Wednesday, 26 August 2026

Alza Tayar Bertampal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kisah semalam.

Salam Maulidurrasul, pagi yang hening tuan asben bersiap belikan ticanai sebelum keluar, kita keluar ayam beku dan time for huhuhaha.
"tayar belakang tu pancit, nanti ajak Aie pergi tampal tayar" suara tuan asben sewaktu di meja makan. I like "what?" dalam hati, eh why not u bawa sekejap sebelum keluar tu. Dalam hati saja, kita malas hendak mulakan argument.
"boleh bawa lagi tu, belum flet habis, pergi kedai kat Matang Pagar tu ja" cadang dia lagi, eleh tayar flet pun kita leh pam dengan pam tayar beskal, setakat bawa gi bengkel apalah sangat- monolog dengan diri sendiri disamping sudah rasa protes. Kau sabar Syasya, selawat banyak-banyak, keep calm.
Pergi dengan Adli ke bengkel yang sebelum ini juga pergi dengan Arrizqi. Bengkel lengang sahaja, memang Alza kita one and only customer on that morning.
Dua orang staff, seorang jack Alza terbang tinggi dan pam empat tayar, seorang lagi buat tampal tayar yang kurang angin. Kerja menampal tayar siap tidak sampai 15 minit, eh?
Kita macam curious juga, takkan sekejap benar. Rupanya, memang begitu.

Dua cara tampal tayar yang biasa:
  • Tampal luar (cucuk cacing) - masuk alatan dari luar tanpa buka tayar, lebih cepat dan mudah, murah (metod for Alza kali ini)
  • Tampal dalam - kena buka tayar, tampal menggunakan cacing atau mushroom patch yang lebih kukuh dan selamat dari dalam, lebih tahan lama. (metod Alza kali lepas).
Kebocoran tayar yang tidak boleh ditampal apabila:
  • Dinding tepi tayar koyak atau bocor: perlu tukar keseluruhan tayar.
  • Lubang terlalu besar: lebih 6mm
  • Bunga tayar sudah terlalu botak: tayar haus.
  • Tayar telah ditampal kerap: lebih dua kali tayar yang sama.

Harga setakat ini bayar RM8 sahaja. Thank you so much! Dalam perjalanan balik rumah, bawa Adli ke kedai belanja jajan upah temankan dan misi selesai~
Selagi boleh buat sendiri, ayuh kita.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

22 comments:

Ako Retna said...

Haha xpe cha... selagi masih kuat kudrat, selagi masih bole buat sendiri, ayoh berdikari je.. kita sure awak seorang yang kuat dari segi semuanya....

Hahaa k ret pun kdg bila hidup sorang ni mmg semua nya kena buat sndri, x bole nak harap kan org lain sgt. Kalau tak nanti sampai bebila pun jadi malas dan penakut.

Sis Lin said...

Nasib baik nampak sebelum kemana-mana, kalau tak .. pancit atas jalan lagi susah kannn

Mulan said...

Stay strong & stay sweet. Moga dipermudah kan semua urusan Cha.

Mama Zharfan said...

ok, MZ baru tahu, cha ni namanya syasya...lawa la nama syasha!

Pizzah said...

Takpe Sya, buat sendiri je lah kan kalau dia dah kata begitu. Maknanya dia tak dapat buat atau tak nak nak buat lah tu. Mujurlah dah tahu tayarnya bocor. Kalau tengah bawak tu bahaya.
Teringat dulu masa drive pergi kerja, ada rider tu hon bagitahu tayar pancit. Gelabah kejap tayar pancit. Mujurlah tak jadi apa dah nak dekat tempat kerja. Balik tu lah baru pergi menampal.
Ye, kejap je nak tampalnya pun. Dulu tak silap RM5 je. Tapi RM8 tu kita consider murah lagi lah kan.

Dapatlah juga Adli upah teman.

Puan Hazel said...

Boleh PH panggil Sya? Sedap namanya :)
PH pun pernah bawa keta pergi tampal tayar, memang kejap je kalau tampal luar.

Roziah @ Cie said...

Perempuan badang semua boleh buat. Go Syasya go!

Suria Amanda said...

kita buktikan org perempuan semua boleh kan Cha

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Nasib baik istrinya sangat berdikari kan, bisa juga bawa bengkel untuk tambal tayar 👍😄. Saya pun harus membiasakan juga untuk bisa mandiri. Banyak yang belum bisa saya lakukan sendiri, apalagi driving. Memang belum lulus lah . Jangan harap bisa bawa mobil ke bengkel kalau kenapa2

adnil linda said...

begitulah kita... ayohhh kuattt

Mznimnwr said...

nasib baik harganya murah je. kita bab2 kereta ni risau kalau kena mahal ahakss

ch@ said...

kak retna: u inspired me sis. thank you si much, teringinnya hendak dating dgn u.

ch@ said...

sislin: setakat ni, alhamdulillah jika Alza ni merajuk, ia nya berada di tempat yg mudah utk kita memujuknya.

ch@ said...

kakmulan: auuuuuuuu~ i love this, thank you so much sistaaa!

ch@ said...

mama zharfan: still bukan nama dalam ic. ihiiii, i just suka nama tu sebab panggilan daripada baby.

ch@ said...

fiza: kan, kita pernah sekali juga kereta pancit dijalanan, rezekinya masa tu dengan asben. skrg, drive sendiri bila rasa lain macam je, mula tak sedap perasaan. Adli mmg ambil peluang.

ch@ said...

puan hazel: boleh ja.
rasa macam magic bila kejap sgt proses menampal tu berlaku.

ch@ said...

cie: kita road to badang ni cie, inshaaALLAH will be. chiayo~

ch@ said...

kakSA: inshaaALLAH serbabisa gitu.

ch@ said...

fanny: ada kelebihan, ada kekurangan bila tak pandai drive ni. cuma kak masih memilih biar tak pandai drive, nnt kita ada driver hendak ke mana-mana, aaagitu. bila ALLAH dah susun kehidupan kita, kita boleh.

ch@ said...

linda: letsegooo~!

ch@ said...

mazni: hang taktau, kita ni tanya chatgpt. tanya google. hahahaaa~