Pandai sangat tu, tidaklah. Tapi bila diberi kepercayaan, sedikit banyak boleh mendatangkan keyakinan bakat untuk diserlahkan. Biasa layan video mereka yang pro dengan lukisan canvas, melukis gitu-gitu ja, eh kita rasa terinspirasi juga cuma sedar diri, jemari ku keras.
Sebelum bermulanya aktiviti, kita termenung lama, menatap setiap lukisan satu persatu, ada lima helai kertas bersaiz a2, kali pertama tengok kertas saiz a2, besar. Tergelak sedikit melihatkan tiga jenis arnab pada setiap helaian. Mija sendiri pun gelak, kakaknya ni ikut sahajalah.
Seminggu juga mengerjakannya, penat berhenti sekejap. Lapar, makan. Rutin tetap rutin, cuma bersyukur jugalah tuan asben tidak pulang masa tengah bergelumang dengan mewarna lukisan buku cerita ni. Comot usah dikata, habis semua skill di serlahkan. Daripada berus berbulu sampai ke berus tegak, daripada berus tukar kepada span, satu warna campur dua tiga warna, oiii mejaku sangat bersepah kaluuu.
Hari Selasa lepas, Mija datang untuk ambil kerana hari esok, dia perlu bentangkan pada pensyarahnya. Alhamduillah, senang hati dapat membantu. Agak gelihati apabila Mira (kakak Mija) marah Mija susahkan kakIpar buat assignment, ye la kakIpar pun kena rest more, she know it. Mija menjawab dengan yakin "Mija warna sendiri, memang tenggelam terus". Kita jadi yakin lagi pabila tuan asben pun cakap cantik, jika kena dia warnakan pun memang entah ke mana-mana. Ihiii~ dapatlah buat kita ni perasan dan tersenyum untuk sehari.

![]() |
| macam-macam lecturer Mija tanya kak, guna warna apa, brand apa, guna berus macam mana. pening mija. |
Jadi, siap projek yang ini kita ada projek baru yang menanti. Tunggu kita fikir nama untuk projek baru tu dulu, baru kita show off kat sini, muahahaha~
Untuk semua pembaca, terima kasih sudi datang baca bloghijau ni, ada masa ni bolehlah kita blogwalk. Kita ambil berat atas semua nasihat kakak dan kawan-kawan sekalian, mekaceh~
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
.jpg)



24 comments:
Wah cantiknya! Siapa je tak puji kalau begini punya lawa. Makcik lawa pak! ehhh silap dialog daaa...
Banyak projek juta-juta ni..Jangan lupa rehat tau!
fiza: projek juta-juta, boleh macik buat treatment tulang. hihiiii~ maceh fiza.
Cantik cha.. kalau sy pun jadi apa entah.. haha... mewarna ni pun healing jugak kan? tp kalau sy mmg bikin stress... hihihi
Wahh cantik! Saya paling tk suka warna crayon sebab comottt. Kena mintak upah kat Mija ni hehe
Tangan ada seni Cha ni.. kalau Sis yang warna, ermmm sesilap entah jadi apa kertas tu hahahaha
Kalo ditangan orang yang berseni mmg kejadiannya A+...kalo di tangan saya x tahu la gred apa...
tgn berseni. nice sgt!!
Weaw... Boleh maintain warna tak berubah dalam masa seminggu di kertas lain-lain tu memang mengagumkan!
kakmim: syok main blending warna. rasa pro biar pun tidak. ahahaaa~
mazni: watercolour ni. crayon kena lebih gigih. opkos, chocolate frappe satu. nanti nak mengopi ngn dia.
sislin: u ada bakat lain sis. kita pun cuba saja ni.
sueann: mesti A++ jugala. sbnr nya bakat tu ada, ilham je bukan ke situ.
mama zharfan: tq mz, always memberi semangat!
uncle gedek: almost give-up, tapi idea baru sentiasa datang. ihiii tu leh menten tu. alhamdulillah, Allah bagi jadiiiiiii.
cmne nak bagi markah dekat projek assignment mija ni? sebab effort kak Ipaq yang warna
Cantiknya, tak tau nak kata apa dah. Memang Allah sayang Cha bagi keistimewaan pada tangan dan ketabahan, hugs.
Bedaaaalah kalau tangan orang seni niih 😍😍👍. Apa yg disentuh, jadi cantiiiik hasilnya. Teknik gambar pun nampak haluuus kak. Saya kalau coloring juga suka. Tp tak dalah pakai cat air atau cat minyak. Rata2 guna pensil warna saja 😅
Cantik kreatif macam ni tak keras la. Superbbb ni 🔥 Jika minat Cha, teruskan tau. Boleh buat side income.
mesti masa sekolah dulu cha dapat A selalu kan utk Seni
linda: kita da deal, kredit to all mija. kak ipar nak kenangan coffee ja.
kak mulan: alhamdulillah, pujian tu layak untukNya jua. ia semacam related kan kak? nak emosi lega buat art, buat sampai sakit dan rest. bila sibuk ngisahkan camtu, jadi lupa dgn masalah.
fanny: mungkin faktor photo tu jadikan nmpk wow. realitinya warna air mcm biasa ja.
faa: yg ni tak minatlah. boleh buat, cuma tak go thru sgt.
ammi: sekolah rendah ja ambil seni. smk langsung takde, kita sains pior, tapi dak kelas seni suka la suruh kita tlg dorg. hahaa~
Post a Comment