Showing posts with label PPUM. Show all posts
Showing posts with label PPUM. Show all posts

Wednesday, 26 September 2012

PPUM atau Hospital Sg. Buloh?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Memangla mana-mana hospital pun sakit bersalin sama ja, tapiii aku mikir apakah patut aku buat ni, macam mana hendak aku fikir lagi apabila dah membaca blog ke blog hal alkesah bersalin di Hospital Sg. Buloh [HSB]. Isk, serius cuak bila semua menaip entry tentang, kurang katil, kurang doktor, menunggu lama. Maaakkk, aku tak dapat hendak bayangkan situasinya bagaimana.

Sekarang ini, masalahnya ialah aku tiada buku merah yang selalu aku nampak ibu-ibu mengandung lain pi usung bila datang check-up di PPUM. Segala mak nenek rekod sejarah aku mengandung baik Auni atau pun Adli ataupun this latest baby semuanya tersimpan dalam fail PPUM. Ye, bila tengok fail aku tu, rasanya macam sudah beranak 5 atau 6, tebal kus semangat.

Aku punya rutin anternatal semuanya di PPUM sehingga proses melahirkan. Bila aku sudah berpindah ke Sg. Buloh nanti, hospital paling hampir ialah HSB. Aku perlu mendaftar di HSB cumanya aku tidak tahu sama ada bolehkah aku menyelit lagi untuk pendaftaran kelahiran November, akan adakah rutin check-up seperti PPUM?, perlukah aku memberitahu pihak PPUM bahawa aku menukar hospital untuk bersalin supaya rekod-rekod aku sampai ke HSB? banyak pertanyaan berlegar-legar dalam kepala ni.

Tambahan pula, maklumat yang paling terkini ialah, HSB tidak menyediakan kelengkapan pakaian emak dan pakaian bayi semasa di dalam wad. Ergh, means? kena punggah balik beg hopital yang telah aku sediakan, berangan seperti bersalin di PPUM. Di PPUM hanya perlu membawa keperluan sendiri untuk membawa bayi pulang ke rumah. Jika di tahan wad, pakaian emak dan baby disediakan. Kusut.

Jadi sekarang ni, dalam kepala otak aku ialah mengemas rumah untuk peringkat akhir fasal hari Ahad ni semua hendak kena angkut masuk rumah baru. Lepas tu, terus je pergi HSB untuk bertanyakan bagaimana untuk meneruskan rutin pemeriksaan anternatal dan bersalin di situ. Lepas tu balik kampung sebab abi kena kursus for 2 weeks. Pening.

Nota hijau: Pusing, kepala aku pusing... pening-pening. Sila jangan stres. Diam tak diam, sudah masuk minggu 34-35 juga tu. Oh, cer kekawan bagi pendapat sikit, mungkin sedikit pengalaman yang boleh share. Menjadi kesusahan juga bila... tiada buku merah :p

Wednesday, 19 September 2012

Lawatan Anternatal 2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perut start kejang, baby mengeras-ngeras. Jumaat lepas bleeding, yang berehat di katil tu... so nothing happened, Sabtu dan Ahad boleh berjimba pergi hari keluarga unit abi, siap mandi kolam lagi, boleh maintaian menyelamatkan Auni yang lemas di kolam orang dewasa sambil mendukung Adli. Huih! risiko betul hendak menyelamatkan minah si ratu air tu. Mahu jadi Pandelela Renong barangkali.

Semalaman tidak tidur dek kerana melayan yang dalam perut ni, entah mulas sakit perut, entahkan si baby yang kelaparan. Aku hendak over makan pun tidak larat juga, sebab perut akan jadi lebih sempit dan mulalah sakit ulu hati. Sabar menanti giliran untuk temujanji di PPUM.

Aku rasa, kena sampai awal daripada jam 8 pagila gamaknya. Manakan tidak, aku sampai jam 9pagi ikut waktu dalam kad, jatuh ke angka 66. Ok lagi, yang aku tak paham tu, nombor panggilan tu jatuh ke angka beratus-ratus. Naik ke pelik aku dibuatnya. Aku lantakkan aja, janji tengah hari aku dah boleh balik.

Macam biasa, pemeriksaan rutin. Berat aku turun, hanya 49kg sahaja. Lama gakla aku berdiri atas mesin penimbang. Gelak je nurse yang tukang tulis rekod kesihatan aku tu. Turun 0.2kg ni, katanya. Mesin penimbang tu salah setting berangkali, bisik hati aku. 

Keluar daripada tandas lebih dahulu cari kedai, bangunan baru PPUM semua 
hampir lengkap disediakan. Paling aku suka kedai buku dan kedai baby. Hihiii... Jalan-jalan cuci mata dan membeli-belah. Kalau boleh setiap jenis buku dalam kedai tu aku hendak beli. Kehkehkeh!

Balik semula ke tempat menanti giliran bertemu doktor, tengah layan baca suratkhabar dengan seorang mummy berbangsa India, nama aku dipanggil. Aphal? hrm... dengar ceramah susu ibu lagi. Dengar sahaja, free je pun menambah ilmu pengetahuan yang hampir sedikit luput. 

Tunggu lagi, mujur turn aku tidak lama kemudian. Tetapi ibu-ibu yang menanti giliran bagaikan tidak surut-surut, apatah lagi ditemani suami masing-masing. Hrmmm... Tidaklah bagi abi. Dia hantar dan ambil pun sudah cukup syukur berikutan hendak dapatkan teksi di Klinik Ibu Mengandung yang baru amatlah jenuh. Pernah sekali aku mendapatkan teksi di PPUM tu, jauhnya perjalanan terasa hendak tercabut segala tulang temulang aku.

Kali ni, doktor hanya decided due date aku jatuh pada 10.11.12 insyaALLAH. Jangkaan je tu, aku sudah tidak sabar benar hendak jumpa si Arrizqi ni. Semoga dipermudahkan sebagaimana abang Adli. Persiapan pun, sudah hampir lengkap. Masuk tiga, bukan tidak beria-ia tetapi Adli punya pun masih baru dan elok-elok lagi. Auni juga paling untung. Hiiii...


32w2d with 49kg on 18 September 2012

Nota hijau: Alhamdulillah, syukur. Lagi sebulan sahaja lagi. 

Tuesday, 28 August 2012

Lawatan Anternatal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Fuuuhhhh... aaachooommm... jap ek, bersihkan rumah hijau ni kejap. Banyak sungguh habuk, sawang tak ada. Ekekeke, akibat banyak sangat rumah yang hendak dikemas. Kesian rumah hijau ni terbengkalai tanpa cerita dan berita.

Mari kita buat checklist nak mulakan dengan cerita apa dulu, wah bajet macam blogger hebat je. Orang tertunggu-tunggu cerita ya. Jadi, mari mulakan dengan lawatan anternatal empunya bloghijau yang pertama sebab raya kan sebulan, banyak lagi rumah kawan-kawan yang belum dapat dijengah.

Alhamdulillah, baby Rizqi sangat berkembang dengan baik, sudah pun masuk minggu ke-29 sewaktu lawatan anternatal pada hari ini. Macam biasa, abi hantar dan tinggal aku di Klinik Ibu Mengandung [KIM], PPUM. Semuanya bagaikan berulang semula, imunisasi Adli pun masih lagi berbaki. Tidak mengapa, kehadiran baby Rizqi tetap aku nanti sebagai mana Adli dan Auni dengan penuh teruja.

Pemeriksaan  rutin, aku sudah bawa urine daripada rumah, tak perlu leceh-leceh hendak beratur dan basah-basah di bilik air dengan kawan-kawan lain yang sama berlaga perut. Tekanan darah juga normal. Cuma, berat aku agak di luar jangkaan, 49.2kg. Hahaaa, puas aku besarkan biji mata. Ye, memang itulah, berat di mana, Auni sudah pun dilahirkan dan berat Adli sewaktu 35 minggu. Apakah maknanya? maknanya berat aku bakal bertambah lagi dan lagi dan lagi.

