Wednesday, 30 March 2011

Whitey Mommy memerlukan rehat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hiii hujan pagi tadi, so otak beku nak taip entry apa. Sekian lama aku menunggu khabar berita daripada empunya diri, terasa nak menyapa tapi aku risau dia sedang busy. Biarkan.

Masuk hari kedua senyap juga dan hari ketiga, aku menerima panggilan terus dari empunya diri. Whitey Mommy atau Sha atau mommy Khalis Putra atau designer tetap blog hijaucantik ini baru sahaja meletakkan gagang telefonnya setelah mengkhabarkan berita tentang dirinya.

Oh! dia ok ye kawan-kawan, cuma otak dan fikirannya memerlukan rehat dan ketenangan. Biasala mendesign ni memelurkan bukan sahaja idea, bahkan persekitaran juga memainkan peranan untuk menghasilkan idea yang baik.

''Kita minta tolong awak buat entry, kita tak boleh nak design langsung, mengadap laptop pun, sakit naik kat kepala'' katanya. Aku sebagai kawan sebagai pelanggan tetap, sudi dan terbuka menyampaikan amanat. Hiii.

Kepada sesiapa yang menempah template atau sebagainya harap bersabar ye. Sedangkan aku yang melukis atau buat handmade kad pun kadangkala lost. Tiada idea apatah lagi dia yang mengadap bukan sahaja lukisan, bahkan koding harusla memerlukan rehat yang secukupnya untuk menjamin template bermutu.

Jangan risau template anda pasti akan disiapkan mengikut citarasa anda ingini. Satu yang diminta ialah BERSABAR. Sabarkan separuh daripada Iman. Aku faham sekiranya semua beranggapan dia berniaga dan harus mengikut kehendak pelanggan.
Mesin di kilang juga memerlukan rehat dan penyelanggaraan. Kita manusia ni? perlukan juga penyelenggaraan dan ketenangan. She is human, we are human, bolehkan kita bertolak ansur sedikit? sedikit aja. Nak puaskan orang memang susah :) sabar-sabar-sabar.

Aku memang biasa menghargai orang yang ada kaitan dengan aku, tidak kira dari segi apapun. Walhal aku sendiri tak pasti, aku ni betul-betul seorang kawan yang betul-betul baik atau sebaliknya.

11 comments:

mamaarifakeemaisy said...

sabar~ dan sabar..harap pelanggan sha memahami keadaan diri dia tu..sian..kerja yg perlu perahan otak tuk berfikir dan mencari idea ni perlukan rehat secukupnya..dan perlu tenang setenangnya..hope sha be better after take a rest~

ooh kamo sebahagian dr kawan yg baik..Insyaallah... ^_^

eija_sweetmama said...

ermm..btol tu cha..
kita mmg perlukan rehat..
baru la dpt keje dgn senang hati..

moga whitey mummy dpt rest yg cukup..jgn tensen2 sgt..

cha..awk mmg kawan yg baik..:))

:: Mrs.SyahNia :: said...

teringin skali mau order
tmplte cumel2 dr whte mommy
tp tak bkmspatan jugak..

btl 2 kak..kdg2 nk bt en3 pun
terpaku dpn com nak bina ayat
hehehe

Shiqa Nawar said...

percaya lah akak, akak memang sorang kawan yg baik.. ") i lop u.hehe

ch@ said...

kakIeyna:
terharuuu. harap macam tu la. sha tu ada otak sama dgn kita semuanya cumanya dia suka berfikir terlampau banyak dalam satu masa.

eija:
ye itula yg kita selalu pesan kat dia, sampai tahap kita rasa nak culek dia bawak pergi berkelah ke. bagi dia hilang tensen.

ain:
cubala order. akak mmg suka sebab ikut citarasa, nak buat sendiri memang tak reti.

shiQa:
really? alhamdulillah. biasanya orang menghargai bila kita tiada. betulkah?

Anonymous said...

kadang2 saja amik cuti..rehat2 tenangkan fikiran

Shima911 said...

jum cuti-cuti

Shiqa Nawar said...

betul.. sebab terasa kehilangan dan paling penting rindu :)

ch@ said...

pnCapa:
kan? kalau kita dah siap pergi opis, hantar Oni terus pergi klinik. mc. kikiii.

mamaTunNurSafiya:
jom-jom.

shiQa:
bila orang dah biasa cari kita, bila tiba2 hilang rasa macam pelik dan tertanya-tanya.

Salina@IbuAqil said...

semoga mommy cpt sembuh.. diberi kekuatan yg berlipat ganda selepas ni.. Insya'allah!!! :D

ch@ said...

ibuAQiL:
amin. insya'Allah. semoga dia diberi kekuatan maksima.