Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semua macam biasa sehinggalah
"umie" Arrizqi wA emak yang baru selesai solat Isyak. Baru hendak turun melihat keadaan rumah yang entahlah, bergelimpangan.
"mata saya alergi" wA bersambung, emak mengusik Adli yang sedang di meja kerja emak sedang menyediakan pidato untuk hari esok.
"mata adik alergi, mesti kena ke hospital ni, ubat dia dah habis" emak mencari Arrizqi di biliknya.
"yeay, takyah sekolah" cepat Adli mengeluarkan penyataan.
"apa???!!!" emak membuntangkan mata dan Adli hanya senyum menyimpul dengan kening terangkat-angkat. Emak melawat Arrizqi sambil berfikir dan wA tuan asben.
Lupakan kisah makan dahulu, kita bersiap. Waktu sama seperti kali lepas, jam 11pm.
Sampai di kecemasan hospital emak turunkan Adli dan Arrizqi, minta bantuan Adli daftarkan Arrizqi sementara emak meletak kereta. Emak naik ke kaunter pendaftaran, Adli dan Arrizqi masih di pendaftaran. Emak rasa macam aneh sikit tapi layankan je la, mengikut perceritaan warded kecemasan kali lepas, Arrizqi terus sahaja di dripkan ubat, kali ni? ok takpe. Kita layan dulu, sehinggalah jam melepasi 12pagi.
Kita sampai sudah duduk di lantai hallway kerana pesakit hospital terlalu ramai. Kerusi menunggu tidak ada ruang kosong langsung, kaunter pendaftaran sudah melepasi angka 0001 untuk giliran hari berikutnya. Nombor di skrin bagaikan tidak bergerak namun jam terus berdetik dari 12pagi ke 1pagi. Arrizqi sudah pun bersandar pada emak, emak rancak berbual dengan teman baru seorang Ustazah Kafa yang menemankan emaknya seawal 6petang tadi. What? 6petang? 6petang sampai 2pagi masih tidak selesai lagi, kita yang datang 11malam ni? ok takpe, kita tengok sejauh mana boleh pergi nombor 1k milik Arrizqi ni. Tuan asben sudah pun dengan tidurnya. Penatnya menunggu. Akhirnya Arrizqi bersuara juga.
"umie, jomla kita pergi klinik je, letihla" emak terus call si bapa, dia menyuruh ke klinik panel. Let's go.
Kita tinggalkan hospital just like that, atas nasihat ustazah kafa tadi. Marah, geram simpan nanti dulu, yang penting cari rawatan untuk Arrizqi dan memerlukan fokus untuk memandu ke klinik panel si bapa. Memandu ke Bandar Baru Sg. Buloh sambil berbual dengan Adli, terima kasih Adli temankan. Berbual tentang sekolah, tentang Adli, tentang masa depan. Ada disuruhnya emak langgar semua lampu merah, emak menurut arahan, takut juga bila hanya kereta kita satu-satunya atas jalan raya. Jam 2.10pagi sampai di Klinik Utama, one and only patient. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan di sini. Petugas peramah, doktor pun baik siap tawarkan mc buat Arrizqi.
Keluar dari klinik dengan lega, Arrizqi minta cari sarapan pagi. Aduhai anak, mak dah rabak ni. Tangan rasa mengilu gila namun permintaan Arrizqi perlu dipenuhi juga. Okey kita pergi SC je la, tempat emak beli barang dapur yang memang buka 24jam. Selesai, kita terus balik rumah, jam 3.30pagi. Semua tidur lambak di hall sahaja, letih. Emak perlu hantar Auni ke sekolah kerana dia tidak boleh bercuti. Hantar Auni, emak sambung tidur dan kebetulan handphone mati terus. Bye semua, goodnite.
![]() |
| suasana pagi. |
![]() |
| waiting in HSB. |
![]() | ||||
bongsu emak.
|
- لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.





24 comments:
Kalau bukan kes kecemasan elakkan ke hospital memang lambat. Doktor kurang & pesakit ramai. Terus je ke klinik yang buka 24jam lebih cepat dapat rawatan.
Kecemasan ni dia akan utamakan yang betul-betul teruk dulu. Pernah je ada pengalaman hosp. gomen datang petang asar macam tu, pagi esoknya lepas subuh baru lah bapa mentua (arwah) dapat rawatan dan masuk wad. Bagus juga pergi klinik panel, tak lama menunggu sangat dan dapat rawatan lebih cepat. Semoga cepat baik matanya. Mak pun kena cukup rehat.
nasib baik klinik panel tu 24H..
patutnya nya dari awal terus ke situ kak.. p kecemasan, memang makan masa lah.
moga cepat sembuh ya Arrizqi
ala ayahnya ada panel...kalau ammi terus je ke situ.
Ya Allah lamanya kaaaak . Dokternya cuma 1 ke? Kasian juga yg menunggu dari sore tuh 😱😱. Memang bagus pindah ke klinik lain lah.
Terbayang lebihnya , jam 3.30 baru balik rumah ,😔. Apapun, semoga dah membaik kondisi mata si adik yaa
Semoga Arrizqi cepat sembuh.
Sedihnya bila terpaksa menunggu lama, kasihan Arrizqi mesti penat sangat. Nasib baik Klinik Utama buka waktu sesak begitu. Moga Arrizqi cepat sembuh ya!
Semoga Arrizqi budak bijak cepat sembuh 🙏
Moga dah sembuh sepenuhnya. Take care ya Cha.
Harap riqzi makin sihat ye... cha pun jaga kesihatan juga tau #hugs
cie: itulah, sebab masa 1st kena hari tu, mmg terus masuk kecemasan. lepas ni, mmg cari klinik je la.
fiza: inshaaALLAH, Allah bagi pengalaman dan pengajaran. kita belajar daripada situ.
linda: tekad je masa tu, tgk je la klinik mana yg ada.
ammi: saja, diberi peluang berjalan sebelum Subuh.
fanny: terima kasih fann. alhamdulillah ubatnya serasi.
kak carneyz: mekaceh kak. alhamdulillah, sudah kembali ke sekolah.
syaz rahim: terima kasih awak. lega juga klinik tu buka, sbb dah biasa ke situ.
faa: panjang akal dia ni, mekaceh faa.
kak mulan: inshaaALLAH, mekaceh kak mulan. alhamdulillah sembuh dua hari kemudian.
kakretna: hugs~
arrizqi mata bengkak2 pun tetap encem. alhamdulillah sembuh dah akhirnya.
saya kuram gi klinik atau hospital kerajaan sebab nila, waiting time terlalu lama. biarlah mereka2 yg ada sakit kronik yg didahulukan dulu
moga arrizqi cepat2 sembuh dan terus sihat...kiranya cha yg uruskan anak2 yer ie drive awal pagi gitu..Allahumma yassir
mazni: itulah, tahu je akan lama menunggu, saja menceburkan diri, mengada sangat. keke~
mama zharfan: bila dgn alergi ni, all must try test, baru dpt kesan apa yg dia betul tak boleh nak ambil. ahaaa, ye kita yg uruskan dorg ni sbb asben mmg di melaka.
Post a Comment