Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dear diari, macam biasa. Kisah mak sepasang budak ini lagi. Tak habis-habis dengan kisah hari-hari kan, kisah dengan anak-anak lagi. Oh, aku masih ada si 'dia' - jangan fikir apa-apa senyum je.
Shoot cerita, pagi tadi jam 3.30pg, Oni kena paksa tidur ngan mak dia. Hahaaa. Menggunakan kuasa veto apabila dia mula menyakat Aie. Menyakat mak dia sendiri. Kesabaran mak yang makin tipis ni pun, habis. No kartun, no drawing, no playing, just sleeping Oni, SLEEPING. Kan tidur tu best. Pelik betul.
Jam loceng aku aka Aie bunyi jam 5.30pg macam biasa. Lepas susukan dia, terus aku kemas rumah dan bersiap. Oni masih tidur, nampaknya kena guna stroller dan pendukung baby untuk hantar mereka berdua.
Tak boleh naik tangga dengan stroller, jadi ke lift blok sebelah sana. Naiknya 2 tingkat je. Sampai tingkat 4, pintu lift tak mahu terbuka. Menyampah-menyampah-menyampah. Macam yang lepas lift paling hujung, kali ni lift tengah pula dan 'PANG!!!' bergegar lift tu aku sepak. Terkejut Aie yang tengah lali-lali nak tidur.
Tak buka sepenuhnya buka sikit je, aku kerah tenaga guna tangan buka sendiri. 'Damn' lift tu sepit tangan aku dan terbuka agak besar sikit. Dalam hati aku, boleh niii dan jangan ianya terturun macam yang lepas. Dengan tenaga mak budak, seorang wanita aku tarik pintu tu sebelah sambil tangan sebelah lagi tekan butang pintu buka di sisi lift.
Bila dah betul-betul terbuka, dengan sepantas kilat aku keluarkan stroller Oni, kiranya kalau tertutup semula, ianya akan sepit stroller. Still lagi boleh keluar. Sampai rumah kak Ana, bibik kak Ana pun dah sedia depan pintu. Syukur.
Oni dah pun celik dengan kaki bersilang dengan tangan belakang kepala. Huh! macam tuan besar gayanya. Sabar je la. Balik nanti, taktau la cemana gaya. Adoiii!
Nak call abi, tapiii confirm dia tak angkat. Dan, kalau pun dia angkat confirm dia soh aku berusaha sendiri. Jadi, baik aku buat sendiri. Hohooo.
Cuci mata.
Dulu: cikHulk.
Sekarang: cik Hulk lagi, boleh gitu?
Nak soh tengok warna baju je sebenarnya, wakakakakaka. Larikkkk!
15 comments:
Woimak...bbetul hulk tu bleh bkk pintu lif.
Bebaik Cha, gi tau Abi ler. Bahaya lif tu gitu gaya. Maintenance tak tgk ker?? Kang smpai ada org tersekat kang, lagi parah kot.
aduh ibu muda yang cekal....
kalau kak jue di tempat kamu memang selamatlah...ada yang tak pi kerja sudahnya
dulu cik hulk..skang pn hulk lah pulak.. :) maner le cik lagi..hihihihi~
aduuuh...camno gaya hulk tu..hulk badan kental..hee~ takpe kaler ijo dh sama dh tu...hee~
dugaan sungguh! apa nak buat, kena hadap juge kan...sabar..sabar... =P
Betul2 hulk. Siap tendang dan bukak pintu lif lagik ..hehe
saya mmg kagum ngan cha uruskan anak yg 2 org tu..
sabo je la bebanyak...
hulk sesangat! :) smpi kan bleh tendang2 bagai, heheh...
psl g2 eh? takut ar. tc yer?
wow.. mmg hulk ni.. kalau kt mau dah panik, silap² menangis hihihi....
wah² ni gambar bile... lainnya muka.. mungkin sebab cara pakai tudung kot.. tp masih comey, cute, maintain gitu kelass.... umi 2 anak ni..
Kalo akak dah berasap dah dik.. Ku bakor jgk lift tu.. Erkk!! Bahaya lak satu bangunan nnt kan.. Ni namanya marahkan nyamuk kelambu ku hangus.. Hi3!!! Deq cha, bulu mata ikan si aqil tu teacher dia yg tlg lukis.. Agaknya teacher dia pun dah jatuh hati ngan aset aqil yg satu tu kot.. Hari ni akak ngan hubby lambt jmpt dia dr school udah teacher nak ajak dia blk ke umah.. Adoiyai!!! Jatuh hati sama anak ku ke itu teacher.. Hu3!!
kekda:
geram dgn pintu tu. mmg nk call dia, tapi confirm dia tak angkat nye, pasal dia baru blk kerja. paling2 tekan loceng emergency.
kak jue:
hahaaa, tak pergi kerja? erm. bakal digunakan utk alasan akan datang, thanks kak bagi idea.
bonda whilea:
alamak!!! ada org perasan.
kak ieyna:
ini hulk comel namanya. ahahaha. redah je la, habis takkan nak harap bujang i yg cenonet tu kak.
teratak hami:
ngehehe, gagah gak nak buka pintu lift tu sbb tak ada org lelaki.
kak nad:
kagum? hahaaa. thanks kak thanks. kita handle gaya kita je la kak, org kata tak nmpk pun gaya emak jaga anak. hahaaa.
eB:
lift tu dah tua la eB. baru raya lepas tukar panel butang lift dgn floor je. tapiii maintenance lain2 tak buat pun.
masya:
hulkla, hijau :p atas tu gmbr bujang2, kat pavilion. bawah tu gambar tak bujang dah.
ibu aqil:
geram mmg, nak menyumpah tkt oni dgr. jadi, buat je la dulu dgn kata hati, jgn harap aku nak naik lift ni. hahaaa. tapi naik gak.
ooo ye ke, nnt kita nak buat utk oni la. cantik, dia mesti suka. teacher pun dah terpikat kat aqil, geram ngn bulu mata aqil. bulu mata aie tak baper nak nmpk lagi.
mmg hulk sungguh sampai bergegar lift kena sepak.
bahaya sungguh kan bila lif buat hal.
cik hulk maintain comel..:))
ayyaakk cha.. lenkali jangan tahan pintu lif ngan stroller..menakurkan..
tetiba teringat final destination 4..nauzubillah..
apapun, kekalutan cha sm je dgn saya.. tp kagum sbb cha bleh sabar..klu saya dah mbebel mnangis kt husbang..uwaa..cengeng kan!?
eija:
ada ke hulk comel. tahla lift tu, bayar maintenance tak pnh missed.
lea:
ahaaa btl tu, kita pun teringat cerita tu, kalau fikir bahaya, Oni tinggal kat dlm. kita dah keluar, acaner lak tu?
hahaha... ganas gila. nasib baik la tak ada org. kalau tak mst dia orang mengata kecik2 pun blh tahan ganasnya. bwk anak pulak tu. muahaha...
anisalya:
kalau ada orang, kita diam2 je. biar org tu je yg buat. sbb dorg lbh arif lift blok dorang.
Post a Comment