Wednesday, 8 June 2011

Emergency leave.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi semalam, sama-sama kempen tak boleh tidur dengan mrABi, gara-gara Oni. Ye malamnya aktif melompat-lompat, berlari-lari sana sini, tunjuk itu dan ini. Menjelang Subuh, dia gelisah. Aku yang tidur sebelah dia jadi tak puas tidur, berguling sana-sini tahap nak jatuh katil.

Rasa badan dia, panas. Ho'o dia sudah demam, dan batuk pula mula datang, part tak tahan dia muntah atas katil. Oh myyy, mata aku dah jadi segar. mrABi bagi makan ubat, mujur dah senang nak makan, lepas tu tak mahu tidur atas tilam, dia mahu aku peluk sampai pagi. Huwaaa.

 Cepat sembuh Oni, umi takde kawan gaduh.
Oni nak besarla umi, rileksla.

Emak mithalikan, sayang anak. Peluk, pujuk, lama-lama dia tertidur. Yang sorang lagi pun nak juga dimanja. Adududu, sabar ajalah. Sudahnya, aku emergency leave gara-gara kelewatan. Then, mrABi suruh bawa jumpa doktor.

Rutin harian bermula, tunggu Oni bangun. Pergi klinik, pergi kedai, pergi pasar. Oh! ini bukan cuti suka-suki ni. Mujur Oni tak buat hal, baik je, ikut je mak dia, dia takut dengan orang yang dia tak kenal. Paling tak tahan kena tunggu dia main dengan kucing, walawei perut emakmu ini sudah lapar benar.

Aku masak sup campur aja, semua bahan sumbat dalam. Hahaha pemalas. Lenguh kaki berdiri lama-lama kat dapur. Belum lagi sakit tekak jadi hulk, dengan Oni tu. Aku sabarkan aja, simpan suara untuk akan datang, bila dah bertambah askar lagi seorang.

Mujur cuti aku ada banyak lagi, aku memang jarang cuti. Sebab, bos aku baik, kerja aku tak stress, partner aku ok, report aku mostly siap awal bulan, aku nak cuti kena ikut mrABi, then aku tau aku sangat memerlukan cuti bila sesuatu yang tak dijangka berlaku seperti ini, anak sakit, pengasuh balik kampung, atau hal-hal yang biasanya tak berlaku, akan berlaku.
Seronok tengok bilangan hari cuti aku banyak, hehe. Tapiii MC aku menyusut. Takpe, aku pun sangat jarang disinggah penyakit. Kerja tak stress :)
Hari ni, Oni duduk lagi di rumah jiran aka kawan mrABi, hopefully dia tak buat perangai. Oni memang baik.

13 comments:

eima said...

ho la demam plak .. kesian oni
cepat sembuh ye....
manja nye die .. tido nk berpeluk ...klu fahim slalu tolak2 aku ...

Aini Azman said...

sian oni,.demam plak,. sggup mak dia amik MC,.cepat sembuh ye oni,.sian mak nak gaduh2 ngan oni,.heheheh

zaidah said...

ciannyer oni demamlah dia....makan ubat yer oni semoga cepat sihat...bila anak demam maknyer yang dok risau...

@e_da said...

cha.. ni pic latest oni ke.. nampak cam baby je lg.. sian oni harap2 oni cepat sembuh tau... cergas semula..

Jue said...

kesian cik oni....moga cepat sembuh ye....umi pulak banyak2 berahat ye...

shay said...

semoga cepat sembuh oni...

Farra Dhelina said...

sama la dgn qaseh pun demam jugak..

Bee said...

ch@ biasa mcm ni lah bila ch@ preqnan anak no 2 , yg no 1 akan meragam sikit.. sabar yo lah

mamaarifakeemaisy said...

aloor demam plak..sian kakakOni..cepat baik ye yang...aminn..

huu~ kak eina makin surut cuti tahun, MC banyakkkkkkkkkk bakance, tak guna sgt pun...herm..camno nih..perjalanan checkup perut masih pnjg..huu~

Salina@IbuAqil said...

Moga kak oni cepat sembuh ye.. Dan untie cha diberi kekuatan kesihatan badan yg baik utk jaga cik oni..

ch@ said...

eima:
sebab demam, badan tak sedap minta peluk, kalau tak demam, sama je macam kau, kena tolak ngan kaki lak tu.

aini:
mak dia EL, ambik kesempatan juga, malas nak pergi kerja :p

kakZai:
macam tula selalunya kan kak? tapi abi dia lebih risaukan dia drpd mak dia.

kakEida:
ini gambar lama.

cikJue, mamaShay:
hopefully cepatla baiknya. risau demam lama2 zaman skrg ni.

farra:
smg qaseh cepat sembuh juga. mujur oni ni kalau demam tak melepek.

bee:
ooo macam tu ye bee. aku rasa demam nak beralih tahun pun ya juga ni.

kakIeyna:
kita check-up tu kita buat je MC, kalau tak memang jarang sangat gunanya. malas nak pergi klinik.

Mama Gee said...

alahai syiannya si kecit demam...
mama pun kalo nk mudah...malas...masak sup atau tomyam je...
campak2 siap! hehe\

byk lg cuti ya..jeles tul mama..

ch@ said...

mamaGee:
kan mama? lagi2 kalau seorang je yg makan, oni sakit ni dia kureng makan, mungkin tak selesa tekak dia sakit.
*kena simpan sebab kondisi anak2 ni tak boleh dijangka.