Kenapa perlu risau?

Wednesday, 14 September 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam pada menghitung hari menunggu Coro ini, hati aku tetap berdebaran, kepala aku tetap memikirkan, minda aku tetap berjalan, jiwa aku tetap keresahan. Bagaimana aku nanti? di mana aku nanti? ye mudah-mudahan semuanya dipermudahkan. InsyaALLAH.

Pemeriksaan anternatal yang lepas, aku sudah sedia diberitahu, sudah diceritakan akan keadaan aku yang tak berapa nak sama dengan orang lain. Ye, pertanyaan doktor yang pertama 'Pelan perancangan bersalin untuk anak kedua ini?' harusla dijawab dengan 'Saya nak normal doktor' ok, jawapan diterima dengan senyuman dan anggukan. Lega di situ.

'Mari puan, kita duduk dulu saya nak cerita sikit. Sayang suami tak ikut ye, kalau tak boleh suami ikut dengar' akur dengan arahan dan bebelan doktor tu aku terima dan duduk. Dia melukis keratan dalaman rahim wanita di atas sehelai kertas. Memang kenyataan, belum pernah lagi abi join dalam pemeriksaan anternatal Coro ini sejak awal lagi.

'Ok, kita ibaratkan rahim puan sebagai sebiji belon, saya kerat bahagian bawah, saya tampal dan tiup semula. Bila saya tiup ia akan mengembang, bila melalui proses kelahiran otot-otot sekitar rahim akan memberi tekanan dan apa jadi dengan hasil tampalan?' aku diam terpaku, menikmati dan memahami apa maksud kata-kata doktor disamping meneliti setiap hasil seninya.

'Kalau rahim, ianya penuh dengan risiko. Boleh jadi pecah' perlahan sahaja ayat itu keluar daripada mulut. Sedia maklum sebab aku membaca. Aku mencari info. 

'Bagus, senang saya nak terangkan. Maknanya, untuk puan bersalin normal ini adalah risikonya. Tapi puan jangan bimbang, kita ada pakar yang sentiasa akan pantau. Lega. 'Macam mana risiko kalau czer kali kedua doktor?' pertanyaan untuk mengetahui apa pilihan yang boleh dibuat. 'Bagus soalan tu' senyum lagi. Ah! doktor, memang pandai mengambil hati pesakit.

'Ok, kita akan pantau kesihatan puan awal-awal dan beri satu tarikh, kita akan tengok semuanya kedudukan uri lebih-lebih lagi, takut uri melekat pada jahitan lama yang akan menyebabkan pendarahan yang banyak dan kemungkinan untuk terpotong saluran-saluran seperti usus, saluran kencing tetap ada'. Nah! episod mengerikan dalam hidup. 

Walau macam mana pun, kita tunggu hasil scan pemeriksaan akan datang iaitu esok. Sekiranya, tiada masalah insyaALLAH kita boleh cuba untuk bersalin normal. Cuba? Cuba? adus.

Bila aku terangkan pada abi, jawapan mudah yang diberinya. Bersalin normalla. Ermmm, sangat simple kan? Ye, kenapa aku perlu risau? segalanya ada risiko. Ajal maut semua di tangan ALLAH. Berusaha, berdoa itu yang terbaik bukan?
Jenuh aku melukis natang ni.
Nota hijau: Masih maintain gelak-gelak, hati gundah rasa nak tercabut, bila solat aku rasa nak meraung-raung. Tabahla wahai hati. Kuatla wahai jiwa. Ada sinar yang menanti. Semuanya bakal membawa bahagia.

13 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

kita pun menunggu kelahiran yang ketiga pun hati tetap riso...owhh...wondering sama ada leh salin normal cam yang second or operate cam yang sulung...

mzhany said...

InsyaALLAH cha, pasti semuanya akan OK...ameen...hany doakan yg terbaik buat cha sekeluarga


(sori, tak dapat nk komen or bg pndangan lebih2, tak pandai sgt ;) )

eima said...

insyaallah tak de pepe ...
oni dulu czer ek ...
hopefully semuanye selamat aku doakan ....

eiela said...

semoga dipermudahkan urusan bersalinnya.

Diyana said...

cha ms czer oni dulu ,sbb ape eh?mcm akak, mia dan ali ..dua2 kene emergency czer..aku dah cuba normal,tp tetap tak boleh dilate smpi 10 cm..takat 3 cm je. jadi, akak pasrah ajela..kali ke 3 ni,ini kire yg bungsu la.akak operate 20 okt ni, trus doktor ikat for eva..:D

PUANSTOBERI said...

KEkda doakan yg terbaik utk Cha. Doa bebanyak yer dik, semuanya Insyaallah oke.
Akak tak sabo ni nak tggu adik si Oni (bb Coro). Hihi :))

mamalieyna said...

aduuuh tetiba kak eina pun sama risau..huu~ harap2 semuanya berjln lancar n dptlah normal..kak eina pun dl c-ser, kata doktor, dh masuk 36weeks nnti, diorang akak refer to hospital samada boleh normal or still c-ser..

hope yg baik2 saje..sama2 lah kita doakan...Amin..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

kak jue doakan yang terbaik buat cha..hope semuanya ok...
kak jue pun rasa berdebar2

Bond@ While@ said...

Moga Allah permudahkan segalanya.. bertenang ye..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

insyaallah selamat dan moga dipermudahkan segalanya..

mmg perasaan risau tu ada cha..sama la mcm kes eija dulu, alhamdullillah boleh normal..so eija doakan moga cha jg bole bersalin normal..

masa eija dulupun..doktor bgtau risiko if kali kedua nak bersalin normal selepas yg pertama czer..risiko maybe luka bekas operate boleh terbuka..bkn luka yg kat luar tau..tp yg dalam rahim kita tu..,tp itu cuma 1% jerk..

♥SyilaSyira♥ said...

takutnya bila memikirkannya...apapun semoga hasrat cha termakbul utk bersalin normal...semoga Allah permudahkan segalanya buat cha ye

@e_da said...

sabar ya cha.. semua org hadapi ujian berbeza.. cara cha begini.. cara akak begitu... kita tabahkan hati.. semoga allah permudahkan dan berikan hikmah di sebaliknya yang dia beri...

ch@ said...

cik mot:
stiap kelahiran tu mendebarkn hati dn perasaankn?

hany:
t/kasih hany, itu sudah memadai. terharu.

eima:
yups, emergency czer.
thanks eima, ko pun take care k. kadang2 yg kedua tak sama dgn yg pertama.

eiela:
t/kasih.

kak diyana:
oni hari tu lemas, emergency czer buka takat 4cm je. bacaan dh cun, tapi nk gak ikt tgkp. kita pun pasrah je kak.

kekda:
thanks kekda, kita pun dh x sbr nk tggu dia membesar, hah! advance tak?

mama lieyna:
btl tu kak, mmg dorg bagi nasihat sama ada boleh czer or normal. then, kalo ok proceed normal je la.
sama2la kita ye.

cik jue:
t/kasih cikJue, smua org dh nebes ni.

bonda:
awak pun sama je bonda.

eija:
t/kasih eija.
insyaALLAH eija.
ahaaa itu la, luka kat luar totally baik, kt dlm la yg merisaukan.

syila:
aminnn, thanks awak.

kak eda:
aminnn, setiap org punya pengalaman yg berbeza kan kak? thans akak.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in