Thursday, 31 May 2012

Bawal mahal pertama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semestinya warna kegemaran aku. Hijau. Aku memang tidak jangka langsung isi dalam Tupperware dalam sampul surat besar warna putih.

1st impression sebaik sahaja ternampak tupperware hak milik sendiri dikembalikan ialah aku ketawa. Dalam senyap-senyap tangan kayu my bestfren forever ni rupa-rupanya berseni juga. Serius cantik. Aku suka dan macam tak percaya. But, aku memang suka font handwriting dia, sangat cantik walaupun sempoi.


See it, yes i know may be she is try harder to remember apa yang telah aku lukis atas sekeping kertas besaiz lebih kurang di atas tertampal di cermin muka di ruang tamu rumah sewa kami yang juga milik aku. Cermin tu, aku beli di Mydin, berhegeh membawa naik LRT. Dia memintanya untuk memori kami. Aku suka bercermin, sebab tu aku beli dan letak di ruang tamu. Cermin bersaiz besar berbingkai hitam.

Apa yang aku coret? hanya menggunakan sebatang pensil dan sekeping kertas, aku lukis namanya juga nama aku. Sweet ke? kami istimewa. Berkenalan di bus stop membawa kepada makan sepinggan tidur sebantal. Ok stop it, ini aku dah cerita. Hahaaa.

Bila aku sudah nampak aku biarkan sahajala tanpa memikirkan apa-apa lagi sebab harus bersegera untuk mengemas rumah juga mengambil anak-anak. Sedang aku bersiap, aku teringat katanya 'awak jangan lupa ambil gambar, ambil gambar tau' sebaik sahaja dia menyerahkan sebungkus plastik Avon. Aku baru je bercadang hendak beli bengkung strap Avon. Takkanla cepat sangat impian dipenuhi.

Jadi sebelum keluar aku buka tupperware. Surprise!!! Yes, aku baru je order bawal tona mahal ni sebanyak 3 helai, belum berbayar pun lagi. Inilah, bawal tona hijau lumut lumpur pertama aku, hureyyy!

Sesi termenung depan almari baju pun bermula, pilih punya pilih, Auni memilih batik mahal untuk dipadan dengan bawal tona percuma yang mahal juga. Suka sangat.

See? mujur tak nampak perut. Hahaaa. Spare tyre yang scarry.

Terima kasih cik Ziela, [Puteri Amna Balqies]. Saya sayang awak walaupun saya kena hon sebaik sahaja hendak melintasi jalan depan LRT Universiti tu, akibat kesalahan lorong dan tidak menggunakan lampu isyarat, muahahaha. Statement? dia ajar aku jalan dalam UM yang terus tembus rumah aku, punyala banyak bonggol pening aku nak handle waja tu.

Nota hijau: Siapa hendak beli bawal tona, bolehla rodger cik Ziela ni. Murah rezeki dia. Hiii. Sahabat, kawan, teman baik saya selamanya.

16 comments:

eima said...

mmg cantek ....

Jue said...

hijau itu sejukkan...

Anje a.k.a Mummy_Balqis said...

wah bestnya, mmg peminat hijau yang tegar ni...cantik tudung tu sesuai dengan orangnya

as ♥ Leenda said...

chaaaa..tau tak hari ni saya pergi kerja pakai tudung bawal sebijik kaler macam cha ni dgn baju kurung hijau..hahaha..

Masya said...

cha kalau pakai ayeshadow hijau mesti cantik.. pipi bagi jambu sikit dgn bibir tu.... so wettt padan tudung dgn baju tu...

rasp said...

wahhhh cantik sgt sipemakai tu bertudung baru :)
suka tengok bawal dua/tiga tone nie....

Anonymous said...

sweet

Rohani Hashim said...

cha, hany pun ada brkenan bawal td. 70 hengget. ahhhhhhh tensiii. tp berjaya kawal napsu ini ;)

eija_sweetmama said...

cantik sgt :)

Skrg ni musim org dok pakai bawal semula kan,

eija pun ada 2 helai bawal 2/3 tone mcm ni..tp yg murah jerk la..hehe

mmg cantik la handwriting kawan baik cha ni..kita pun suka tgk tulisan mereka yg cantik2 ni ..:)

sal ya said...

mmg rezeki. dah lama tak pakai bawal. husben kata bukan tak boleh pakai cuma dia tak suka kalau ada lilit2 di kepala. husben suka akak ni pakai tudung labuh. huhuhu... skg ni pun dah pakai size XL. alhamdulillah.

ch@ said...

eima, kak jue, anje, fazilzura:
:) hijaucantik.

as leenda:
really? hahaaa. sedondon pula kita ya.

yana:
hahaaa, hijau eye-shadow kita tak sama ngn warna baju tu yg colourkan dark choc. bibir tu warna natural, sama ngn warna bibir. kita mmg dh tak comella. hahaaa.

rasp:
masa blm ada hari tu, geram juga. tu yg order sampai 3 helai. blm dpt yg 3 helai dpt satu percuma.

hany:
mahalnya. kawan2 kita jual RM60 tapi sebab kawan dan beli banyak dia beri RM20 je sehelai, dia hendak clearence.

eija:
ha'a. keluar semula. tapi kita mmg still guna bawal biasa tu. tu yg bila pakai warna putih baby sitter kata mcm bdk skolah. font dia mmg cantik eija. mcm orgnya.

kak sal:
takpe kak janji kita tutup aurat, bagus bertudung labuh tu. kita dulu bertudung labuh, masa sekolahla, naik skolah menengah mmg jadi hantu, tudung makin singkat. mujur lps skolah tak tanggal tudung. hahaaa, kot tak free hair. ngeeee.

Masya said...

hahahaha... cha masih comellah walaupun dah jadi umi pada 2 org anak... jelingan mata kat gambar ni menakutkan tau...

yantisa said...

Happy belated birthday cha.. sorry agak busy lately sampai terlepas pandang . Moga terus ceria selalu

ch@ said...

yana:
hahaaa. bykla. comel tu utk adli auni je la. mak budak ni... argh! posing baru sampai opis. ngeee.

kak yanti:
akak dah wish rasanya, kt FB. takde halla, awal bulan pun bedaynya. hahaaa expired suda.

Puteri Amna Balqies said...

SALAM WBT..

uiiii...i'm coming..hehe

saya terlambat la nyinggah sini biasalah i bizi la sejak akhir2 nih
anyway thanks for this entry.

Luv u forever until jannah my frenz

Hope awk happy la selalu even byk yg awk tempuh setakat nih.

kagum dengan kekuatan kawan saya nih.

thanks also for the yummy cake.

tcare tau..

ch@ said...

cik ziela:
next time kita pergi mkn kek ek, teringin pula.