Assalamualaikum/ Salam Sejahtera.
Mari nak tayang gift dari jauh. QATAR. Daripada kakLela aka MamaNajla.
Ya gift ni aku dapat kerana aku tersenarai dalam contest Memorable Anniversary Contest By Lelord. Aku tak menang, tapi dek kerana gigih nak masuk juga, maka tak sia-sia mengarang karangan tentang memori ulangtahun perkahwinan aku tu.
Nak baca juga? haih malu la makcik, dulu masa sekolah karangan pecah rekod, 94% karangan makcik. Sila percaya sebab aku dapat anugerah Bahasa Melayu terbaik masaaa, masaaa, sekolah rendah. Ngeee. Dan terpilih masuk pertandingan karangan peringkat sekolah. Tapi, kalah sebab aku kena buat karangan bertajuk 'Aku sebuah tudung saji' tahun 1996 gara-gara aku tak dapat imagine cemana kalau aku jadi tudung saji dengan baik. Aku ingat lagi tau.
Ni la entry memori ulangtahun perkahwinan aku sila kelik untuk baca yang mendapat saguhati tu. Eh? kira saguhatila kan kakLela?
Tadaaa, terima kasih kakLela di atas kemurahan hatimu memberiku FM ini, menyuntik semangat untuk masuk contest lagi walaupun jarang menang. Ekekeke. Lama tak update blogOren. Adeh.
