Friday, 10 June 2011

Penjejak terbaik bloghijau.

 POSTER hingga 10 Jun 2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Hari ini dengan rasa tidak sabarnya aku ada sesuatu untuk penjejak terbaik yang datang ke bloghijau. Faham sahajala, bloghijau ni bukan ada apa-apa sangat pun. Nuffnang tu pun tiba-tiba dah tak berkibar, means dah ME la tu.

Tapi tidak mengapa. Dengan rasa seronoknya, aku mahu berkongsi sedikit cenderahati untuk mereka yang rajin menjejaki bloghijau pada bulan Mei 2011 ini. Kenapa Mei? Mei adalah hari ulangtahun aku maaa, sudah lupa ka.


Tengok ni? design semua lain-lain. Kenapa 9? suka hati makcik la kan, nak bagi berapa banyak pun. Hahaha. Semalam juga siapnya, sampai patah-patah mata pen aku demi melukis ini. Habis reta opis aku kerja kan. Then, ini kadnya sahaja. Cenderahatinya tunggula sampai kat rumah nanti.

9 penerima cenderahati ni, adalah mereka yang tersenarai di bawah.


Tak nampak? pergila cari kanta pembesar. Nombor 9 dengan 10 tu, tamak betul. Ampun Ain, next time guna satu ID je ye, terpaksa aku naikkan jadi 11. Maka terselitla nama Anje. Oh ye, nama ni aku ambil sehingga 30hb Mei sahaja ye. Terima kasih.

So kepada penama di atas, sila menjawab persoalan yang sentiasa bermukim di kepala dan hatiku ini, sebelum aku menyerahkan cenderahati masing-masing.
Mengapa anda gemar menjejaki hijaucantik? Suka datang kehijaucantik kerana ................................................................
Aku tak kisah nak jawab macam mana dan di mana, di komen boleh, di email pun boleh. nsahida@gmail.com. Sertakan sekali nama dan alamat untuk penghantaran ye. 

Hehehe, apa? aku tak ikhlas? aku ikhlas, tapi aku sahajala nak tahu kenapa gemar sangat menjejak ke sini.

Oh ye, assignment ni hantarla as soon as possible seminggu daripada sekarang, supaya aku boleh prepare untuk sesi penghantaran pula.
Sayang korang ketat-ketat. Hihiii. Senyum-senyum.

15 comments:

mamaarifakeemaisy said...

waaa..namaku ter atas...ihiks..kagum dgn diri sendiri..dalam kata kurang masa terluang tu, sempat jejak blog ijau cantik dan jd no.1..heee~ kagum2x.. clap2x tuk diri sendiri..hee~

nak jwb kat ner eh..sini je buleh, tak sebut kan sampai brpa patah perkataan, so...meh intai apa sebab i suka terjah sini..ngee..

"saya suka terjah blog hijaucantik seriusly sebab kaler blog ni yang sungguh menawan kalbu, hijau yang mendamaikan, sesuai betul dengan nama blog HIJAUCANTIK ! serius dulu awal2 mmg terpikat dengan kaler hijau cantik ni..hee~ then tentunya sebab cikOni, suka tengok n intai telatah budak comel tu..tambah pulak bila tau, empunya blog ni, adalah geng PERKEP..hee~ lagilah teruja nak kenal lebih rapat...tmbh pulak lagi empunya blog ni jenis prihatin, kreatif dan seangkatan dgnnya..so, mmg rasa nak kena terjah selalu lah.. kdg kalau free, takde n3 baru pun, mai terjah jugak...tp kdg takde masa, ada n3 baru tak perasan plak..ngee...sowi..

kesimpulannya " saya suka terjah blog Hijau Cantik"..mmg cantiklah~

Sekian...hee~

eima said...

Mengapa anda gemar menjejaki hijaucantik? Suka datang kehijaucantik kerana

kenape aku dtg tiap hari²?? aku dtg sebab blog ko mmg aku set dlm pala otak utk jengah tetiap hari...
suka baca pasal oni + baca sal ch@
suka semangat friendship ch@...
suka tgk ch@ yg sgt kreatif dr segi artwork + tulis entry even slalu entry die mmg panjang berjela² aku sure akan baca sampai abis ...

sebenarnye banyak lagi aku mls listed bleh ke ...hahaha

alamat aku ch@ dah ade kan ....
ke nak kena email lagi ek ....

anyway TQ tau sbb apprieciated kitorg....

:: Mrs.SyahNia :: said...

hahahaha ingtkn akk ptong
nama ain sbb kedekut takmo
bg ain..skali tgk ada dua
2 ID erk!
isshh mmg tmk btul lah kan
bdak syahnia tu..ngehngeh

SAYA SUKA DTG KE HIJAUCANTIK
SEBAB...sy mmg suka dtg sini!
hehehe

ain dah anggp akk seperti akk
ain sndiri..walau tak pernh bsua
tp dpt rasakn kekuatan hbngan
pshabatan tu dgn akk..
*hrp sgt dpt dok bsmbang dgn akk
real 1 ari nanti* ;)

best baca cerita akak n pasal
telatah cik oni, mngkin lpas ni
kisah adik cik oni plak..
terhibur mmbacanya ^__^

akk adalah isteri pd suami
yg bkerja unit unfrm, insyallah
lpas ni ain akak jd seperti akk,
so..boleh kongsi pndapat..
kekuatan ktbhan n ksbran mnjd
isteri pd suami yg bekerja
masanya tdk menentu..hihi

akhr skali *tambahan*
boleh dpt gift kreatif comel
ni dr akk..hehehe

thankss sgt2 kak
kerana sgguh mnghargai
penjejak diblog ni
kami sgguh terharu dear ~_~


p/s: akk dah ada almt ain kan
nanti ain email no.hp plak, haha ;)

