Saturday, 1 August 2026

Luahkan Emosimu Biru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hai Ogos, tapi entri ni campak belakang punya kejadian.

Julai datang, baby Julai Fajjida sudah bunyikan semboyan, 
"uols jom lepak Che Bunga, nak makan mi celop" katanya. 
So semua onz, pling...pling... pling... saling berbual di wA. Mak-mak mahu me time. Borak hari Selasa, mengajak keluar hari Rabu. Nak tema apa? kitanya memang gemar ada tema, senang nak mengacu outfit keluar carta aura warna mengikut hari, Rabu is blue. 

Rabu, Fajjida again.
"koraaaang, Ida minta maaf pekerja Ida cuti, Ida kena jaga kedai" makmaktime delay hari Khamis. Pagi Khamis, Fajjida rojer kita dahulu takut pekerja minta cuti lagi, eh betul. Namun, tidak mungkin tunda kali kedua, Fajjida nekad tutup kedai untuk hari itu. Dan rancangan kembali onz. Tema kuningkah? owh tidak... kita teruskan dengan biru.

So far, mereka sampai berempat berkumpul sekali meletak kereta di tempat yang sama kecuali kita, kita memang suka berkecuali, selalunya rare termasuklah outfit hari itu, disebabkan semua tudung biru sudah dipinjamkan kepada Linda, hanya tinggal koshibo sahaja. Siap tanya mereka berempat, takpe kita pakai lelabuh macam ni, baju kurung siap sebab mudah, memang outfit hari-hari. Dorang semua okey.
"ok je Sya, suka tengok. Rasa sejuk mata memandang." telinga yang dengar ni, rasa sampai ke jiwa munga-munga. Turun sahaja kereta, nah semua sepakat blueblack, Allahuakbar... sebetulnya mereka jarang memakai warna-warna soft, kita ada juga memakainya sekali sekala. 



kita ialah penghubung apabila noorulsahida antara nurul, ida, linda dan kak midah.

Kita lagi yang lain hahaa disaat semua mi celop kita dengan kerabu megi, sudahnya menyesal sebab too masin di lidah ini. Macam biasa makan, melepak, dan heart to heart. Seorang demi seorang bercerita, selesai semua sampai habis topik, habis makan dan habis air. Alhamdulillah~

Fajjida yang bayar untuk semua pada hari itu yang pada awalnya macam biasalah bergaduh dikaunter bayaran pabila masing-masing hulur duit sendiri, kadang sampai bersilat mengelak seseorang menyelit duit dalam handbag tukang bayar. Selesai berpamitan, semua pulang ke rumah dengan kepala ringan dan berjanji akan makan bersama lagi nanti-nanti. 

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

20 comments:

Mama Zharfan said...

best dpt share kisah masing2 dgn kwn2 yg dipercayai :)

Roziah @ Cie said...

Syok juga tu sesi borak2 & makan2 bersama. Cie dah lama takde moment macam ni. Takde kawan 🤣

Ako Retna said...

Eh kita suka pegi che bunga... kadang sanggup bkfs kat sana bila teringin nak makan nasi air.. nasi dagang pun sedap.. eh sume pun sedap la tp sbb kita pegi hujung minggu mmg ramai la manosia kan.

Pizzah said...

Syok ada geng mak-mak berkumpul. Siap ada tema lagi tu. Ni lah cara mak-mak meluahkan perasaan gitu kan.

ch@ said...

mama zharfan: setakat ni, yg ni paling dekat dan boleh minta hugs bila rasa nak hugs. alhamdulillah, dorang sporting. selalu kena marah pun ye, selalu dpt advice pun ye juga.

ch@ said...

cie: cie ada rakan opis cie, tgk asben cie pun rajin bawa cie hang out together. kita mmg dr dulu2 cari kawan banding fmly. tahlaaa.

ch@ said...

kak retna: iya hujung minggu, cuti sekolah. weols selalu haihaibaibai ja. yg dorg ni pun baru sekali dua ja pernah makan di situ.

ch@ said...

fiza: dgn team ni ja kita boleh jadi diri sendiri. kdg jadi pendiam juga. tah la.

Carneyz said...

Dah lama tak lepak dgn geng mak2. Best curhat dgn mak2 sbb saling memahami perasaan masing2 🤭

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Aiiiih bagus juga tiap ketemu pakai tema 😁👍. Tak pernah buat begini saya. Warna biru nih sebenarnya cantiiik sangat. Tp tuhlaaah, warna ini tak sesuai di saya, sebab tone saya tak masuk. Kulit JD nampak kusam kalau saya pakai blue. 😅😅.

Mulan said...

Memang seronok kan lepak dengan geng mak2 sambil membawang yang bermanfaat 😄😄 menu pun sedap2

ch@ said...

carneyz: kadang cakap dgn mata ja, pastu gelak. tah apa-apa.

ch@ said...

fanny: tah la fann, kak jenis pakai je la semua warna. muahahaaa~ ada hari kusam, ada hari kusampaikan salam, ada hari rasa wow. namun kebiasaannya, biasa sajaaa.

ch@ said...

kak mulan: saaaangat. menu tu sampai tak terpilih. sampai ada yg sajes, tiap bulan satu hari kita makan sini, satu hari satu menu, katanya.

Suria Amanda said...

sesekali gathering macam ni..luahkan perasaan...tenang lepas tu kan...semoga ukhwah terus berkekalan..hugs dari jauh buat Cha

adnil linda said...

seronoknya...
masa lalu nak p hosp sg buloh, macam perasan pula kedai che bunga ni.. ke salah nampak

ch@ said...

kakak sa: thank you so much kak, hugs~

ch@ said...

linda: jika lalu sekolah, ye ada. jika lalu tol sg buloh tol, ada round about then tak jumpala. ihiii~

SN Faaezahh said...

Cantikk tau pakai koshibo. Nampak manis dan sangattt sopann 😍

ch@ said...

faa: takut dorg malu nak jln dgn kita. alim sangat katanya. walhal pangai ku, hahaaa~