Tuesday, 31 July 2012

Mengembang lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kesian kawan-kawan mengadap kad raya yang tidak berapa tu lama-lama ye. Oiii, gelap gelita sungguh hari ni, sampai-sampai opis hujan, bertempiaran aku lari dengan si Mazerah gara-gara kena parking di luar. Pagi-pagi dah bersenam. 

Now, for me tiada perkembangan sangat, aku masih biasa-biasa menjalani ibadah puasa dan masih lagi tidak ke bazar Ramadhan. Abi je yang pergi, dia malas hendak bawa aku bersesak dengan orang. Lagipun, dia ringkas balik kerja terus singgah, aku ambil anak-anak, buat air panas, kemas rumah, eh? kenapa banyak pula kerja ni? hahaa.

 Eh, sama pula muncung tu...

Aku semakin lali dengan waktu tidur Auni yang memang sudah tidak tentu hala, aku sudah lali dengan waktu tidur Adli yang bagaikan mahu terikut-ikut dengan Auni. Mujurlah bangun sahur, aku dah kebal dengan istilah mengantuk walaupun kadang-kadang tersengguk.

Asalkan boleh aku tidur, aku tidur. Jika tidak, memang ada sahaja benda yang aku akan buat terutamanya kerja emak-emak. Baik hari-hari seminggu mahupun hujung minggu, kerja emak-emak memang tiada berkesudahan. Mengeluh? sikitlah.

Apapun, aku sudah boleh menarik nafas lega sedikit berikutan Adli sudah menjamah makanan orang dewasa. Apa yang aku makan, itu jugalah aku bubuh dalam bubur nasi dia. Biskut, sudah berjenis-jenisnya. Cuma air sahaja masih dalam kawalan. Aku hanya sua air masak dan susu. Lain-lain belum lagi. 

Auni, sudah pandai suap makan sendiri. Lauknya cuma ikan dan kicap. Kadang-kadang dia jadi kucing, suka meratah ikan goreng begitu sahaja. Masa ni, emaklah jadi mangsa mengasing tulang dan isi ikan. Janji dia hendak makan. Sahur tadi, habis dua pinggan. Sibuk, orang sahur dia pun bersahur. Selebihnya, merayu minta ipad. Huhuuu.

Adli sibuk dengan tidur, hantar ke rumah kakAna sudah jarang dengan mata terbuka. Lelah emak mendukungnya, Auni sibuk hendak berpimpin tangan. Hendak bawa stroller, memang aku malas Auni juga yang di dalam. Hendak guna baby carier, Adli dah tak muat. 

Now, sedang belajar bertatih dengan abi. Raya nanti, dia cemerlang dengan merangkak dan senyuman serta makannya. InsyaALLAH. Semoga dia sihat bila tiba waktunya.

Apapun, hidup aku makin dipermudahkan. Alhamdulillah.

Nota hijau: Aku blank sebenarnya, tapi cemburu tengok orang lain update blog. Hahaa. 

18 comments:

Lelord said...

muahahhaa akak pun kadang tak terkejar nak hapdet

meh jemput join ga akak yg x seberapa
http://canteek-selalu.blogspot.com/2012/07/bedak-arab-giveaway.html

Orked said...

dah nak same besar ngan kakak auni da adli..

sitiebby said...

askum cha,

sama la kita. kdg2 hari2 buka blog, tp tangan ni malas je nak update. blk umah, diri ni fokus dgn anak2 je. kt opis, ada senggang, dok jengah blog kwn2 je. sekali blog sendiri x berupdate...

eima said...

adli la yg mengembang rupenye ....

nad said...

rambut auni makin mengembang
adli pun dah semakin 'kembang'

blur2 pun
jadik jugak 1 entry hari ni :)

Imaan09 said...

dear.. waktu tdo auni tu, kena work out sikit laa.. klu dapat biasakan dia dengan cara halus atau xhalus (hahaha) selama seminggu.. insyaALLAH lepas tu waktu tdonya akan mematuhi apa y diajar seminggu tu.. sbb kanak2 ni hanya faham 'rutin' xfaham nak tgk jam.. sekadar cadangan jika cha nk solution..

Noli said...

sebijik mulut mereka sama..ade jugak entry ni haa ;)

Masya said...

muka adli pun dah macam auni besar ni ... auni pun dah makn bam bam hahahahaha .....

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah dipermudahkan segalanya..:)

Amboi Adli yg makin mengembang ye, dah boleh mkn makanan dewasa ni lg la cepat dia mmbesar..sbb x memilih makanan, Ziqry makin kurus..cirit birit n demam..huhu

Ala Cha kadang2 mmg begitu ada masanya xde idea n mood nak update blog..tp sekali dpt update pun dh ok sgt. Eija ni ada masanya berhari2 x update..

Unknown said...

tu ler , kdng2 banyak idea nak di curah kan .. tp mood xdtg..
kdng2 mood dtg tp x de story huuhhu

dilazfamily said...

makin tembam dia.
cha,kad raya utk dilaz ada tak?

Shima911 said...

memang la bebulan puasa nih nape la ngantukss jer, kalau jem di jalan tu kira sempat lae la tidooo hahahaha jgn terkantoi tak sedar lampu dah hijau dah lerr..

ch@ said...

kakLela:
tu la kak, mls nya nak upload gmbr lagi. isk-isk. insyaALLAH lapang nnt kita joint.

orked:
adli lbh bsr drpd auni. auni tu kurus kering, tinggi je kemain.

sitiEbby:
wa'alaikumussalam,
betulla tu, ralit baca entry org lain, walhal tujuan mula2 nak update blog sendiri, sudahnyaaa. nnt ajalah. hahaa.

eima, yana:
ye adli paling ketara pengembangannya.

kakNad:
hahaa, entry lali-lali-lalok namanya.

leaImaan09:
itu mmg dah semestinya, hari2 paksa dia tidur. gelapkan seisi rmh, tutup pintu bilik bagai, mula-mula je dia berlakon tidur, 2-3jam lps tu ghaib dah, ngadap ipad, ngadap tv. bdk ada byk tenaga.

noli:
hahaa. entry cincai-boncai.

eija:
bila berhari-hari x update rasa sygnya tak update blog. eima selalu terjah kita bila kita tak update.

azuraFazilDin:
betul.

dilaz:
meh bagi alamat. kita send utk dila. email kat nsahida@gmail.com

puanstoberi said...

Alhamdulillah...semua dipermudahkan :)

p/s : Da ensem dah adli :)

sal ya said...

sama la macam anak sulung akak. mkn nasi dgn kicap je. dgn telur goreng.

Bee said...

salam cha , bee dah dapat kad raya nya ..

terima kasih banyak .. boleh jadi modal update blog nih haaa

ch@ said...

kekDa:
muka dia maniskan kekDa?

kakSal:
serupa dan samala tu dgn auni.

bee:
Wa'alaikumussalam, sama2 kasih. cukupla bee noted, segan kita bila ada entry.

mamaarifakeemaisy said...

ch@, thanks for kad raya...cunlah...^_^..suke sangat!

kerja mak-mak ni takkan berkesudahan, mmg penat, dan sesekali mengeluh jugak, tp apakan daya, dah gitu rutinnya..huu~