Iya tajuk Cdrama, ambil mood mahu marathon The First Frost, makcik suka sangat dengan Bai Jing Ting tu. Minggu ini masuk minggu daktiga mula belajar dalam kelas, hari kedua si Arrizqi bertanya aku, hendak bawa buku apa, hendak pakai baju apa. Dia kena palau dengan si Adli yang asyik sangat main komputer game. Si abangnya pun menerangkan lebih kurang sahaja sehingga aku menyuruh dia bertanya kepada kakaknya.
Auni menerangkan buku yang akan digunakan untuk setiap subjek, minggu pertama masuk kelas baru, minggu pertama Arrizqi jumpa pelajaran-pelajaran baru. Setelah aku bertanya banyak kali kepada Arrizqi sama ada dia mahu ke kelas Kelas Aliran Agama (KAA) atau Duel Language Program (DLP), keduanya Arrizqi tidak mahu. Dia hendak berada di kelas biasa sahaja sama macam Adli.
Dapat buku teks Sains dengan Matematik dalam Bahasa Inggeris pun, Arrizqi sudah tidak keruan. Kedua buku tersebut hanya digunakan untuk kelas DLP, bersabarkan Arrizqi tidak susah pun, kakak boleh Arrizqi mesti boleh (Auni telah berada di kelas DLP selama tiga tahun). Meskipun bukan kelas DLP, waktu pergi dan balik sekolah masih sama dengan Adli. Ya, Arrizqi telah berpindah daripada kelas DLP ke kelas Bestari.
Manakala Auni, yang juga berada di kelas baru, aliran baru, matapelajaran baru. Dilemanya telah dilupakan setelah aku bersyarah tentang matapelajaran untuk tingkatan empat- berkat emak bekas pelajar kelas Sains. Macam mana subjek Sains pecah menjadi Kimia, Fizik dan Biologi. Matematik biasa boleh jadi super Matematik dalam Matematik Tambahan. Minat Auni kepada Lukisan Grafik Animasi membawa dia kepada memilih aliran Ekonomi dan Perniagaan namun, cikgu memilih untuk Auni berada di aliran Sains Komputer. Auni tidak mempunyai masalah menguasai Bahasa Inggeris dan Matematik, dua subjek yang sangat disukainya. Kerisauan aku timbul akan subjek Sejarah dan Bahasa Melayunya, adoiii. Sains Komputer? Aku suruh dia tanya pada dua adiknya yang ambil matapelajaran Asas Sains Komputer kerana pelajaran itu hanya kelas Bestari sahaja yang ambil berbanding kelas lain ditukar dengan matapelajaran Rekabentuk dan Teknologi. Aku yakin Auni boleh.
Hari ini, aku berjaya menaip entri walaupun orang lain wordless adalah kerana mereka bertiga ada latihan merentas desa, kesemuanya pergi pagi dan kami akan berjumpa pada petang nanti sahaja, sakan aku marathon drama sambil mengemas rumah. Boleh skip makan tengah hari, kita akan masak untuk makan malam, menu daktiga ni mudah sahaja. Alhamdulillah. Menjelang Ramadhan nanti, sekali lagi jadual akan bertukar, jadi pemandu daktiga kena sentiasa alert dengan perubahan waktu masuk dan keluar sekolah, disebabkan itu aku tidak mahu menjadi transportation jika mereka tidak sama kelas dengan daktiga.
Ayuh, sambung marathon Bai Jing Ting semula, semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua, maafkan aku sekiranya ada terkasar bahasa dalam menaip entri dan menghantar komen yang tidak sedap dibaca membuat hati pembaca terasa. Semoga Ramadhan yang bakal menjelma dapat kita raikan bersama. Salam Ramadhan!
![]() |
adik. kakak. abang. |
![]() |
arrizqi. auni. adli |
Jika kau fikirkan kau bolehKau hampir boleh melakukanJika kau fikirkan ragu-raguUsahamu tidak menentu
12 comments:
Salam ramadhan al mubarak (in advance)
lebih mudah utk pilih kelas biasa compare dgn DLP....all the best utk smua ank2...nasibaik mak ada pengalaman akiran sains kan bole la bantu ank2 tu
Aiiih saya tak update pula kalo Cdrama ini 😅. List K-drama saya masih panjaaaaang sangat kak, itu dulu nak habiskan 😄. Memang racun sangat kalo dah nonton drama inikan. Kalo belum tamat , susah lepas 😅
Selamat Berpuasa ;)
alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
hahaaa, sampai kena update dlm web dramalist, sebab byk sangat listing cdrama ni. kdrama pun ada juga. sabar jap.
salam ramadhan
anak lady si kakak tu dlp... dari darjah 1 sampai darjah 4.. masuk darjah lima kami tukar sekolah.,.. xde dlp.. jenuh juga la bila kakak tanye ni maksud dalam bi ape ibu... hehehe.. setelah setahun alhamdulillah dah betul2 dapat bertukar bahasa..
Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak belajar..
salam ramadhan wak.
itula kan, ada pro-contra di situ. kita ikutla apa kehendak anak2, dorang yg bersekolah.
terima kasih, sama-sama kita doakan kejayaan2 mereka dan kita semua bersama.
Post a Comment