Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tertunggu-tunggu berita dari aku ye. Hiii. Sambil update ni sambil layan slot cerita cinta di TV3. Alololo sweetnyaaa.
Yeah, aku tekad. Kali ni aku nak pergi awal. Tak sanggup aku nak menunggu lama-lama di PPUM yang semakin tengahari semakin sesak keadaannya. Boleh muntah jika tidak tahan. Aku bersiap sama waktu dengan aku pergi berkerja hantar Oni dan abi hantar aku ke Wad Ibu Mengandung, PPUM.
Uiks pipi ke pau tu? on 7:12am 16.06.2011
Siap roti, biskut, paper, buku, air semua dalam beg, hahaha! aku lebih bersedia pada kali ini. Sampai-sampai ambil nombor giliran, 0018. Jeling nombor sekarang baru dua nombor. Huyeee!
Macam biasa pemeriksaan rutin. Sungguh fresh rasanya pagi ini. Pagi yang sungguh ceria.
Urine: Normal =) Berat: 48.7kg =) Tekanan darah: 109/69 =)
Sebaik sahaja selesai pemeriksaan aku diminta untuk ke bahagian scan di tingkat 3. Huiii tak sabar nak jumpa baby. Sedang asyik menunggu, datang seorang kakak duduk di sebelah aku, pantas borak-borak-borak. Selidik punya selidik, haih! satu kapal. Dia di Desa Aman 1. Terus lekat bersama-sama. Sonotnya.
Sampai turn aku, sesi berkenalan dengan baby, hallluuu baby umi. Umi here wana to see u. Alhamdulillah, my baby is a boy. Cumel je dia membuat regangan kedua kaki. Baby membesar dengan sihat dan normal hasil daripada Anmum Meterna. Wiii! Ketuban cukup, uri di tempat yang sepatutnya, tumbesaran juga seperti ukuran. Cuma kedudukan, kepala masih di atas dan tak berapa nak aktif, dia masih tidur.
Baby in umi womb. Wana see kakakOni soon.
Balik semula ke tingkat bawah untuk sesi berjumpa dengan doktor. Para ibu mengandung sudah pun ramai, ruang semakin sempit. Aku menjeling jam. Huih! selalunya aku masih sibuk berurusan di kaunter, hari ini serba mudah.
Sempat aku membaca paper, mengisi perut, membuang isi perut dan akhirnya bersua semula dengan kakak yang aku berjumpa tadi. Berbual lagi, rasanya nombor dia dan aku tidak jauh beza. Kongsi pengalaman. Seronokla kakak ni. Peramah.
Tiba-tiba je nama aku kena panggil di pembesar suara. Wahaha, macam mana aku tak perasan giliran aku dah tiba. Asyik sangat menyembangnya. Hasil pemeriksaan pap-smear aku juga normal. Next check-up aku kena minum air gula, waaaaaaaaaa. Semuanya sihat dan berkeadaan baik.
Selesai berjumpa doktor, aku ke kaunter utama untuk temujanji seterusnya pada 14.07.2011, dan mengambil Obimin di farmasi. pemeriksaan selesai awal daripada waktu biasa aku pergi.
Sedang aku menunggu abi datang, aku berjumpa lagi dengan kakak tadi. Sama waktu pula, dia juga menanti suami. Temujanjinya untuk pemeriksaan akan datang juga sama dengan aku. Hihiii, boleh pergi sama-sama.
Macam biasa, balik daripada temujanji aku ke pejabat pos, aku ke kedai cenderahati, aku ke kedai hardware, aku ke pasar. Macam-macam benda aku borong, mujur abi bagi duit tadi. Hihiii. Petang ni, nak ke farmasi pulala, bawa Oni jalan. Nak beli puting botol susu, botol air dengan vitamin dia. Harap tak hujan.
Terima kasih abi, sebab melayan umi hari ini. hiiii. Sedang menunggu surprise daripada abi ni.
25 comments:
x penah check up dgn husband. huhu.. nampak cam tak pregnant je tuh. :)
bw setelah sekian lma...hihi..wah bby boy ye cha...bestnya..nak kena minta nasihat ni...dapat sepasang nanti bestnya...
Akak baca ni pun rasa ceria je.. huhuhu
perut tak nampak... cha, doakan mekchu mcm cha jugak.. nak pregnen lagi.. doa org mengandung ni makbul :)
bagus nye siap ade pap smear.. nape kena minum air gula kan urine ok ??
peyut tak nampak pun lagi ....
baby boy ?? tahniah dear... dpt sepasang ....
aku ingat nk surprises cam fahim gak dulu ....
comei je u walopun preggy sis...
berseri2....
suka tgk scan baby tu...
terkenangkan anak2 akak dolu2....
air gulaaa....oh no no no...
nape perut tak nampak??????tak aci tau!
klu betul2 boy alhamdulillah...sepasanglah cha...perut cha tak nampak macam orang mengandung....ape yang tunggu suprise daripada abi...mesti ade something nie
pewot chomelnyaaa...
