Kisah semalam.
Salam Maulidurrasul, pagi yang hening tuan asben bersiap belikan ticanai sebelum keluar, kita keluar ayam beku dan time for huhuhaha.
"tayar belakang tu pancit, nanti ajak Aie pergi tampal tayar" suara tuan asben sewaktu di meja makan. I like "what?" dalam hati, eh why not u bawa sekejap sebelum keluar tu. Dalam hati saja, kita malas hendak mulakan argument.
"boleh bawa lagi tu, belum flet habis, pergi kedai kat Matang Pagar tu ja" cadang dia lagi, eleh tayar flet pun kita leh pam dengan pam tayar beskal, setakat bawa gi bengkel apalah sangat- monolog dengan diri sendiri disamping sudah rasa protes. Kau sabar Syasya, selawat banyak-banyak, keep calm.
Pergi dengan Adli ke bengkel yang sebelum ini juga pergi dengan Arrizqi. Bengkel lengang sahaja, memang Alza kita one and only customer on that morning.
Dua orang staff, seorang jack Alza terbang tinggi dan pam empat tayar, seorang lagi buat tampal tayar yang kurang angin. Kerja menampal tayar siap tidak sampai 15 minit, eh?
Kita macam curious juga, takkan sekejap benar. Rupanya, memang begitu.
Dua cara tampal tayar yang biasa:
- Tampal luar (cucuk cacing) - masuk alatan dari luar tanpa buka tayar, lebih cepat dan mudah, murah (metod for Alza kali ini)
- Tampal dalam - kena buka tayar, tampal menggunakan cacing atau mushroom patch yang lebih kukuh dan selamat dari dalam, lebih tahan lama. (metod Alza kali lepas).
Kebocoran tayar yang tidak boleh ditampal apabila:
- Dinding tepi tayar koyak atau bocor: perlu tukar keseluruhan tayar.
- Lubang terlalu besar: lebih 6mm
- Bunga tayar sudah terlalu botak: tayar haus.
- Tayar telah ditampal kerap: lebih dua kali tayar yang sama.
Harga setakat ini bayar RM8 sahaja. Thank you so much! Dalam perjalanan balik rumah, bawa Adli ke kedai belanja jajan upah temankan dan misi selesai~
Selagi boleh buat sendiri, ayuh kita.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

No comments:
Post a Comment