Lain-lain, diminta minum air gula dan mengambil sampel darah. Ya, macam biasa sahaja berjalan dengan baik. Tidak banyak yang dibualkan sewaktu bertemu dengan doktor, mendengarkan cerita lucu disebalik kehadiran baby Rizqi tambahan pula sejarah melahirkan Adli yang tidak mempunyai sebarang masalah, lawatan anternatal menjadi semakin pendek.

Lawatan seterusnya pada 18hb September nanti. Sekali lagi perlu membuat ultrasound. Alhamdulillah, dapat tarikh yang sama. 

Tapak kaki babyRizqi. I'm a boy.

1st time pakai tudung canni, hahaaa. Nampak tak comel dan gemok. 
babyRizqi 29w with umi = 49.2kg.

Nota hijau: Jenuh menyusun agenda untuk dibereskan. kakNad, mamaZN need your support to becoming fully housewife. 

Wednesday, 22 February 2012

Janganla cium saya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru je berangan hendak pekena kuih donut bersama milo panas sambil berborak mesra dengan Mas dan Liza pada hari semalam. Konon-konon breakfast sambil menikmati keenakkan keseronokkan berjamboria.

Aku yang memandu sambil berangan ni, masih lagi menumpukan titik fokus dengan kereta hadapan. Mengekalkan jarak dengan satu treller boleh muat di ruang depan. Hahahaha, itu la aku. Aku memang seram wooor nak cium montot kereta orang lain, apatah lagi yang dihadapan itu BMW, Compressor, Honda dan selainnya yang mewah lagi gah. 

Walaupun hanya sekadar Waja. Namun, aku tetap gah bila berhadapan dengan Kelisa atau Kancil apatah lagi Viva. Wah! dah berbaur riak ni. Acah je, setiap hari aku berkeadaan seperti pemandu baru ok. Jadi, aku hormatkan semua pemandu-pemandu jalan raya yang lain.

Apa yang kau merepek ni syasya. Ngeee. Okok, so tengah best layan Johara Era, tiba-tiba "bammp!". Eh? kereta aku ke yang kena tu? aku memanjangkan leher melihat cermin pandang belakang. Saga. Then, aku pandang kanan tepat-tepat abang polis trafik suruh parking tepi. Waja kena kiss. Oooohhhh! terkejut makcik nak.

Aku signal kiri. Bertukar lorong paling kiri, lampu hazard aku pasang. Cewah! bila lagi tu kan. Saga pun berhenti belakang aku. Wooooo, kulit Waja sudah tersopak ni. Menggigil, apa aku nak buat? Call abi la, si empunya Waja. 

"tunggu kat situ!" arah abi. Arahan seorang polis. Erk! Ok, tunggu sambil membelek-belek kecacatan yang telah ada. 

"boleh cari tempat lain tak? parking sana tu sekejap" arah seorang anggota polis trafik lain. Well, depan KWSP ke PPUM tu, memang ada 3 orang polis trafik setiap pagi. 

Aku masuk kereta, tumpang halaman sebuah kedai jual bagasi. Sekejap je pun, hanya tunggu abi. Ikutkan hati memang aku mahu angkat kaki je, ambil la claim ke, buat report ke but abi say TUNGGU! Siap polis trafik suruh aku buat report. Bayangkan dia tengah mengawal lalulintas, boleh pula dia menyuruh aku buat report sambil tunjuk-tunjuk jam.

Tidak lama kemudian, abi pun sampai dengan Kelisa. Call sana-call sini, diskas sana-diskas sini. Sementara tunggu abi datang tadi, kroni budak student tu dah pun ramai. Kalau betul katanya dia student, hampir satu kelas la yang datang sedangkan aku hanya dengan abi sahaja. Dorang yang salah.

Siap mengaku, dia boleh tengok tempat lain. Seronok sangatla tu bersembang kan sampai lupa nak tekan brek. Mujur lagi abi datang dengan seluar pendek, muka baru bangun tidur. Kalau dengan uniform? tak ke goyang lutut? aku kena tegur dengan polis trafik pun dah gabra.

Jadi, pada hari semalam dapatla melaram dengan Kelisa. Abi uruskan semuanya. Report dan claim, memang kena cat semula la gamaknya.

Ciuman sayang, membuatkan duit pun terbang. Love bite gittu kan. Habis peeling kulit I tau.

Bila kena macam tu, menggigil satu badan. Sampai opis pun dah lambat. Balik pun harusla lambat kerana kompeni aku mengamalkan sistem fleksibel hour. Jam 6 petang, aku angkat kaki. Demmit, jammed teruk. Takkanla jam 6 dah jammed? 

Just follow the flow, tadaaa. Patutla jammed, got an axcident. Kemalangan maut mungkin. Menggigil kena langgar pagi tadi belum hilang habis, sebelah petang disaji pula dengan seorang lelaki terkedang di devider jalan. Owhhhh! makin kencang degupan jantung aku dibuatnya. Terus aku gagahkan juga untuk memandu pulang.

Nota hijau: Malang tidak berbau. Kita berhati-hati, orang pula buat suka hati. Aku selalu memperlekeh sticker pada cermin belakang kereta hadapan, "pastikan jarak anda", "do not kiss my bump" dan sebagainya. Sekarang aku tahu, betapa pentingnya pesanan itu walaupun nampak enteng.

Friday, 17 February 2012

Antara czer dan normal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lambat aku keluar daripada bilik makan tadi, seronok bila ada orang bertanya kisah misah bersalin. Well, aku sudah pun merasa bersalin czer dan juga normal. Of course la, bersalin secara normal adalah yang terbest dan terbaik.

Masa bersalin secara czer dahulu pun, tidak dijangka oleh otak untuk melakukannya, semuanya berlaku bergitu cepat dan pantas. Ketuban licking. Part ketuban, memang tidak boleh berlengah lagi, harus gegas ke hospital walaupun tidak merasa sakit. 

Oni. Day one.

Ye, aku masih rasa kontraksi bila di induce, aku hanya mampu bertahan 4cm diikuti dengan degupan jantung Oni sudah pun tidak teratur iramanya. Bimbang segala kemungkinan yang tidak diingini berlaku, tambah doktor tidak mahu risiko menjadi lebih tinggi maka aku ditolak masuk bilik pembedahan.

Walaupun sudah terbaring, masih lagi aku melihat air mata mama dan juga gerak geri abi mengekori troli, bersama dua hingga tiga jururawat bertugas diiringi seorang doktor yang memang memantau aku. Terasa kebimbangan terhadap Oni tiada taranya. Yang penting dia mesti selamat.

Tiba di bilik pembedahan, masih terbayang pintu OT ditutup oleh jururawat bertugas meninggalkan hanya petugas-petugas khas, pakar bius dan mereka yang terlibat sahaja. Aku diminta duduk memeluk bantal dan bius. Ngilu terasa apabila pisau berlaga gunting. Akhirnya, aku diberi sejenis gas membuatkan aku terlena.

Alhamdulillah, sebaik sahaja aku ditolak keluar, mama dan abi menyerbu mendapatkan aku.

"baby girl, putih, serupa macam awak" that's it suara my mom. Aku mengira satu hingga sepuluh dan, membaca A sehingga Z bagi mendapatkan kepastian, aku betul-betul sedar. 

Ditolak ke wad biasa diiringi mama, abi dan petugas PPUM. Oh, bayiku sudah selamat keluar. Ini bukan mimpi. Dia sudah pun dimandikan, diazankan, diiqamatkan. Dia perlu, menyusu. Oh, ini episod baru untuk aku. Drama untuk breastfeeding bermula. 

Oni, 1.8kg berusia 35minggu 6hari, sebesar botol kicap, sebesar lengan biasa seorang lelaki, bermulut kecil memerlukan seribu kepayahan untuk permulaan breastfeeding. Kolustrum pertama, hari pertama dan kedua, Oni berjaya mendapatkannya dengan bantuan jururawat. Aku sangat memerlukan pertolongan berikutan bius luka sudah pun hilang. 

