Showing posts with label Telefon. Show all posts
Showing posts with label Telefon. Show all posts

Thursday, 31 March 2011

Jangan eksyen.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pepatah ada kata, orang tamak selalu rugi, eh! aku tak tamak. Orang eksyen selalu lupa diri. Hah! tu aku la tu.

Gila teruja semalam, aku dapat bungkusan dari An Wardrobe, biasala aku kan kaki shopping, belanja sampai tak hingat almari baju semakin menyendat. Siap aku dah pakai seluar baju baru hari ni, ambil gambar lagi. 

3 helai t-shirt dan 2 helai seluar pregnant. Satu helai untuk seorang kawan. Kan aku dah pernah kata aku tak pernah beli baju kat kedai kecuali t-shirt guna kat rumah dan baju kurung. Semuanya aku beli dari Ann. Regular customer.

Tapi baju semalam memang cantik dan terbaik. Hiii. Terasa macam muda je bila pakai. Perasan betul. Tapi tu la kan, nak menayang konon, sudahnya kamera tak bawak, handphone sekali sama-sama tertinggal. Padan muka makcik ni. Cis.

Hari ni, aku terima vitamin Shaklee's. Eh! doktor aku pun kata vitamin tu bagus. Jadi memang tak salah. mamaFaiz cadangkan aku ambil set tuk ibu hamil pula. Ergh, tapawe cantik, pillbox cantik, sayang seribu kali sayang kena tunggu balik rumah la nak ambil gambar. Cis, akibat nak menayang.
 
Jangan jeles ye jika aku sentiasa awet muda. Kekeke. Nak buat cemanakan. Marilah ternangkan fikiran dan hati sesama. Happy-happy selalu.
Jadi kesimpulannya, janganla terlalu teruja nak bercerita sehingga lupa dirikan? kan dah susah bila benda yang betul-betul penting tiada di sisi. Beringat. Terima kasih ann atas seutas gelang yang cantik dan coklat yang sedap tu. Nak lagi boleh. Hahhaaha. Tengok? dah jadi tamak pula. Ades.

Friday, 4 March 2011

Rindu terubat sikit.

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera.

Orang di sini rindu dengan orang di sana, alaaa sebenarnya orang di sana pun rindu juga dengan orang di sini. Orang di sana memang tahu orang di sini mana tahan berpisah lama-lama.  Ada lagi sorang pun rindu juga dengan orang di sana, tapiii buat-buat sibukkan diri, buat-buat taktau, main aja.

Tak apa, sikit hari lagi orang di sana balik bawa ole-ole, lepas tu orang di sini nak claim, orang di sana kena bawa orang di sini pergi jalan-jalan, pergi shopping, pergi sana-sini. Pomis tau.

Tunggu orang di sana balik sini la. Nak suruh orang di sana tengok betapa berubahnya orang di sini. Huuu. Janji jangan gelak eh =)

 Muka sebek je, asyik merajuk je. She missed her ABi so much.

Then, her ABi 3G called. Teruja tengok ABi mokkk. Muka tak muat skrin. Ngeee.

Orang di sana jangan bimbang, orang di sini survive. Sayang selalu ok. wink-wink-wink.

Punyala banyak aku cuci baju malam tadi, macam kedai dobi pun ada. Erk.

Thursday, 24 June 2010

terjawab sudah

Ingat lagi pada handphone aku? persoalan terjawab sudah. Tidak boleh digunakan juga telah selamat diturunkan kepada cikOni. Ahaha sungguh pintar, dia telah pandai menggunakan handphone ;). Advance.

Ingat lagi surat untuk mrAbi? akhirnya permohonan aku diterima. Lulus kata pnHoney. Aku akan pulang ke Kota Tinggi, Johor hujung minggu ini.

Terima kasih juga kepada enMois kerana sanggup turun ke KL untuk pulang bersama. Seronok dan sangat teruja. Rumah mamapapa bakal riuh hujung minggu ini.

Aku sedang berusaha untuk melangsaikan hutang² kerja supaya tidak bertimbun nanti. Ahaks! Banyaknyaaa...

~)@ yeay! Jerman layak ke pusingan seterusnya. Go Germany go! ;)

Tuesday, 25 May 2010

handphone

Ergh, salah siapakah? salah akukah kerana meletak barang-barang merata tempat atau sebab aku tak menjangkakan bahawa anak aku sudah boleh mencapai, memanjat, meredah ke mana aje dan apa sahaja? adeiii.

w508 sumber enGoogle
Love it like it. Semoga dapat diselamatkan.

Mungkin kerana isi dalam handphone aku telah banjir dengan air liur Oni, makanya dia sudah menunjukkan ciri-ciri ke arah minta yang baru. Pendek je akal aku nak mintak tipon baru, hahaha! tapi aku sudah diberi kata putus, beli sendiri. Adeh, celah mana nak dapat duit beli tipon ni.

Tapi mrAbi dengan baiknya membawa pergi repair dengan waranty yang masih ada. Kalo betullah memang kena tukar baru, makanya sejarah rekod dunia bagi aku menggunakan tipon itu dengan jangka hayat yang paling singkat. Nguahahaha!

L6 pun sumber enGoogle
Handphone lama aku, guna balik semula.


Apapun tunggu aje la ye.

~)@ pasni aku guna public-phone je la nampaknya :) @(~