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

he he nama kita ada, suka blog hijau ni sebab cat rumah ni sama colur cat rumah blog kita tu, sedap mata memandang, suka baca citer pasal oni yang bijak tu then repek2 umminya, dah nama pun blog mak2 mesti la mak2 yang suka baca, namun ape kan daya sejak akhir2 bz melanda, so kureng masa nak BW lagik sikit nama kita nak terkeluar carta, namun hargai penat lelah cha untuk bagi cenderhati, suka2 lepas ni kejap sattle kena mantapkan balik BW, kalo hujung bulan + awal bulan menag bz giler2...

*terlebey komen plak*

Ako Retna said...

rajin nya dia wat kad2 tu..
hehehe zaman kita dah berlalu arr...
msa skolah2 dulu suka arr jugak wat kad2 camtu..

but nice la cha :)
masih kreatif lagi tu :p

Jue said...

wah tak sangka....sorry baru perasan hari nie....kesihatan farisyah tak mengizinkan nak berblog....

SAYA SUKA DTG KE HIJAUCANTIK
SEBAB...
entah tak pasti tapi cik jue rasa kalau tak baca blog hijau ni rasa tak lengkap..kalau dah telepas cik jue akan godek sampai dapat baca kembali.....
suka dengan cha n baca kisah oni yang sama2 perangai farisyah masa sebaya dengan oni....baca cerita oni ingat farisyah masa kecik....sebab masa farisyah kecik tak buat blog lagi....
lagi pun suka buka blog cha sebab tak payah loading lama2....jadi jimat masa....hahahaha....
apa2 pun ikhlas cik jue katakan...

"SAYA MEMANG SUKA BLOG HIJAU NIE"

Shiqa Nawar said...

tahniah2!.. best ny dpt hadiah :)

@e_da said...

Yeaaaa mamaika no 3...

Saya Suka datang ke blog hijaucantik mestilah sebab ianya HIJAU..warna feberet saya...

banyak persamaan antara saya dan tuan punya blog hijau selain kerana kami sama citarasa warna hijau.. saya suka baca bloghijau kerana cara penulisannya... tak jemu membaca..lain dari yang lain.. blog hijau ada budak comel notty bernama ONI.. dan mak dia yg cute bernama CHA.. suka sama2 mengarut, merepek, share idea.., kongsi masalah suka duka ngan dia... hari2 tanpanya adalah sunyi hidup saya kerana dialah teman rapat alam maya sy...hihi

ada banyak nak tulis.. tp takat ni dulu..nanti ada masa sy tulis lg nape sy suka bloghijaucantik ni..hihihi

Izan Ishak said...

hi cha...kena jawab soalan ye. okay2 takde masalah punya.

kak izan suka dtg ke hijaucantik kerana.... suka dgn warna blog ni yg mmg hijau dan menyedapkan mata memandang. lagi2lah puan blog ni a.k.a cha sangatlah peramah dan suka tinggal komen kat blog kak izan dari dulu lagi. dah rasa cam kita ni cam dah kenal lama kan cha kan... cuma kadang2 kak izan je yg tak tinggal jejak kat sini. jangan marah aaaa.... dan lagi, mestilah sbb nak tau cerita kakak oni yang cute ni! macam2 kisah anak dara cha yang sorang ni. kalau dekat mau di cubit2 pipinya tau!

okay cha...itu aje. apa pun happy blogging ye cha!!

Jue said...

cha cik jue dah dapathadiah semalam....terima kasih ye.....nanti cik jue nak kasi sesuatu kat cha....nanti email alamat kat anna_farisyah82@yahoo.com

zaidah said...

rajinyer ko cha buat kad2 tu..tahniah kepada penerima kad....tapi yang no.1 paling banyak melawat blog hijau nie...sape yerk...hehehe

eija_sweetmama said...

Nama eija tersenarai lagi..

panjang2 nye jawapan mereka2 yg diatas..

jawapan eija ringkas jerk..

eija msti nak singgah blog hijau ni..sbb empunya blog hijau yg mmg friendly..buat kita senang nak berkawan..w/pun hanya di alam maya..lagipun eija suka baca kisah cha dan cikoni ..:))

kalau jd kita jumpe sabtu ni..eija ni jenis yg pendiam sikit..tp itula biasala org pendiam ni kwn2 dia sumenye jenis yg byk ckp/peramah..kenala kontra kan..hehehe..

ch@ said...

kakRet:
bila kita tak ada kerja, tangan kita bergerak secara automatik.

shiQa:
eh, dia pula yg suka ye.

kakZai:
hahaha, dah tentula tuan rumah. apala akak ni.

♥SyilaSyira♥ said...

Ini hutang yg belum dibayar..sory cha..mcm² masalah..janji nanti kita buat secepatnya ok..

♥SyilaSyira♥ said...

Ada entry khas utk awak...

http://syilasyira.blogspot.com/2011/06/assignment-dari-cha.html

terima kasih atas penghargaan buat kami.