Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bukan Compact Disk tapi Cloth Diaper.
Ahaaa, Auni sudah berjaya menjalani latihan ke tandas, sebelah malam pun sudah boleh dikatakan berjaya juga walaupun sekali dua ada bolos. Auni yang cerdik, bila kencing bolos dia gegas terus mandi dalam bilik air. Mandi sendiri, siap main sekali. Pilih baju pun sendiri. Jadi, bila dia turun bawah dengan muka berseri-seri maknanya dia kencing atas tilamla tu.
Abi pun sudah daftarkan dia ke taska untuk sesi tahun depan. Oh Tuhanku, aku berkisah di bloghijau ini, sejak kehadiran Auni, sehinggalah kelahiran dua lagi adiknya. Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa menyokong aku untuk terus menulis.
Bila latihan ke tandas sudah berjaya, makanya penggunaan Cloth-Diapers pun sudah bertukar empunya, dahulu Auni-Adli, sekarang Adli-Arrizqi. Akhirnya aku berjaya membeli hanya satu paket Drypers M dan L, untuk kegunaan kecemasan ataupun kegunaan sekiranya keluar bercuti [ada ke? berangan je] ala, balik kampung la senang kata. Boleh juga digunakan ketika keadaan cuaca yang sentiasa lembab, maklum sajalah cloth diaper ni, pocket nya mudah kering tapi insert mengambil masa untuk kering.
Aku mencuci CD-CD ni secara berasingan dengan baju harian untuk mengelakkan ampai penuh, ruang ampai aku tidaklah begitu luas, meskipun aku menyidai penuh tatatertib. Ahaaa, sidai baju pun aku skema ye, biar nampak cantik je daripada dapur. Itu je la pemandangan yang aku rasa hebat dan menarik. Belakang rumah kot.
Sehari, Adli-Arrizqi menggunakan dua hingga tiga CD sehari, saat paling 'bahagia' apabila, baru pakaikan CD keduanya membuang serentak, ahaaa ambil masa sedikit untuk mengerjakan CD-CD tu. Satu yang aku suka bila gunakan CD ni, tong sampah tidak berbau najis. Aku pening betul bila Adli yang membuang dalam pampes, hendak pitam rasa kerana dia sudah makan macam-macam.
Arrizqi tidak menggunakan saiz yang sama dengan Adli-big brother harus la yang besar-besar sahaja, mujur masa beli dahulu aku beli juga yang kecil sedikit saiznya, itu pun aku ubah juga kedudukan butang menjadi sesaiz Arrizqi. Untuk Adli aku tidak ubah sebarang butang sebab aku malas, hahaea.
Adli-Arrizqi's CD.
Ni je ruang ampaian.

Suka tapi malas betul tiba part ni-gambar fail.
Statik je bilangannya, malas hendak beli lagi.
Bila sudah banyak yang sudah dicuci dan kering, mulala aku hendak mengeluh kerana part yang aku malas tapi kena buat juga, masukkan insert dalam pocket, huaaaa... Tiba masa menyusun dalam laci, semuanya sukakan, baik Auni baik Adli sebab ada warna pelangi. Wiii...
Nota hijau: Pening bila tiba masa untuk strip wash. Eh, ni boleh masuk home organizing ke ek? hahaa, bila sudah terjebak.
















