Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, tidak rugi berkawan dengan siapa-siapa sahaja. Walaupun aku pengurus rumah tangga, namun aku masih dikelilingi kawan-kawan yang sangat memberi sokongan. Tang tajuk tu? ingat lagi dengan entry
Keluh kesah kisah mak hijau aku salah seorang duta Maajun Anggun Bistari (MAB).
MAB yang sangat aku cari-cari, terima kasih team PERKEP sebab perkenalkan aku dengan MAB ni. Kerana sudah tahu aku ini seorang yang subur, makanya tindakan awal perlu aku lakukan. Sebagai langkah berjaga-jaga, dengan persetujuan abi makanya aku menjadi disiplin demi kesihatan diri sendiri dan demi menjaga keluarga dan demi suami tersayang, abi.
Jika berminat hendak mencuba boleh hubungi terus nombor tu puan
Dyla Jamaluddin. Hendak bertanya pun boleh. Hendak order dengan aku pun boleh juga, aku akan belikan. Aku punya ada lagi, sekali borong 6 botol hari tu, hihiii excited.
Rasa herba, bau herba. Sehari sebiji, aku ambil waktu malam. Kunci jam bernada kuat-kuat.
Aku rasa, sesiapa yang merancang kehamilan dengan pil perancang klinik kesihatan mungkin berminat untuk mencuba MAB ini. Alhamdulillah, hari ini aku berehat untuk tujuh hari sebelum ke botol yang ke-empat. Diam tidak diam, aku bersyukur aku masih lagi datang bulan dengan kitaran tetap dan Arrizqi sudah pun hampir ke satu tahun, boleh diisytiharkan bahawa aku tidak pregnant. Yeay!
Setelah beranak tiga ini, kesan daripada bersalinkan Arrizqi tempoh hari, aku menjadi lebih sayang kepada diri sendiri, aku tidak mahu sebarang kaitan dengan klinik dan hospital. Aku tidak mahu orang lain menyakitkan diri aku lagi, entahlah aku pun tidak tahu kenapa terlalu fobia dengan doktor. Hendak habiskan check-up bulanan Arrizqi pun aku terhegeh-hegeh, inikan pula hendak bertemujanji dengan doktor setiap bulan. Jujurnya, aku malas. Lain orang lain pendapatnya kan? masing-masing.
Jadi, aku disiplinkan diri dengan MAB. Bukan susah sangat pun hendak telan sehari satu biji, 21 hari sahaja. Jom kita tengok apa bagusnya MAB ini selain tindakan utamanya mencegah kehamilan.
MAB ialah produk berasaskan herba semulajadi merupakan kaedah merancang kehamilan yang paling selamat kerana bebas daripada sebarang bahan kimia dan cara pembuatannya yang halal lagi suci. MAB terhasil daripada herba-herba seperti manjakani, senduduk, kacip fatimah, serapat, inai, habbatussauda, madu dimana khasiatnya baik untuk merancang keluarga, mengaturkan kitaran datang bulan, awet muda, dan juga membantu mendapatkan zuriat.
MAB juga perlu diambil mengikut peraturan sebagaimana pil perancang kehamilan yang lain, perlu diambil selama 21 hari dan berehat 7 hari sebelum ke botol seterusnya. Kenapa mengapa dan bagaimana, Google je la ya, aku hendak terangkan panjang berjela pula entry ni nanti, ihiks.
Kesan daripada aku ambil MAB ni, botol pertama segala mak nenek mukus dalam hidung keluar. Resdung. Bila berludah kahak pekat keluar. Dua minggu juga hidung aku tersumbat dan badan rasa hendak demam. Aku terus search, rupanya ia adalah proses tindak balas MAB dengan sistem badan. Masuk minggu ketiga, aku kembali sihat dan terasa lebih segar. Badan menjadi lebih ringan dan lekas berpeluh sebab kandungan herba dalam badan membuatkan berasa panas membuatkan kita rasa sering haus.
Selain mendisiplinkan diri mengikut jadual makan pil ianya melatih aku supaya suka minum air masak. Kesannya aku menjadi lebih sihat dan segar dan bisa membuat kerja rumah tanpa bertangguh. Alhamdulillah, aku temui dengan apa yang sesuai dengan badan. Syukur sangat bila melihat muka abi yang berseri-seri, ihiks. In shaa Allah akan stop makan bila aku sudah bersedia untuk mengandung lagi. Terima kasih MAB.