pipi pun lg besarrr dr pewottt
waaa comeinye babyboy dia..dh confirm boy eh ch@?..bestnye..tak sabar plak kak eina nk scan, tapi kecik lg kandungan..ngee..
tapi perut ch@ tak nmpk sngt kan..still maintain comel jer..^_^
wah cha..bestnye...sepasang la nmpknye nnti..
srnok rasa tgk hasil scan baby cha ni..jelas..eija dulu xdpt pun nak simpan pic hasil scan..
papehal pun take care ye cha..alhamdullillah la cha maintain jerk spjg mengandung ni ..:))
alhamdulillah sepasanglah lepas nie. dah tak yah nak beranak lagi.tahniah cha perancangan yang baik. doakan dila dapat baby boy pas nie.amin
alooo ringan nya ko ch@ , kalau bee preqnan cecah 60 ke atas tau jelessss
alyyani:
kita pun checkup sendiri je, itupun sebab susah parking di PPUM tu, kot tak mmg drive sendiri. abi hantar dan ambil je. pun kekadang skip soh balik sendiri.
syila:
terkejut kita tgk komen melebihi 10, dah agak syila punya kerja. hahaaa. t/kasih tau. nasihat? boleh nanti kita share apa yg kita buat utk baby boy ;)
kekDa:
hiii, bagus mcm tu kak. hari2 kita kena fikir the best entry for publish.
mekchu:
insya-Allah mekchu, sentiasa kita mendoakan kawan2 di sekeliling kita utk sama2 bahagia. rasa silap pakai bajula sebab tu perut tak nampak.
eima:
sebab aku tak pernah buat pap-smear. so sajela nak try test. takla sakit mana. siapa checkup di PPUM mmg smua kena tembak minum air gula, aku fikir pun ingatkan aku dh terlepas. rupanya tidak. ooo aku teruja la nak beritahu baby aku berjantina apa, coz oni sampai ke sudah baru tau dia pompuan.
rasp:
time scan oni hari tu pun, ada kita post entry mmg nmpk dia ikut abi betul. sama. tu la, kita pun tak sanggup nak telan.
pnCapa:
salah sarung baju mungkin. next time pakai baju lainla. hahaaa.
kakZaidah:
doktor dah confirmkan, mmg boy. nampak dgn jelas. hiii, banyak suprise dlm satu hari. mujur tak mati terkejut, cuma tak boleh nak bercakap je, tergamam.
mamaGee:
mama niii. hahaha, malu tau.
kakIeyna:
ha'a kak, confirm boy. terang jelas dan nyata. padanla mengah semacam je. takpe akak buat buku merah dulu, nanti scan kita share ye.
eija:
t/kasih eija, kita mmg minta nak simpan. oni dulu pun sama juga. nak masukkan dlm album khas utk dia. hiii, maintain hope berat cecah 50kg.
dilaz:
tak beranak lagi? itu belum tentu dila. hihiii, cuma kena berehat dulu buat seketika. handle dua orang ni kasi besar. thanks dila.
bee:
kita rasa ikut baka abah kita la, rangka kecil. apapun tggu yg dlm ni keluar, ada potensi tak nak kembang.
wahh tahun ni mmg ramai dpt bby boy, ehh kene cek ap smear ke??aini xpnh kne cek pun
bby boy! kak izan pun tumpang happy... seri ibu mengandung jelas kelihatan...
baby boy....moga umi dan baby sihat
Alhamdulillah!! Semoga semuanya sihat2 belaka cha.. :D Suka tgk pic scan 2.. Teringat waktu scan si Aqil dlu.. :D Rasa nak menitik air mata mula2 tgk dia.. Aduh!!!
eh eh.. x nampak pun yung nye.hehe semakin coomel lah akak ni. meh2 nk cubit pau.haha
cha, perutnya tak nampak sgt..hihih mcm masih selim melim jer...
Aini:
lepas bersalin buat la pap-smear. tak sakit pun, check je.
kakIzan:
t/kasih kakIzan. Yups, nak juga geng dgn putra2 kakIzan tu.
cikJue:
insya-Allah, smg dipermudahkan sehingga kelahirannya.
ibuAQiL:
itu anak 1st bu, anak 2nd pun mcm tu gak. mcm tak percaya dia sudi membesar dgn sihat kat dlm rahim ni.
shiQa, hany:
rasanya, silap sarung baju la shiQa, hany, nmpk je perut bila pakai baju ni sebenarnya.
ape pakaian pakai buat pap smear?
makaji08:
kita hari tu pakai seluar ngn baju mcm biasa je.
bestnya.. baby clear nampak dlm scan tu kan.. dah besar dah.. tp perut ummi dia la2 tak nampak pun lg.. comel jek..
kakEda:
hahaha dia sayang umi dia, dia membesar dgn sihat tapi dia tak bagi umi dia besar ;)
Post a Comment