Menjadi episod ngeri apabila hendak breastfeeding dengan Oni. Tersangatla cetek ilmu tentang breastfeeding sedangkan susu melimpah ruah. Sampai satu tahap, hendak sahaja aku masukkan dalam botol susu dan beri pada Oni, sayang PPUM adalah Hospital Rakan Bayi di mana, everything is breastfeeding.

Hendak tidak hendak, aku suruh sahaja jururawat memberinya menggunakan cawan. Aku tidak pandai. Disebabkan ketidakpandaian itu, Oni kurang menyusu direct dan kuning pula mengjangkitinya semasa aku ditahan wad sekali lagi berikutan air kencing aku tidak keluar.

Aku sudah tidak hairan dengan tidak boleh buang air, kerana sudah menggunakan tiub kencing. Yang penting Oni, kuning Oni terlalu tinggi dan ianya perlu pemantauan. 3 lampu ultra ungu, panas, bahang membuatkan aku bertambah sayu melihatnya.

Kuasa lampu itu mampu mengeringkan sehelai kain basah yang menutupi katil Oni. Apatah lagi dengan tubuh Oni yang hanya 1.8kg itu. Oooohhhh!, air mata aku sudah habis. Aku mesti terus bertabah. Hampir sahaja aku berkampung di PPUM. Dengan masih bertiub kencing, aku bawa Oni balik rumah. Bukan takat balik rumah, balik kampung terus. 

Sudah tidak larat untuk mengepam dan bantuan susu formula diberikan kepada Oni. S26 Gold susu termahal setakat ini. Bukan senang mahu mencari susu formula yang sesuai untuk bayi sekecil Oni, memerlukan yang terbaik biarpun bergolok bergadai.

Demi Oni, biarlah dia terus menggebu dengan susu formula. Setelah dua minggu bertiub, aku kembali semula ke PPUM, sudahpun mula terasa boleh membuang air secara normal walaupun pedih tidak terkata. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku untuk menjaga Oni sehingga hari ini. Aku kembali berpantang sebagaimana bersalin normal.

Sudah boleh berjalan bebas dan menggelek Oni sepuas hati. Bulan kedua, aku sudah boleh mandi sendiri dengan meletak kain di tempat luka mengelak terkena air secara terus. Aku hanya amalkan makan pati ikan haruan sebanyak 6 botol, dan jelly gamat untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Pantang makan macam biasa dan masih juga berurut, bertungku tetapi mengekalkan keselamatan tempat luka. Tidak boleh makan makanan yang mendatangkan kegatalan mahupun bisa perut. Adalah amat susah untuk menggaru di tempat luka bila ianya terasa gatal. Hihiii.

 Oni, 2 year and 7 month.

Aku sangat bersyukur aku dapat harungi kepayahan bersalin secara czer, dan kesusahan itu dapat diatasi dengan bantuan dan sokongan abi. Melihatkan betapa sayangnya dia kepada Oni, buatkan hati aku rasa biarlah aku bersalin banyak kali pun, asalkan abi ada di sisi. Wiii.

Bersambung ke episod seterusnya. Cerita ini berdasarkan pengalaman aku :D

Nota hijau: Czer merupakan cacat yang akan dikenang sampai bila-bila. Oni besar esok boleh tunjuk dan dia bayangkan sendiri tempat dia dikeluarkan :D

Thursday, 29 September 2011

Pada satu hari 27 Sept 2011.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ehehehe, ye aku dah selamat bersalin, terima kasih kepada yang sangat perihatin, mamaMikhail orang pertama dapat gambar ekslusif coro dan ibu aqil orang pertama membuat entry pasal coro.

 Norerfan Adli bin Norerwandi

Once upon the time on 27 September 2011, siap keluar satu entry konfius kontraksi ke ni? dengan sakit perut. Komen untuk entry itu masuk dengan pantas. Aku sempat baca satu-persatu yang masuk, tapi biasalah nak balas memang hari yang mendatang. 

Aku menghubungi Puan Azura, mama beranak dua sepasang, kerana hari lahirnya pada hari ini. Lepas tu aku layan game, layan kerja, chatting dengan gelak-gelak, layan internet macam biasa, cuma agak malas nak tinggalkan komen je. Ampunkan patik penunggu gua. Kepala asyik ingat kontraksi ke, sakit perut ke?

PA siap ajak aku pergi makan-makan pada hari Khamis nanti di McD sambil tu sibuk dia nak tengok perut aku. Dia memang suka pegang perut aku. 'Oiii, kerasnya', 'kau bukala aku nak tengok perut kau' suka hati dia nak suruh aku menayang kebuyongan aku ni. 'ko gila bawah CCTV ni, aku rasa aku bersalin malam ni kot, ni pun macam nak terkeluar je ni' ahahaha baru aku tau mulut aku masin. Wakakaka.

'Oii ko biar betul, nak kena panggil ambulan sekarang ke' eh! minah ni serius ke nak panggil ambulan? 
'arrr takyah, aku panggil ambulan peribadi je, tunggu la kejap2 lagi' dia gelak-gelak. Dan, aku sempat makan tengah hari dengan bergurau-gurau. Kontraksi semakin kerap, puas aku berbalas chatting dengan seorang blogger SHU namanya, dia melahirkan anaknya di PPUM,KL secara normal. So nak tau pengalamannya.

Dulu, aku share pengalaman bersalin di PPUM. So, sekarang kita tukar. Thanks Shu. Dia minta aku catat masa bila aku sakit, gigih aku catat bila asyik kena ganggu dengan budak-budak opis ni dok nak berbual. Main lama-makin kerap. Menjelang petang, menjadi makin kerap. 5minit, 4minit. Haih! tepat jam 4pm, aku panggil ambulan peribadi datang. 

Aku ingat dia bawa kereta, rupanya dia datang dengan motor. Aku pergi hospital merempit. Sempat aku warning, jangan langgar lubang. Lebuh raya mana ada lubang, cuma jalan tak rata seksa gak. Sampai bumper betul-betul sakit datang, nak meraung aku rasa.

2.97kg pukul 8.33mlm

Dia tinggal aku, pergi parking motor. Aku terus naik ke tingkat 3, wahaha. Masih tersengih-sengih lagi sampai staff tu ingat aku adalah salah seorang staff di situ, mungkin sebab aku terlalu peramah agaknya. Kan hari tu dah masuk labour room sebab tiada entry tapi ada cerita. Bila dah serah beg dan baju, aku diminta tunggu di bilik 8, ada sekumpulan doktor pelatih mungkin sedang ronda-ronda bilik ke bilik. Aku tak berkenan sungguh. Dalam hati jangan diorang datang bilik aku. Tak kosa nak layan masa sakit-sakit ni.

Ye memang dorang tak datang, tapi ada seorang tu pergi tutup lampu bilik aku. Terdiam aku, mungkin dia ingat bilik tu tidak berorang. Cepat aku keluar pergi kaunter pendaftaran. Bising mulut staff wanita itu memarahi mereka yang menutup lampu. Miahaha, senget betul sebab nama aku memang dah ada pada whiteboard bilik bersalin.

CTG dipasang, ye memang ada kontraksi. CTG cantik katanya. Dan, aku memang berdoa biarla bersalin malam ni je, aku bersedia. Masuk sekumpulan doktor, aku kenal doktor tu tapi tak sure namanya, dia yang cerita pasal kenapa perlu risau? dia sendiri tergelak-gelak tengok lukisan dia pada fail aku. Tak tunggu lama, terus dia cek bawah, dah buka 3-4cm. 'saya nak pecahkan ketuban' oiii memang getir. Beria-ia suruh aku tarik nafas, tapi tak sempat aku tarik dia dah seluk. Stress aku tau.

