Ehem-ehem, Monday blues lagi ke? Today is Tuesday ye kawan-kawan semua. Macam mana cuti? ceh, mentanglah baru start kerja eh. Rajinnya semua update blog, nanti aku pi skodeng eh, pc aku kat rumah dah laju. Haha.
Jumaat lepas, elok-elok aku park kereta kat parking, cermin tingkap kereta tak boleh naik. Cis, dia stuck sampai setengah je. Adeiii, mujur mrABi tak kerja, dia repair tapi tak elok gak haha... sudahnya balik Johor tingkap terbuka je, mujur tidak hujan, mujur perjalanan malam. Esoknya pergi betulkan, dan macam biasa la, haha aku ngan mama pegi shopping bawak cikOni.
Kes kedua, cikOni terbangkan iron panasonic aku. Huaaa meraung aku bila dengar iron tu jatuh terhempas. Memang sudah ku duga, dia suka sangat main suis bawah iron board tu, aku syok-syok iron dia off suis, hangen aku.
Aku tinggalkan sekejap aje, dia tarik kabel iron lalu terbangla iron yang terberat dalam senarai iron yang pernah aku ada, lalu patah berkecai pemegang iron tersebut. Sekian terima kasih. Aku bukan apa, aku ngeri membayangkan kepala cikOni terhempap iron tu, adeiii... mau aku meraung-raung. Nehi-nehi.
Adoiii nak tukar kabel tingkap kereta, nak beli iron. Adehhh kena pujuk mrABi menggunakan pujukan jurus geselan kucing ni. Haha.
cikOni semakin besar, semakin panjang akal. Macam biasa balik rumah tokPapa, tokMama dia huiii macam-macam dia dapat. tokMama dia belanja beli kasut, beli baju. Meriah-meriah. cikOni baik betul dengan tokPapa dia, sanggup tak tidur temankan tokPapa buat kerja.
Aku? memang dah hai, hai, bai, bai. Tidur.
~)@ Saje nak suruh aku beli iron, dua biji iron free, dua-dua punah.
