Friday, 30 August 2013

Aktiviti yang tidak boleh elak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Shopping. Hari tu masa berkerja memang galak membeli online, semuanya dihujung jari. Cukup bulan, abi jadi mangsa sebab ketidak cukupan duit. Ngeee. Ku fikir jadi pengurus rumah tangga nanti, maka terhentilah aktiviti shopping online ni, namun harapkan impian yang tinggi melangit, jangan haraplah nak mencapainya dengan tangankan? aktiviti tu diteruskan juga malah dengan abi-abi sekali terjebak, muehehe.

Jelak sudah posmen poslaju tu asyik datang rumah aku je, jemu dia asyik muka aku je yang menerima barang, kesudahannya bila aku keluar sahaja pintu dia terus minta nombor kad pengenalan aku, hahaa. Nama aku dia dah tulis siap-siap dalam borang bukti penerimaan. Aku suka shopping online baju anak-anak, baju aku, barang-barang yang terpaksa memilih lama di kedai, aku beli sahaja di rumah.

Selain tu, jika keluar membeli barang dapur aku suka buku. Aku suka kedai buku, kedai yang ada majalah atau kedai alatulis. Sah-sah, mesti ada sahaja yang aku akan beli. Tidak barang-barang art, novel, tidak pun suratkhabar, buku Auni atau apa je la, janji beli. Abi memahami juga, dia tahu bila aku sudah masuk kedai buku, jangan harapla hendak kejap-kejap.

 Aku perlukan sebuah meja simple dan sama tinggi dengan almari novel tu. Atas almari tu la tempat aku buat art.

 Selesai 10 pcs birthday cards.

Art, entahlah susah hendak tinggal, syukurnya ramai juga yang berminat dengan seni kertas ni, terutamanya quilling. Di Malaysia ni, ada juga pakar-pakar seni kertas, cuma pencinta seni je la yang layan kot macam aku. Suka mencari sesuatu yang jarang ditemui. Design pun limited edition, tidak pernah sama dengan yang lain sebab tu aku ada blogoren untuk dijadikan kenangan.

Aktiviti yang asalnya cuci mata akhirnya jadi peminat dan penyimpan. Tidak juga simpan, mostly aku guna hari-hari. Tupperware brand. Aku suka yang hijau-hijau sahaja, sekarang ini popular warna merah jambu dan ungu. Dan, sekarang aku handle kutu tupperware pula. Adoi, jadi mak kutu aku ni. In shaa Allah tahun depan aku buka untuk booking kutu tupperware, ada yang minat tak? RM40 sebulan. Dapat 10 orang jadilah. Tiga dah terisi. Dapat juga aku buktikan pada abi, aku boleh bisnes. Aduh statement.

Jomla, tidak rugi sebab ianya memang sangat kemas dan tidak makan ruang yang banyak.

Ini sahaja la yang aku benar-benar suka bila berada di rumah sendiri ini. Orang perempuankan? mana boleh mengelak daripada bershopping, muehehe. Terima kasih abi.

11 comments:

syawalsimpsons said...

cantik la..mmg berseni lembut je tangan ko kan cha..mmmm..aku teringin gak nak berkutu tupperware ni..suek cantik, kemas...tp tu la kalo dah duduk ngan org lama kan..mak aku tu...dier lama hidup ada ej baranng dier lagi banyak dari aku..mmmm...tapi takut kang kalo ada tupprware ni...tak terguna..sebab barang mak aku lagi banyak kan..mmmm...

Fizah said...

ceciter acane susunatur tupperware2 tu sume..mungkin lebih mudah terjebak =p

safurara said...

akk pon buat quilt gak.rara dh lama tinggal.hehehe

@e_da said...

cantik gilerr kad besday tu.. cha rajinnya mengemas rasa nak pinjam tangan tu kemaskan brg tupperware akak yg x seberapa.. huhu

Kenangan SKPT2 said...

Cha , kita berkongsi hobi yang sama .. collection tupperware .

Gieyana said...

Ko mmg kreatif cha..x brp suka beli online psl sy memilih n demand especially klau bj bb or kids..klau tudung or shawl ok laa...then tupperware tu mmg feveret utk hbiskn duit..:)

ch@ said...

Sue:
Still kayu lg tgn aku ni sbb kematu byk buat kerja rmh. Tuppy tu beli ikut kehendak hati. Ikitkan mak aku punya pun byk.

Fizah:
Lor...masuk je la apa nk simpan dlm tuppy tu pastu susun terus dlm kabinet, done!

KakGieyana:
Kita ok je online atau x. Shopping tu je dh buat happy.

Rara:
Baru belajar Rara. Penyapu baru, bersemangatlah. Esok lusa taktau la canner.

Kak@eda:
Woih! Biar betik nk pnjm tgn. Hahaa.

KakYanti:
Bestkan?

eija_sweetmama said...

itulah kan penangan tuppurware ni, mmg kalau tgk mesti nak beli..

Masya said...

terjebak jugak dgn tupperware, hasil baru tupperware untuk peti sejuk tu hahahaha .. hasil nuffnang jadilah ... suka semua warna takda yg feberat pun, janji nampak lain dr yg lain ... semua pun suka.

mamaarifakeemaisy said...

Cantik dh kemas...ku lihat hijau... :-)

Herm.. teringin jugak nak berkutu tupperware..bila mulanya ni?

ch@ said...

kakEija:
menarik tertarik kau mmg debom - trademark ni. tu yg terpikat.

sisYana:
hahaa, bgs2.

kakIeyna:
akak nak main? tahun depanla kita mula. kita masukkan nama akak.