Tiba-tiba rasa panas je, hahaha siapla rasa kontraksi yang maha sakit lepas ni. Aduiii, setiap kali sakit aku berzikir, aku pegang besi katil bila sakit tu makin kuat. Aku biar je sakit tu datang, mampu lagi senyum dan berbual. Pergh! memang aku menikmati rasa tu. Masuk dua orang staff nurse. Dorang kata dorang nak sambut, ye aku percayakan mereka sebab? aku kena percaya, sakit dah tak boleh di tahan.

'Dah nak teran ke?' dia tanya aku. 'Errr? teran?' aku menjawab. Bila dia suruh aku angkat kaki, pegang pergelangan kaki, dagu bertemu leher. 'rambut dah nampak, senangnya, boleh beranak 10?' katanya lagi. 

'Apa 10? errr, kejap-kejap nak ambil nafas' aku tarik nafas, masa kontraksi aku teran. Satu suara tak keluar. 
'Bagusnyaaa, sikit lagi, curi nafas, uiii sangat senang, sangat mudah' masing-masing kata senang.
'Kejap-kejap' aku lagi. 'ko ni dik, kejap-kejap. nak keluar dah ni' bising nurse tu, aku sengih lagi. 'teran macam nak berak, bagus betul boleh ketawa lagi tu' nurse lagi. Memang pun, aku kata kejap sebab nak tarik nafas panjang-panjang.

'Alhamdulillah ko memang senang dik, dah tau baby apa?' tanya nurse tu sambil dia pegang coro, tembam siut si coro ni. Dan aku rasa, abi dah pun balik rumah time ni. 
'lelaki' aku jawab dengan konfiden.
'mana ko tau ni?' sambil pegang coro dia ngacah aku lak.
'scan hari tu dah nampak' hehehe aku gelak sempat tengok dak yang tengah basah kuyup tu.'percaya sangat pada scan' kata nurse tu lagi bergurau-gurau di malam hari.
'Eh, dah habis ke?' Apabila tugas seterusnya diambil alih oleh doktor lain pula, keluarkan uri. Aku menunggu juga saat aku dijahit. Tapiii semua macam tak kisah je.
'Errr, jahit sakit tak?' selamba kodok aku tanya doktor lelaki cina. 'Dia senyum, dah tak ada yang sakit, semua ada bius'. Mujur ko ensem doktor, hilang habis sakit aku. Masuk lagi sorang doktor, korek-korek lagi bawah aku. Aiii, macam dah rabak benar gamaknya.
'sikit je tu koyak, tak payah jahitla' pergh, lega dah habis sesi seluk menyeluk.
'puan koyak sikit je, tak perlu la jahit' aku tau sebab apa koyak, sebab aku angkat montot tadi, excited nak meneran. Hihiii.

Habis sesi di labour room, aku di hantar ke wad. Ni best ni, rasa macam dalam drama je. Hihiii. Tak lama lepas tu, abi datang. Dapat kiss daripada dia. Huhuuu. Bila dia balik, sebab bukan waktu melawat aku dapat jumpa coro. Huuuu, comel, gebu, tapi taktau la rupa siapa. Hihiii!

Aphal dalam gambar dak ni nampak gebu benar?

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku. Allah berikan aku sepasang zuriat yang sangat bermakna, Allah berikan aku kesempatan bersalin normal. Allah perkenankan doa hambanya bila kita sentiasa ingat padanya. Syukur. 

Coro juga pandai hisap breast. Harap tiada masalah untuk aku breastfeednya selepas ini. Esoknya, aku dah pun bersiap untuk pulang ke rumah. Selepas coro diberi suntikan dan urusan pembayaran selesai, aku balik ke rumah. Pada hari ini, insyaALLAH nama untuk coro yang telah dipilih abi NORERFAN ADLI bin NORERWANDI atau pun NurIrfan Adli dalam jawinya bermakna, Cahaya Kesyukuran Keadilan. 

Sekian sahaja, cerita bersejarah pada hari Rabu. hehehe. Terima kasih yang mengucapkan, terima kasih yang buat entry, terima kasih yang sentiasa perihatin, terima kasih yang baru mahu bersahabat. Sungguh, aku berasa sangat terharu, aku akan berpantang di Kota Tinggi, Johor. Buat masa ini, masih lagi di KL berikutan menguruskan hal pendaftaran Adli di sini.

Wednesday, 21 September 2011

Tiada entry tapi ada cerita :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar pembaca bloghijau ni? masih mengikuti perkembangan akukah?

Ya, memang aku tak up cerita baru, bukan mood ke laut bukan juga tiada beridea bukan juga aku sibuk tetapi aku kena tahan wad, no laptop, no internet, no tv, aku kena kuarantin di wad bersalin PPUM. Masuk Isnin keluar Selasa then berehat di rumah sehingga habis minggu ini. Amekau!

Walaupun 2 hari aku di sana, macam-macam peristiwa aku kena lalui. Semalam, sepatutnya discharge pagi ambil masa sampai petang, mujurla sempat di beri makan tengah hari, tidakla aku kelaparan. Abi datang dengan Oni, ambil aku. Bosan benar aku di wad sini tercampak keseorangan di bilik sendiri.

Imbas semula
Isnin||19/09/2011||8:30am||PPUM
Well, aku bleeding lagi. Disebabkan menitik-nitik makanya abi decided hantar terus aku ke hospital sedangkan aku memang malas nak pergi. Melapor diri di wad bersalin tingkat 3, PPUM. Huhu! super best punya wad.

Siap tukar baju, di suruh aku rest sekejap. Doktor, jururawat, staff ke hulu-ke hilir sampai aku tengok pun rasa nak muntah. Lagi-lagi mata kanan aku ni belum pulih sepenuhnya, semuanya nampak kelabu. Seorang doktor lelaki datang, kacak, kurus, tinggi, senyumannya bisa gugur jantung. Sehelai kertas bersama sebatang pen, hrmmm ni mesti masih pelatih. No fail ok. Macam biasa kena interview, bla-bla-bla. Aku rasa nak rekod je segala apa yang aku cakap tadi, confirm mesti kena tanya lagi nanti.

Dia memasang CTG, ye aku tau natang tu. Selalu je guna masa Oni hari tu. Setelah beberapa jam, datang lagi dua orang pegawai perubatan, seorang doktor sebenar cina dan seorang lagi masih pelatih macam tadi, soalan sama. Benci betulla aku nak menjawab soklan bebanyak kali ni. Mujur si kacak tadi menyampuk juga dua tiga soklan.

Bila dah habis soalan dengan bantuan seorang jururawat wanita, peramah, dia nak cek bawah. Olooo ni yang aku lemah ni nak mengangkang depan lelaki-lelaki ni. Cis! PPUM ni takde bidan wanita ke? Ya, barula aku sedarkan, daripada tadi aku dengar jeritan-jeritan wanita bersalin dengan suara sokongan yang semuanya lelaki. Tak suka tau, habis saham.

Sekejap je dia, ukur sana-ukur sini, sikit sebanyak aku kagum juga dengan hasil kerja doktor cina ni, pantas, cekap dan tepat. Mana taknya, tanpa tengok laporan lama aku, tanpa tengok hasil scan, dia boleh tau baby aku ni berapa minggu siap dengan hari sekali. Tepat. Kalau dah pakarkan? Lepas tu, aku kena tinggal. Macam tu je. 

Abi dah hilang entah ke mana. Aku di suruh berehat di wad menunggu bersalin tingkat 5. Naik atas, semua orang dah detact aku sakit mata. Memang aku jadi tak selesa sungguh. Baik-baik hanya sebelah dah hampir menjangkit ke lagi sebelah. Aku rasa nak tidur je.

Abi balik lepas jengah aku sekejap, sebelum aku ditolak ke klinik sakit mata pada hari yang sama. Aduh! lemas aku menunggu di klinik mata. Sesak, ramai sungguh umatnya. Kepala yang tadi mengong bertambah mengong. Serabut. Mujurnya aku dah warded, jadi semuanya atas tanggungjawab PPUM, special case gitu. Lama jugala menunggu.

Bila selesai urusan, ditolak naik wad semula. Duduk je di wheel chair, hehehe. Best je rasa, macam dalam drama. Sempat menikmati alam semulajadi di balik tembok batu. Sedang elok naik, abi datang dan aku di arah pindah bilik. Sakit mata, tak boleh nak bercampur dengan orang lain. Bahaya.

Memang jauh dengan orang lain, tapi bestnya hanya aku seorang sahaja dalam bilik tu, besar, selesa tapi sunyi. Takpela untuk beberapa hari sahaja. Malam tu, aku tidur dalam terang, nak tutup lampu gelap sangat la pula, jadi lelap je la. Rindu nak peluk Oni, mujur abi datang dengan dia petang tadi.

Kakak Oni, pandai posing dan pandai buat peace sudah. Tapiii maintain serabut.

'Hai, meyyy. Tu-tu, meyyy' sekejap mama, sekejap umi. Tak kisahla Oni janji happy. Gembiranya hati dia tengok muka aku. Suara gembiranya, suara ketawanya, dapat jugala melepas rindu kat dia. Agaknya dia pelik, kenapa aku tak ikut dia balik. Takpe Oni, satu malam ni je ok.

Selasa||20/09/2011||5.45am||PPUM
Dah kena kejut, cek tekanan darah, cek baby sekali. Mamai, kepala tingtong. Perut lapar. Semedang nak makan je kerjanya. Haha. Mujur abi datang dengan segala macam makanan semalam. Alhamdulillah, sarapan pagi pun sedap, nasi goreng dan air coklat.

Menunggu keputusan sama ada boleh keluar atau tidak pagi ni, dah datang seorang tadi katanya boleh keluar, then datang lagi pegawai perubatan, boss mungkin. Berbangsa orang putih tapi Islam, peramah, baik, suka puji-puji tapi lelaki. See? lelaki juga. Cek-cek-cek, ok boleh discharge petang nanti. Hureyyy! aku rasa nak melompat.

Tengah hari, abi datang dengan Oni. Tak pergi rumah pengasuh la dia ni, abi cuti. Siap abi uruskan semuanya, aku pun keluar wad, sempat lagi bawa Oni ke Taman Jaya, sibuk benar dia nak main di taman permainan tu. Comelnya Oni, budak dah besar. 

Wad biasa, ada 4 katil. 

Wad special, satu katil sahaja ;)

Hari ini, aku update mengapa tiba-tiba aku menghilangkan diri. Hihiii, baby belum mahu keluar lagi, dia syok duduk dalam perut mak dia ni. Dia takut kena buli dengan kakak dia gaknya, tu yang dia nak membesar lagi. Kikiii.

Terus mendoakan aku ya, sebab aku dengar orang jejerit masa bersalin hari tu, seram pula.

Thursday, 15 September 2011

Pemeriksaan Anternatal 6.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku nak share sesuatu yang buat aku gembira dalam debaran.

Oit! bukan nak pergi open house la, itu dah memang sah-sah, makankan? Perkembangan mak buyong yang sedia kembang ni. So macam biasa, aku sambung MC daripada hari Khamis sebab sakit mata, terus ke PPUM. Harapan nak ajak abi la konon-konon, mana tahukan pemeriksaan terakhir gitu, hrmmm awal-awal dia dah beritahu dia ke Lumut, cis! Benci tau.

Takpe-takpe. Pemeriksaan rutin berjalan macam biasa. Menyesal pula tukar beg kecil, semua benda nak sumbat sampai tak muat. Banyak nak kena pegang, leceh betul. 

Urine test: Normal
Berat: 50.7kg
Tekanan darah: 107/53 Hb

Aku rasa nak timbang dengan beg sekali. Puas aku makan, naik ciput je. Ceh! terus aja aku turun tingkat bawah untuk scan baby. Hurey! tengok baby lagi.

Alhamdulillah, semuanya berkeadaan baik dan sihat. Air ketuban cukup, uri berada di atas, kepala baby pun dah berada di bawah. Dannn berat baby 2.8kg. Serius, aku sungguh teruja bila dapat tahu berat baby ni. Syukur sangat-sangat.

Aku baca dan teliti terperinci laporan scan daripada pemeriksa tu. Tersenyum gembira tidak terkira. Naik ke tingkat 2 semula untuk sesi bertemu doktor. Aku harap tidakla lama aku menunggu kerana aku melapor diri sudah sehabis awal  pagi. 

Kebetulan berjumpa semula dengan kakYati, setelah sekali dia terskip pemeriksaan lepas. Best ada geng. Dalam pada menunggu giliran, kami bersembang terganggu dengan deringan telefon bimbitnya, lepas satu, satu hal datang. Anaknya semput, kawan opisnya asyik buat panggilan, sampai habis kredit dibuatnya.

Lekas sahaja aku hulur telefon aku, apa hal sangat tolong orang atas perkara kecil kan? Sementara berkesempatan membuat kebaikan. Serba salah dia, aku paksa juga. Dah emergency. Senang hati aku dapat tolong orang. Dia tanya aku sama ada boleh atau tak dia nak berjumpa doktor cepat. Aku cadangkan dia berdiskusi dengan nurse di kaunter. Kalau betul-betul ikut turn memang lambat.

Aku rasa boleh, sebab dia ada kecemasan. Kelam kabut dia hari ni. Aku kena bertenang, sebab aku nak kena dengar ceramah doktor, so kena fokus.

Tiba giliran aku masuk bilik doktor, oh! doktor yang baik ni. Aku kenal dia. Dia pernah check aku masa aku bersalinkan Oni hari tu. Suaranya, raut wajahnya, senyumannya, buat aku rasa nak duduk je lama-lama dalam bilik tu. Taaapiii...

'Kita tengok rekod puan ni, semuanya berkeadaan baik. Baby gerak ok?' dia bertanya dengan diperhatikan oleh dua orang doktor pelatih, mungkin. Aku angguk. 
'Puan pilih pelan bersalin, nak cuba normal atau czer?' Dia bertanya dengan suara perlahan. 
'Jika semuanya baik, saya nak cuba normal doktor' Dia angguk dan senyum.
'Doktor yang lepas, ada terangkan tentang pelan bersalin ni?' Dia tanya lagi.
'Ye ada, semua sudah diterangkan. Saya pun ada cari maklumat-maklumat di internet dan kawan-kawan lain'
'Bagusla kalau macam tu, jadi boleh puan baring sekejap' Pintanya. Dua doktor pelatih ambil alih tugas ukur-ukur.

Katanya, dia tak dapat rasa kepala baby aku. Hehehe, coro main nyorok-nyorok. Doktor yang baik itu pula ambil giliran. Senak kejap perut aku dia tekan. 

'Kepala baby dah turun, kedudukannya pun dah cantik' aku sengih sampai telinga. Temujanji akan datang seminggu daripada sekarang, aku terkedu? seminggu doktor? Doktor yang baik itu senyum. Aduh! bisa gugur jantung gue.
'Seminggula, jika masih belum sakit. Puan sudah menghitung hari. Baby pun dah matang'. Aku tarik nafas dan cuba bertenang. Sekejapan masa berlalu, aku sudah menghitung hari. 
'Kalo dah sakit doktor?'
'Terus bersalinla' Ahahha, berlucu ye. Aku pun sengal boleh tanya soklan yang memang sendiri tahu jawapannya. Keluar daripada bilik doktor, aku berjumpa semula dengan kakYati. Berbual seketika, aku terus mendapatkan temujanji akan datang.

Sedang aku tunggu abi datang jemput, kakYati datang berjumpa dengan aku. Dia pun dah selesai buat pemeriksaan, dapat juga dia giliran awal sempat dia mengucapkan terima kasih pasal pinjam telefon sebelum nampak suaminya tiba untuk menjemputnya.

35weeks6days
Genap Oni pun lahir dengan berat 1.8kg.

Laaa kakYati juga yang balik awal daripada aku. Kikikiiii. 

