. Cantik2 memang yg kak cha buat
Dulu sekolah menengah ada juga buat buku scrap macam ni. Dapat la juga tambah2 markah seni. Tapi Cha buat ni advanced sangat. Cantikkkkkk !!
kalaulah ammi yang diberi tugasan ni...entahlah jadi apa
linda: personal studio going to be, eee i like.
mama zharfan: cousin pay me a lot. sampai rasa segan. she said, ko buat time ko happy, mesti cantik. aih~
cie: Allah anugerahkan cantik tu, kita usaha je cie. alhamdulillah.
syaz rahim: alhamdulillah, semoga mereka happy menerimanya. dah lama tak buat handwriting sebenarnya.
carneyz: alhamdulillah, kita share ilham dari Allah. mekaseh carneyz.
sislin: haaa tu la hasil suka tgk video juga ni, walhal memula tu rasa mcm apabendalaaa, tapi lelama hati cam lega. so i just keep it up je la.
kak mulan: baik kak mulan, mekaseh ingatkan. hugs~
fiza: terima kasih sebab faham sangat. nama setiap items tu pun kita tak reti. sebab tools semua tu from my bestfren, dia yg bagi.
fanny: u travel je la fann, buat travel journal. tampal je item kenangan in one book, letak date and sikit story, dah siap. lelama improve automatik nanti.
faa: sy takde faa, buku skrap sy mmg basic sangat. tapi masa skola mmg da ada jounal, papa suka bg diari felda setiap tahun.
ammi: sy ada utk ammi, pass it to me. ihiii~
Cantek la chaaa.... nnt klu ada rezeki bole order ni
kak retna: yg ni senang sikit, hahaaa banding quilling.
Akak suka betul dengan orang yg tangannya kreatif ni
kakak sa: ihiii, alhamdulillah. Allah jua yg layak dipuji.
Post a Comment