Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Oih, Khamis sudah dan esok Jumaat. Habis seminggu berpuasa. Alhamdulillah, masih lagi terkawal walaupun 100% tidak cukup tidur. Muahahaaa. Tidur jam 12am bangun jam 4am. Itu pun takat tidur-tidur ayam yang kejap-kejap hendak bangun, kejap-kejap teringat banyak nar menda yang hendak difikirkan.
Aku suka juga bangun sahur, siap boleh kemas rumah dan cuci baju sambil-sambil masak. Masak ke? hahaa. Pagi tadi adalah hari pertama aku masak waktu bersahur, makan seorang. Kejut juga abi, tapi dia memang sayang lebih dengan tilam bantal yang bercadar dan bersarung baru. Warga ungu gitu. Ngeee.
Tidak lama sebelum azan Auni bangun mengadap ipad. Perempuan tu, kalau sudah mengadap ipad cakap apa pun tidak dilayannya. Bazir liur. Kemas secara pantas, siap membuat bubur Adli. Menu hari ini ialah ikan goreng dan sup sayur. Ikan kembung yang isinya hanya aku cubit menjadi kecil, nasi dan sup sayur dilenyek lebih kurang. Kuahnya, guna je kuah sayur. Hahaaa. Senang kerja.
Pengubat stres emak.
Papahla selagi boleh papah.
* Thanks Auni for snap Adli's picture ni. Boleh improve lagi.
So
far, bertukarlah menu dia semalam dengan kelmarin, disebabkan aku
belum pergi pasar aku bubuh je kurma hancur bersama oats dalam bubur.
Habis juga. Siap aku bekalkan biskut sebagai kudap-kudapan.
Alhamdulillah, Adli memang tidak cerewet soal makan.
Balik Johor tempoh hari pun begitu, dalam umur 9 bulan dia sudah makan menu orang dewasa. Cumanya, aku kena pastikan tiada terlalu banyak bahan perasa di dalam menunya. Jika ada aku akan cover dengan air masak atau pun nasi yang banyak. Ngeee.
Bubur kurma bersama oats dan bubur labu bersama nugget udang.
Balik Johor hari itu pun, aku berjaya menggunakan Cloth Diapers semasa dalam perjalanan mahupun di rumah mama. Memang jenuh jugalah sebab masing-masing bergilir membuang, macam hendak patah pinggang membilas. Tetapi, cekalkan juga hati. So far, kena tambah koleksi lagi ni untuk fully. Aku masih half-half lagi sebab aku kasihankan kakAna.
Macam ni la gayanya bila bawa CD dalam bagasi. Baju jadi kurang.
Any suggestion untuk aku bawa CD jika bercuti lama? Share ya.
Persiapan raya, biarlah dulu. Just follow the flow. Aku baru habiskan 40 keping kad hari raya buatan tangan aku, yang kesemuanya sudah habis dibooking. Hahaaa. Puas hati bila tengok kesemuanya hasil titik peluh sendiri. Kehkehkeh.
Nota hijau: Abi, tumpang bonus boleh? Bersyukur je la Syasya oi!!! Bonus untuk orang rajin bekerja sahaja. Aku dapat bonus dua pasang baju daripada Mazerah [opismate]. Sekian entry bundle hari ini.
13 comments:
budak kecik ni makin bambam...
wahhh bolat adli ... alisha je skrg ni die mls mkn dah .. puas dah suap2 ...diubah2 mknan ....gemarkan mee dr nasi sama cam si abg ... si abg tak pe besar si adek ni ...alahai mmg gen maknye
comei tul si adli tu menyengih...
geram tengok...
bila pakai CD nie...
memang kena rajin skit lah kan.....
memang puas hati kan bila dpt buat handmade kad :)
Eija pulak hari ni hari pertama skip masak sahur, alhamdullillah 5 hari berpuasa dpt masak & bangun bersahur.
Berkhasiat sungguh bubur Adli, siap ada kurma..bagus2..
Ziqry pun eija ajar makan kurma, baungkan biji dia pastu bg dia pegang sndiri, sbb dia suka nk pegang n mkn sendiri..alhamdullillah dia pun suka mkn buah kurma..
ok la tu cha dpt baju raya 2 psg, dh jimat nak beli baju raya disitu..hihi..
alahai... comelnya si adli tu.
ala.. sy masuk tak dalam senarai dapat kad raya tu.. x booking pun huhuhuhuhu... ;p
seronok tgk anak makan ape yg kt masakkan.. lg² klu habis berselera...
wahh auni dah pandai amik gambar good job...
dapat baju free oklah tu..
alamak² komen bundle pulak kikikiki
cha, balik kg 2hari bawak berape keping cd?
pastu kt kg basuh jugak tak cd tu?
budak kecik makin tembam...
rajin nye buat kad raya sendiri..nak kad raya gak...hhehehehee
arrrggghh..gambar y first tu menyerlahkan keenceman dan kegebuan si anak teruna..super kiuttt
kakJue, kakSal, lelamaisara, leaimaan09:
muka dia dh nmpk kecik sikitla. dh melasak makin meninggi.
eima:
alisha ikut gen mama dia, kurus. ramping, senang jaga bdn. hehee.
rasp:
kata kakAna, bsr nnt ramai peminat. senyum manis. tu la, kena membilas CD tu sblm mesin. sng, tapi kalau seketoi dua tu yg jd mls. pueh hati dpt buat sendiri kak.
eija:
hahaa. smua pakat bubuh dlm bubur dia. apa je nmpk dpn mata. ikut hati dh mls gak nk masak bubur, bg nasi lembik je sng. ngeee.
baju raya ni tak kena tema pula. abilah kena cari warna sedondon.
yana:
kita mls hendak buat entry banyak2 kali. buat satu, pulun smua cerita. hahaa. makin lama idea menulis makin kurang.
kakNad:
rasanya 15kpg, kita x cuci pun kak. bilas, anginkan then masuk wetbag. hari ni blk kampung, esok dah balik KL smula. kjp benor tak sempat kering.
Aaaa...adli sgt comel dlm gmbr atas skali tu. Huhu :D
kekDa:
cinta jantung saya.
wah..travel pun bwk cd? mind-blowing! you did GREAT ummi...yayy for you!! ceciter cmne solusi travel bwk cd ni...dulu2 itu jgk pernah menjadi masalah kpd sy =)
Post a Comment