Nota hijau: Alhamdulillah semoga terus dipermudahkan perjalanan kelahiran zuriat yang kedua ini, aminnn.

Monday, 5 September 2011

Bed Rest (rehat di katil).

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ye, hari kedua aku terpaksa berada di rumah. Memantau perkembangan si coro ni. Bos aku kata auditor datang opis hari ni, time aku tak ada semuala nak berlaku. Owh! berbalik pada topik, haaa rehat di katil, tekan loceng je kalau nak apa-apa.

Bila dah duduk atas katil kerjanya pantau gerakan baby dan rehat habis-habisan, gara-gara bleeding sejak hari Ahad lepas. Mungkin tak duduk diam dan buat kerja rumah. Langsung, kena bebel. Kalau degil, duduk wad.

Rehat di katil ialah harus mengurangkan aktiviti dengan berehat dan biasanya di katil. Biasanya doktor akan menyuruh duduk di katil dengan pelpagai posisi (sisi, duduk tegak, baring atau sebaliknya). Boleh juga bermaksud tidak berdiri untuk jangka masa yang lama dengan mengurangkan jadual kerja harian termasuk tidak memandu kereta.

Sebab mengapa perlu rehat di katil:
  1. Plasenta praevia
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Kebantutan pertumbuhan
  4. atau masalah kesihatan yang kronik

Antara kelebihan rehat di katil:
  1. Tekanan kurang kepada bayi - apabila kita baring, ia mengurangkan tekanan pada bayi di serviks dan tekanan ini mengurangkan penarikan serviks. Tekanan serviks boleh menyebabkan kontraksi, keguguran, kelahiran awal, koyakkan membran dan pendarahan vagina.
  2. Pertambahan oksigen dan nutrien kepada bayi - rehat di katil menambahkan aliran darah ke plasenta secara tidak langsung menambahkan oksigen dan nutrisi kepada fetus yang tidak membesar dengan betul ataupun mempunyai masalah dengan plasentanya.
  3. Fungsi organ keibuan bertambah baik - dapat membantu organ-organ ibu untuk berfungsi dengan lebih baik. Apabila jantung dan buah pinggang berfungsi dengan baik, ia boleh membantu dalam mengawal tekanan darah tinggi.

Hanya doktor sahaja yang boleh menetapkan berapa lama kita perlu rehat di katil. Sekiranya keadaan bertambah baik, maka doktor akan menghentikan aktiviti rehat di katil ini, ada juga kes di mana perlu rehat di katil sehingga tamat tempoh kelahiran.

Oleh itu, pengajaran buat aku ialah, kena sentiasa beringat dalam perut ada satu nyawa lagi yang ingin lihat dunia dan ibu bapanya ;)

Thursday, 11 August 2011

Pemeriksaan Anternatal 5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Macam biasa minggu ke-30. Datang awal tapi sesat barat sebab Klinik Ibu Mengandung (KIM), PPUM sudah bertukar lokasi. Macam biasa, abi tinggalkan di lobi dan aku mencari arah dalam bangunan KIM. Teletak elok di sebelah Menara Timur. Huuu, aku rasa macam masuk Lobi Kecemasan. Serba baru dan bau kedai.

Satu persatu papan tanda dan tanda arah mencari kaunter pendaftaran. Takpe, taktau sila tanya ye. Lobi utama bersambung terus dengan tempat pemeriksaan rutin, dan barula jumpa kaunter pendaftaran, ye aku dah tersilap masuk pintu. Hahaha.



Ruang pendaftaran yang sangat besar tiada lagi para ibu yang berdiri menanti giliran, tempat duduk selesa dan tak sakit belakang or pinggang. Ada pelapik empuk. Serius, aku pun nak lena duduk situ menunggu.

Selesai mendaftar, masuk semula ke ruang pemeriksaan tadi. Dua, stesen jururawat disediakan. Uuuuu, bestnyaaa. Pling, kad biru aku masuk dalam kotak, dan pemeriksaan rutin berjalan seperti biasa.


Haaa barula best, tandas besar. Ada tempat letak beg, ada tandas duduk dan tandas cangkung berbanding tandas cangkung di tempat lama. Feeling fresh je. Teruja aku nak berlama-lama dalam tandas tu. Wangi.

Bila check berat kena ingat sendiri. Hahaha, alaaa takde hal pun. Banyak je kerusi tuk duduk menunggu turn untuk operasi tekanan darah. Sibuk jururawat ni meng'arrange' cuti raya masing-masing. Sabar je la.
Urine = Normal =) Berat = 49.2kg =) Tekanan Darah = 101/53 Hb
Huyeee, berat naik. Teringat pula time Oni hari tu. 49.3kg dia dah keluar. Tak sabar sungguh. Ada potensi cecah 50kg ;) sukaaa.

Ahaaa macam biasa, sesi menunggu giliran dipanggil berjumpa dengan doktor. Dek kerana aku tak bawa sebarang bahan bacaan makanya, bermundar-mandir la aku di ruang pemeriksaan tu. Snap gambar sana-sini.

Beralih-alih tempat duduk, untuk menguji kerusi. Hahaha, jakun. Tapi, memang lama betul nak sampai giliran aku  walaupun bilik pemeriksaan semakin banyak dibuka menjelang tengah hari. Ada seorang doktor, staff di PPUM. Melayan dia berborak. Haih! speaking beb. Terbelit-belit lidah aku. Lantakla, hilang juga kebosanan dalam kesejukkan.

Sampai giliran aku, dapat doktor muda yang sempoi. Kita cerita pasal pelan untuk bersalin serta risiko-risikonya dimana aku juga terbabit bila menyatakan risiko untuk aku bersalin normal. Ho'o. Nanti kita cerita ye.

Bila keluar, aku diarah untuk buat temujanji scan pada pemeriksaan akan datang. Mana pula aku kena redah ni. Tanya staff, lor rupanya selama aku menunggu tu, aku ditingkat 2. Hahaha, manala aku perasan. Scan di tingkat 1. Lepas ambil temujanji, buat temujanji untuk check-up akan datang pula.

Next check-up 15/09/2011. Habisla, dah sental kuih raya banyak time tu :p Lambat pula abi datang ambil. Balik check-up aku ke pejabat pos untuk pos kad raya. Hehehe. Dan lepas tu, aku membongkang tidur. Rasa kering tekak dan letih benar.

Sekian sahaja sesi menerjah KIM, PPUM yang baru. Hiii, teruja pula nak bersalin kat tempat baru. Katanya suami boleh teman. Nanti aku usha lagi eh. Boleh bagi abi insaf sikit. Gambar takde, nanti orang jemu lagipun aku dah gemoook. Hihiii. Daaa.

Friday, 15 July 2011

Pemeriksaan Anternatal 4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Awal-awal malam aku dah pesan pada abi supaya bangun awal, bila dah sekali datang awal makanya nak lagi datang awal berkali-kali. Atas nasihat mamaMikhail aku puasa daripada pukul 10 malam sebelum sebab kena minum air gula pada hari semalam. 

Macam biasa abi akan hantar sebelum dia pergi kerja. Agaknya disebabkan dia off so mindset dah fikir nak bangun lambat maka biasanya dia berhati-hati akan tetapi pada pagi semalam dia melanggar motor dihadapannya secara tidak sengaja. 

Terkejut aku mujur motor depan tak apa-apa sebaliknya sayap motor abi yang patah dan agak teruk. Mamaila tu, berangan. Disebabkan PPUM tak jauh mana, makanya perjalanan diteruskan. 

Ditinggalnya aku di Klinik Ibu Mengandung, PPUM dan rutin biasa pun bermula. Tak ramai sangat waktu awal pagi begini. Aku mencari kakak yang aku jumpa masa check-up sebelum ni mungkin dia masih belum sampai.

Kencing: Normal =) Berat: 47.9kg =) Tekanan Darah: 103/53 Hb
Ohooo berat aku turun sikit daripada check-up lepas. Ayak. Lepas aku check tekanan darah, fail aku hilang pada pandangan mata. Aik? rasanya baru je aku nampak fail aku atas kaunter. Dalam dok kalut-kalut, rupanya fail aku sudah pun berada dalam bilik doktor.

Apadaaa. Belum lagi aku habis pemeriksaan rutin, fail dah pun di tangan doktor. After check sana-sini, tanya itu dan ini, aku ke bilik lain untuk minum air gula pula. Bersediakah aku? Anggap je makan aiskrim.

Lupa lak nak snap gambar air gula warna oren, haaa berperisa sikit. Sebelum ni warna putih tapi memang agak azab jugala nak habiskan. Hampir-hampir je nak terkeluar semula, cepat-cepat menenangkan hati. Lepas minum kena puasa selama sejam. 

Sementara puasa, aku yang memang tak bawa paper tak bawa sebarang bahan didatangi seorang daripada UM sendiri untuk membuat kajiselidik. Daripada tak buat apa, bosan keseorangan aku layan sehingga sejam berlalu tanpa sedar. Lebih banyak ketawa daripada bercakap.

Dan memang tak rugi pun membantu pelajar membantu orang. Sebaik kaji selidik selesai dia memberi aku sedikit cenderahati. RM10 aku dapat dengan hanya melayannya selama sejam. Hanya dengan air liur dan berkongsi sedikit pengalaman. Apa salahnya. Rezeki.

Cenderahati daripada PPUM.

Balik daripada check-up, aku melantak nasi kerabu lauk kerang. Sedap betul. Habis licin. Abi ajak pergi tengok transformers 3D. Huaaa. Best-best. Suka-suka. Kita ke Mid-Valley. Habisla satu hari aku tidak ke tempat kerja. Hehehe.

Thursday, 16 June 2011

Pemeriksaan Anternatal 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tertunggu-tunggu berita dari aku ye. Hiii. Sambil update ni sambil layan slot cerita cinta di TV3. Alololo sweetnyaaa.

Yeah, aku tekad. Kali ni aku nak pergi awal. Tak sanggup aku nak menunggu lama-lama di PPUM yang semakin tengahari semakin sesak keadaannya. Boleh muntah jika tidak tahan. Aku bersiap sama waktu dengan aku pergi berkerja hantar Oni dan abi hantar aku ke Wad Ibu Mengandung, PPUM.

Uiks pipi ke pau tu? on 7:12am 16.06.2011

Siap roti, biskut, paper, buku, air semua dalam beg, hahaha! aku lebih bersedia pada kali ini. Sampai-sampai ambil nombor giliran, 0018. Jeling nombor sekarang baru dua nombor. Huyeee!

Macam biasa pemeriksaan rutin. Sungguh fresh rasanya pagi ini. Pagi yang sungguh ceria.
Urine: Normal =) Berat: 48.7kg =) Tekanan darah: 109/69 =)
Sebaik sahaja selesai pemeriksaan aku diminta untuk ke bahagian scan di tingkat 3. Huiii tak sabar nak jumpa baby. Sedang asyik menunggu, datang seorang kakak duduk di sebelah aku, pantas borak-borak-borak. Selidik punya selidik, haih! satu kapal. Dia di Desa Aman 1. Terus lekat bersama-sama. Sonotnya.

Sampai turn aku, sesi berkenalan dengan baby, hallluuu baby umi. Umi here wana to see u. Alhamdulillah, my baby is a boy. Cumel je dia membuat regangan kedua kaki. Baby membesar dengan sihat dan normal hasil daripada Anmum Meterna. Wiii! Ketuban cukup, uri di tempat yang sepatutnya, tumbesaran juga seperti ukuran.  Cuma kedudukan, kepala masih di atas dan tak berapa nak aktif, dia masih tidur. 

Baby in umi womb. Wana see kakakOni soon.

Balik semula ke tingkat bawah untuk sesi berjumpa dengan doktor. Para ibu mengandung sudah pun ramai, ruang semakin sempit. Aku menjeling jam. Huih! selalunya aku masih sibuk berurusan di kaunter, hari ini serba mudah.

Sempat aku membaca paper, mengisi perut, membuang isi perut dan akhirnya bersua semula dengan kakak yang aku berjumpa tadi. Berbual lagi, rasanya nombor dia dan aku tidak jauh beza. Kongsi pengalaman. Seronokla kakak ni. Peramah.

Tiba-tiba je nama aku kena panggil di pembesar suara. Wahaha, macam mana aku tak perasan giliran aku dah tiba. Asyik sangat menyembangnya. Hasil pemeriksaan pap-smear aku juga normal. Next check-up aku kena minum air gula, waaaaaaaaaa. Semuanya sihat dan berkeadaan baik.

Selesai berjumpa doktor, aku ke kaunter utama untuk temujanji seterusnya pada 14.07.2011, dan mengambil Obimin di farmasi. pemeriksaan selesai awal daripada waktu biasa aku pergi.

Sedang aku menunggu abi datang, aku berjumpa lagi dengan kakak tadi. Sama waktu pula, dia juga menanti suami. Temujanjinya untuk pemeriksaan akan datang juga sama dengan aku. Hihiii, boleh pergi sama-sama.

Macam biasa, balik daripada temujanji aku ke pejabat pos, aku ke kedai cenderahati, aku ke kedai hardware, aku ke pasar. Macam-macam benda aku borong, mujur abi bagi duit tadi. Hihiii. Petang ni, nak ke farmasi pulala, bawa Oni jalan. Nak beli puting botol susu, botol air dengan vitamin dia. Harap tak hujan.
Terima kasih abi, sebab melayan umi hari ini. hiiii. Sedang menunggu surprise daripada abi ni.

Wednesday, 1 June 2011

Kulit perut dah merekah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aduiii geramnya, tangan tak henti menggaru kulit perut. Balik karang mesti merah-merah, huaaaa gatalnyaaa tak tahan-tak tahan. 

Si kecil dalam ni semakin melasak ke main, saiz perut aku dah besar macam kakakOni 7 bulan, padahal baru masuk 5 bulan. Cukup suka buat tendangan padu ikut suka hati dia. Paling aku tak tahan time aku mahu tidur, si kakak sibuk nak me'wresling' si adik pun join sekali, sudahnya mak dia tak cukup tidur. Adus.

Itu belum lagi bapak diorang masuk campur. Pengsan aku, memang time tu rumah aku gempak gempita bagai ada sepuluh orang di dalamnya. Jerit-pekik-gelak-ketawa. Seronoknyaaa walaupun badan aku rasa macam nak patah 8.

Kulit perut aku ni nipis sangat gaknya, aku nak garu kuat-kuat takut melarat. Habisla nanti kulit perut aku dah tak cantik dan pecah-pecah. Nasib baik dia kat dalam di alas dengan baju kan? kalau tak, eish segannya.

Masa mengandung kakakOni dulu pun, merekah juga. Bila dia dah keluar, kawasan tu bertukar warna tompok-tompok hitam, berkeruping. Eish! dah macam kudis kering aku rasakan. Nak menangis bila tengok. Mujur ada seorang mengesyorkan aku Bio-Oil. 

Mula-mula aku sapu macam takde effact je, rupanya kena tunggu betul-betul kering, dan sapu perlahan-lahan, oh! impressive kerupingnya tanggal dan kulit aku kembali putih dan cantik. Terima kasih bio-oil.

Aku tak suka krim cecair yang PPUM bagi, aku sapu sekali je, tapi dia buat kulit aku bertambah kering. Mati rasa, krim macam bedak sejuk. Aku lebih kepada krim klinik panel. Nampaknya kena pergi klinik la macam ni. Sah-sah bila aku sapu kakakOni pun tiba-tiba 'atal-atal, ubat' sambil tunjuk tempat ubat. Eiii! pantang.

Teringat dulu-dulu, cikAQies rajin sapukan krim bila dia temankan aku masa mrABi tak ada, sekarang ni kalau suruh kakakOni, mau dia sapu entah di mana-mana. 
Hari ni pulun kerja seorang diri. Huaaa. Nak pinjam tangan.

Thursday, 26 May 2011

Pemeriksaan Anternatal 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Rindu? ye semalam tiada entry sebab hati sedang gundah gulana.

Malam tadi mrABi balik dari Kelantan, tak sedar jam berapa, then pagi tadi agak lambat semuanya bersiap dan lambat jugala aku sampai di PPUM, KL. Letih bila sampai lewat ni, semuanya akan jadi saaangat lambat.

Aku sampai ambil angka giliran 1070, nombor sewaktu kaki aku masuk bagaikan baru nak bergerak. Kematu montot terasa akibat lama sangat untuk giliran pendaftaran. Terlupa aku na membawa sebarang bacaan, benci sungguh.

Hari ni terasa luar biasa ramainya. Aku pun taktau kenapa Klinik Ibu Mengandung tu jadi sesak, apakah kerana aku datang lewat ataupun memang ramai orang pada hari tersebut.

Sebaik nombor dipanggil, aku diberi nombor temujanji dengan doktor pula, ergh! aku kena cari kawan, aku kena cari sesuatu menghilang kebosanan. Pemeriksaan rutin berjalan seperti biasa.
=) Air kencing: Normal   =) Tekanan darah: 106/57   =) Berat: 47.2kg
Then semuanya ok. Sesi menunggu-menunggu-menunggu dan menunggu. Daripada duduk bawa ke berdiri, daripada baca akhbar Melayu ke akhbar Inggeris, siap aku main game, tengok TV dan makan. Masa terus berjalan, daripada jam 9 pagi, akhirnya jam 1.30 petang barula bersua muka dengan doktor.

Doktor lelaki bangsa China, sangat teliti memeriksa sehingga buku lama pun diperiksa. Kepekatan darah aku kurang tapi tak bahaya, ngam-ngam keparas bahaya. Dia suruh aku makan vitamin bagi memekatkannya. Alaaa, memang masalah aku daripada mengandungkan Oni.

Dia mengukur pengembangan perut aku. Lebih kurang 20 minggu dan berkembang dengan sangat baik. Huye-huye.

Temujanji akan datang, aku dapat tarikh 16.06.2011 sama dengan hari aku scan. Yeay, setuju-setuju. Memang aku suka. Selesai berurusan, aku kena cari teksi untuk balik sebab mrABi tak dapat ambil, dia masih ada tugasan.

Takpela, aku berdikari tapi lenguh gak kaki berjalan nak ke tempat teksi. Nampak pula kedai, harusla shopping-shopping dulu. Kuikuikui. 

Gambar takde, sebab takde orang nak tolong ambilkan, hihiii. Lebih kurang sama je dengan Pemeriksaan Anternatal 1 hari tu ;)
Terima kasih ABi sebab sudi balik untuk hantar pergi check-up.

Thursday, 21 April 2011

Pemeriksaan Anternatal 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Oh dah tak sabar ye mahu mengetahui hari pertama pemeriksaan anternatal aku di PPUM. Separuh soalan sudah berjawab separuh lagi belum berjawab. Macam biasa aku bersiap ala-ala nak pergi kerja. Lepas hantar kakakOni aku beli sarapan.

Niat di hati nak sarapan dulu, tapi bila naik rumah semula mrABi dah pun bersiap, macam lipas kudung aku cari borang untuk pendaftaran yang telah siap diisi. Part ni, GL je yang penting lain2 aku tak kisah sangat sebab fail aku memang dah ada di PPUM.

Ye aku sangat haus tapi tak sempat minum air, bertambah malangnya bila botol air aku tertinggal atas meja masa aku ambil borang. Benci betul. Dah la lapar, haus, merempit pula. Ngeng betul.

Suasana dalam klinik dah pun sesak, macam-macam gaya pakaian mengandung dan saiz perut. Aku je macam orang tak pregnant, ala baru 14 minggu apa ada hal kan. Yang aku pelik staff kat situ sering bertanya 'staff sini ke?' dan soalan ini daripada tahun kakakOni dalam perut lagi. Kenapa? ada pelanduk dua serupakah? atau aku nampak talent untuk jadi staff PPUM. Nak perasan muda la ni. Heee.

Smooth, itu aku dapat simpulkan. Mungkin kerana aku dah ada pengalaman yang lepas makanya bila taktahu selamba kodok aku tanya staff nurse kat situ. Aku memang muka tak malu.

Air kencing - normal
Tekanan darah - 117/71 (bacaan orang normal 120/80 mmHg)
Berat - 45.5kg

Rutin dah setel, aku dengar tentang penyusuan susu ibu. PPUM ialah hospital rakan bayi, tiada botol susu atau susu formula selepas melahirkan ok, hanya susu ibu. Ye kali ni aku tanya apa yang sekian lama tidak ada jawapan.

'Bagaimana nak mudahkan pengasuh untuk memberi/menyimpan susu ibu kepada anak' 

1- Bagi sekurang2nya 5-6 botol 4 auns dan minta dia simpan dalam peti sejuk biasa. Bukan sejukbeku.
2- Beri pada anak, masa nak panaskan dengan air suam berkuantiti 2:1 maknanya air panas 2, air sejuk 1.
3- Jangan biar pengasuh cuci botol, biar kita sendiri bawa balik dan kendalikan.
4- Jika ada sebotol dua yang tidak digunakan simpan di ruang sejuk biasa.
5- Label nama, tarikh dan masa pada setiap botol.

Itu la yang selalu memusykilkan aku. Sekarang, dah terjawab. Doakan aku boleh menjadi ibu BF yang berjaya. Insya-Allah.

Keluar daripada dengar ceramah, nama aku dipanggil jururawat, pra-interview sebelum jumpa doktor. diterangkan pasal Pap-Smear, HIV dan ujian darah. Semua aku kena buat pada hari ini juga. Malas nak tangguh.
 
Macam biasala susah cari salur darah, mujurla tak kena dua-dua belah tangan. Kena sebelah je mencari darah B +ve, aku baru tau kumpulan darah aku. Kekeke. Tak kena minum air gula, sebab baby kecil lagi. Belum 4 bulan.

Menunggu giliran untuk berjumpa doktor, berborak-aku kan peramah. Semua orang aku interview. Muka masing2 tercengang tengok aku sebab anak yang kedua. Oiii, tak boleh ke?

Hari ni aku buat juga ujian pap-smear.  Sakit sikit je, ambil sedikit lendir di pangkal rahim. Aku harap semuanya okla. Sebab ianya akan dihantar ke makmal. Habis berurusan dengan doktor buat temujanji seterusnya. Ye, untuk mengelakkan banyak kali ulang-alik, ulang-alik buat orang pening. Aku tanya nurse apa yang aku kena buat seterusnya.

Ambil ubat dan buat temujanji untuk scan baby, leceh sikit PPUM macam ni la. Tidak seperti klinik biasa. See? dapat pula tarikh jumpa doktor 26.05.2011 tarikh untuk scan 16.06.2011 katanya baby dah besar sikit masa tarikh ni, inila susahnya. Nak kena pergi dua kali. Aku minta samakan tarikh, gelak je staff kat kaunter tu. 

'Datang je 26hb nanti kita bagi tarikh check-up semula 16hb tu'. Ok la kalau macam tu kan. Jadi, sesi pun habis. Perut aku lapar sungguh, terbayang-bayang nasi kerabu aku beli pagi tadi. Sedapnyaaa. Sementara tunggu mrABi aku jumpa biskut dalam beg.

Adus, tak reti aku nak posing ambil gambar penuh macam ni. Poyo.

Akan datang aku bersiap dengan bekalan dalam beg. Hahaha.
Aku tidak ditemani mrABi pun, tengok kiri kanan suami setia di sisi, siap ada boleh landing tidur atas bahu suami lagi. Ikut je ke mana isteri pergi. Hahaha. Jeles-jeles, tapi aku kan peramah. Kikiii. Jumpa je kawan.