Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Errr, marah-tak marah, marah-tak marah, marah-tak marah, ambil Samsung S2 yang sedang di cas baterinya, pilih butang kamera, snap-snap-snap mengabadikan moment indah dalam aktiviti hari-hari. Kelakar betul jadi emak zaman sekarang ni. Edit sikit di photogrid kasi nampak lebih sibuk dan post Instagram. Sekejap sahaja hampir mencecah 15likes (sebab tiada ramai follower) untuk dua keping gambar.
Gambar apa? hahaa, gambar apa lagi...askar makcik yang menghijau ni la. Jom tengok, apa yang dorang telah buat bila emak bagi peluang selongkar. Asalnya, hendak mujuk Arrizqi saja. Pakcik tu, pantang betul, lekas sahajalah dia buat kerja, memang tidak padan dengan kecilnya, gaya dia selongkar tu memang gengster, siap dengan kaki lagi. Habis keluar sebaris mangkuk hidang, dia masuk dalam kabinet tolak yang baris kedua daripada dalam, muntah periuk, bakul, mangkuk kesemuanya.

Bergaya Arrizqi, busy sangat! hot chick betul.

Arrizqi sudah letih, memerhati abang kakak pula. Testing-testing.

"besar sangat tu Aie, cuba yang ni pula" - Auni.

"ini lebih sesuai" - Auni. Sebelum Adli buat benda yang sama kepada Arrizqi. Terhuyung-hayang Arrizqi berjalan, nampak gigi besarnya sahaja.
Adli datang, melihat emak tidak kisah, dia pula duduk sama mengadap Arrizqi, tunggu daripada luar. Kecoh sudah, abang mengajar adik bergendang periuk belanga. Mendengar kekecohan, Auni pula datang terhegeh-hegeh, terus memeriahkan projek. As a great team leader, bila turun padang sepakat membawa berkat, hrmmm...emak mampu mengeluh di tepi sajalah. Memerhati.
Ini sahajalah yang buat hati gembira, bila bergabung bertiga sangatlah berkerjasamanya. Kadang tu, aku terlelap, kakak bagi coklat, biskut, roti pada adik-adik, makannya di celah-celah, di sudut-sudut yang jauh daripada emak, takut emak marah (walhal, aku tak marah pun, bila dah buat kerja bersama-sama). Suka lagi ada, sebab kakak pandai jaga adik.
Hiburan seorang emak, bila anak-anak tidak buat hal. Sebab, bila seorang buat hal, yang lain pun mood habis swing. Yang jadi mangsa? emaklaaa. Sabar je la mak!
* Msjbox hijaucantik (sidebar) sudah boleh digunakan :)
15 comments:
Tu la kan..
Tu la hiburan kita mak-mak kat umah ni :)))
Awesome projek mega dorang...sm mcm anak dara akak..bezanya dia main sensrg..psni dh ada partner la dia..:)
muahahaa...nk tergelak tgk bebudak ni..sabarrr jek..;D
main peyuk belanga takpe.. jangan main pinggan kaca.. takot gak kalau pecah kena kaki ke kan.. anak2 nak have fun.. :D macam2 gaya.. sabor ummi..
kalau sepakat mcm ni mmg dah x dayalah nak marah².. sabar je lah mak...
sekali sekala wat camni mmg hiburan...klu hari2 mau pitam kita nak kemaskan cha.....hehehehe
x pe...hiburan tu..biarkan aje..sekali sekala..:)
takpe emak ...biar la sekali sekala depa buat kerja dapur . Tapi kalau buat kerja ni hari-hari maunya kurus melidi mak ni.
Waahwaah..mmg bersepakat betul...bagus bagus.. :-)
Hiburan utk mak, bagus gini dr main asek nak gaduh aje kan..kakakauni mmg terbaik punya kakaklah..pandai jaga n melayan adik2x..:-)
KakNad:
Melayan drama tv saja pun, tak best jg.
SisGieyana:
Siapla...dia rekrut adik dia pula.
SisYana, Fizah, kakIeyna:
Mmg tak boleh marah dah. Lagi Adli dh reti panggil umiii...manja je bunyi. Cairla emak.
JassNani:
Ha a. Tu yg perhati jg dorg main. Bila pecah tkt kaca kena anggota bdn, set pinggan emak x cukup pula nnt.
SisYa, kakYanti:
Ahaaa btl skali...rs nk demam bila sehari, 2 kali ngemasnya.
AsyifaMutaffa:
Menguji peningkatan peratus kesabaran emak.
haru biru.....syabas anak² ummi!!,hihihi :p
kakak diepun sama naik ye ... ni kerjaan dak alisha je ...letih mak nk ngutip bersepah kat depan ruang tamu ....
hahaa..sama lah mcm zaquan n ziqry kalau part menyelongkar almari dapur mmg pandai, pastu pakat sama2 main kat dapur, lelaki pun pandai main masak2 tau..
akak dah pagarkan dapur akak...
tak tahan faez main bawang masuk mulut
SuzieAleeya:
Yg letih tu, baru je kemas dah kena selongkar. Masa x kemas takdela dorg nak hairan.
Eima:
Sama la, aku mls btl kalau dorg bw main keluar dr dapur. Rmh dh la...mcm padang.
KakEija:
Dorg nk jd chef.
KakJue:
Ooo...bhn masak kita mmg x de dlm kabinet bwh. Smua naik kabinet atas. Dorg slongkar yg tipuware punya je. Nak pagar byk sgt pula pagar...tgga lg.
Post a Comment