Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semua macam biasa sehinggalah
"umie" Arrizqi wA emak yang baru selesai solat Isyak. Baru hendak turun melihat keadaan rumah yang entahlah, bergelimpangan.
"mata saya alergi" wA bersambung, emak mengusik Adli yang sedang di meja kerja emak sedang menyediakan pidato untuk hari esok.
"mata adik alergi, mesti kena ke hospital ni, ubat dia dah habis" emak mencari Arrizqi di biliknya.
"yeay, takyah sekolah" cepat Adli mengeluarkan penyataan.
"apa???!!!" emak membuntangkan mata dan Adli hanya senyum menyimpul dengan kening terangkat-angkat. Emak melawat Arrizqi sambil berfikir dan wA tuan asben.
Lupakan kisah makan dahulu, kita bersiap. Waktu sama seperti kali lepas, jam 11pm.
Sampai di kecemasan hospital emak turunkan Adli dan Arrizqi, minta bantuan Adli daftarkan Arrizqi sementara emak meletak kereta. Emak naik ke kaunter pendaftaran, Adli dan Arrizqi masih di pendaftaran. Emak rasa macam aneh sikit tapi layankan je la, mengikut perceritaan warded kecemasan kali lepas, Arrizqi terus sahaja di dripkan ubat, kali ni? ok takpe. Kita layan dulu, sehinggalah jam melepasi 12pagi.
Kita sampai sudah duduk di lantai hallway kerana pesakit hospital terlalu ramai. Kerusi menunggu tidak ada ruang kosong langsung, kaunter pendaftaran sudah melepasi angka 0001 untuk giliran hari berikutnya. Nombor di skrin bagaikan tidak bergerak namun jam terus berdetik dari 12pagi ke 1pagi. Arrizqi sudah pun bersandar pada emak, emak rancak berbual dengan teman baru seorang Ustazah Kafa yang menemankan emaknya seawal 6petang tadi. What? 6petang? 6petang sampai 2pagi masih tidak selesai lagi, kita yang datang 11malam ni? ok takpe, kita tengok sejauh mana boleh pergi nombor 1k milik Arrizqi ni. Tuan asben sudah pun dengan tidurnya. Penatnya menunggu. Akhirnya Arrizqi bersuara juga.
"umie, jomla kita pergi klinik je, letihla" emak terus call si bapa, dia menyuruh ke klinik panel. Let's go.
Kita tinggalkan hospital just like that, atas nasihat ustazah kafa tadi. Marah, geram simpan nanti dulu, yang penting cari rawatan untuk Arrizqi dan memerlukan fokus untuk memandu ke klinik panel si bapa. Memandu ke Bandar Baru Sg. Buloh sambil berbual dengan Adli, terima kasih Adli temankan. Berbual tentang sekolah, tentang Adli, tentang masa depan. Ada disuruhnya emak langgar semua lampu merah, emak menurut arahan, takut juga bila hanya kereta kita satu-satunya atas jalan raya. Jam 2.10pagi sampai di Klinik Utama, one and only patient. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan di sini. Petugas peramah, doktor pun baik siap tawarkan mc buat Arrizqi.
Keluar dari klinik dengan lega, Arrizqi minta cari sarapan pagi. Aduhai anak, mak dah rabak ni. Tangan rasa mengilu gila namun permintaan Arrizqi perlu dipenuhi juga. Okey kita pergi SC je la, tempat emak beli barang dapur yang memang buka 24jam. Selesai, kita terus balik rumah, jam 3.30pagi. Semua tidur lambak di hall sahaja, letih. Emak perlu hantar Auni ke sekolah kerana dia tidak boleh bercuti. Hantar Auni, emak sambung tidur dan kebetulan handphone mati terus. Bye semua, goodnite.
![]() |
| suasana pagi. |
![]() |
| waiting in HSB. |
![]() | ||||
bongsu emak.
|
- لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.





No comments:
Post a Comment