Saturday, 1 August 2026

Luahkan Emosimu Biru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hai Ogos, tapi entri ni campak belakang punya kejadian.

Julai datang, baby Julai Fajjida sudah bunyikan semboyan, 
"uols jom lepak Che Bunga, nak makan mi celop" katanya. 
So semua onz, pling...pling... pling... saling berbual di wA. Mak-mak mahu me time. Borak hari Selasa, mengajak keluar hari Rabu. Nak tema apa? kitanya memang gemar ada tema, senang nak mengacu outfit keluar carta aura warna mengikut hari, Rabu is blue. 

Rabu, Fajjida again.
"koraaaang, Ida minta maaf pekerja Ida cuti, Ida kena jaga kedai" makmaktime delay hari Khamis. Pagi Khamis, Fajjida rojer kita dahulu takut pekerja minta cuti lagi, eh betul. Namun, tidak mungkin tunda kali kedua, Fajjida nekad tutup kedai untuk hari itu. Dan rancangan kembali onz. Tema kuningkah? owh tidak... kita teruskan dengan biru.

So far, mereka sampai berempat berkumpul sekali meletak kereta di tempat yang sama kecuali kita, kita memang suka berkecuali, selalunya rare termasuklah outfit hari itu, disebabkan semua tudung biru sudah dipinjamkan kepada Linda, hanya tinggal koshibo sahaja. Siap tanya mereka berempat, takpe kita pakai lelabuh macam ni, baju kurung siap sebab mudah, memang outfit hari-hari. Dorang semua okey.
"ok je Sya, suka tengok. Rasa sejuk mata memandang." telinga yang dengar ni, rasa sampai ke jiwa munga-munga. Turun sahaja kereta, nah semua sepakat blueblack, Allahuakbar... sebetulnya mereka jarang memakai warna-warna soft, kita ada juga memakainya sekali sekala. 



kita ialah penghubung apabila noorulsahida antara nurul, ida, linda dan kak midah.

Kita lagi yang lain hahaa disaat semua mi celop kita dengan kerabu megi, sudahnya menyesal sebab too masin di lidah ini. Macam biasa makan, melepak, dan heart to heart. Seorang demi seorang bercerita, selesai semua sampai habis topik, habis makan dan habis air. Alhamdulillah~

Fajjida yang bayar untuk semua pada hari itu yang pada awalnya macam biasalah bergaduh dikaunter bayaran pabila masing-masing hulur duit sendiri, kadang sampai bersilat mengelak seseorang menyelit duit dalam handbag tukang bayar. Selesai berpamitan, semua pulang ke rumah dengan kepala ringan dan berjanji akan makan bersama lagi nanti-nanti. 

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

No comments: