Monday, 10 February 2025

Berdiri, dia lebih tinggi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adli, budak michelin tangan ketak-ketak dulu tu sudah masuk empat belas tahun. Kasut, lebih dua saiz daripada emaknya. Baju, berkongsi dengan bapanya. Bercakap, suara sudah bertukar dewasa, lebih memilih berbual dengan adiknya sahaja, seteru dengan kakaknya. Anak nombor dua, ada sahaja perangainya.

Sudah tiga hari aku minta bantuan Adli tukarkan lampu meja kerja yang rosak sejak balik daripada Johor lepas. Tugas menukar peralatan di rumah memang banyak diserahkan pada Adli. Namun, dia buat don't know sahaja sehingga tuan asben sendiri keluarkan arahan, nah baru terhegeh-hegeh, dia detect arahan abie nya sahaja. Padan muka.

Si Arrizqi ditugaskan uruskan sangkar kucing, bersih pasir, tukar air minuman dan beri makan. Yang gelihati, tuan asben seperti hilang sabar memberi arahan kepada generasi z ni. Beri arahan kepada generasi z ni kena satu persatu ye, dengan keterangan ringkas yang mudah di tangkap dek otak. Jika diberi arahan secara pukal, mereka tidak mengerti ditambah pakej dengan soalan yang mencabar, sakit hati boleh berbalik pada kita sendiri maka masa itu, baik buat sendiri. Aku memang sudah biasa berhadapan dengan situasi begini. Malas hendak masuk campur, sengih sahaja sambil membaca komik. Hujung minggu, hari liburku.

Jadi, terima kasih Adli kerana terus tumbuh tinggi, rezeki orang tinggi adalah berbakti. Mudah-mudahan Adli dan semua orang diberi luasnya rahmat rezeki. Alhamdulillah. 

tukar langsir rumah tokmama.

sempat berebut kasut sebelum ni, sekarang kongsi kasut dengan abie.

Adli 14 tahun.


Adli empat tahun.

16 comments:

Mama Zharfan said...

Seronok kan tgk our boy grows taller :).. my ariff pun dh taller than me

Suria Amanda said...

Anak- anak sekarang cepat meninggi kan..especially anak lelaki

uncle gedek said...

Nenag la suruh buat kerja cuci kipas siling...

Bola Katok said...

Rajin menolong. Nanti dapat upah. 😆

ch@ said...

persaingan sengit, siapa nak tinggi dulu.

ch@ said...

betul tu.

ch@ said...

iya setuju.

ch@ said...

begitulah biasanya.

Kakmim said...

sy br sorg meninggi.. masuk form 1 si abg (no 2)
adik² baru nak mengejar

ch@ said...

KakMim ramai bodyguard nanti.

mummy_ayu said...

Geng la kite..anak2 MA pun dah lagi tinggi dr MA dah...

Warisan Petani said...

Alhamdulillah dah boleh membantu

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Enaknya anak dah besar2 ya kak. Masih lama saya merasakan ini 😄. Tapi betul ttg bagi arahan utk gen Z. Hrs singkat dan mudah dipahami. Kalo detil sangat, yg ada mereka confused 😂. Sementara kita dulu instruksi biasanya detil

ch@ said...

kan MA? semoga mereka terus rajin berbakti.

ch@ said...

Alhamdulillah.

ch@ said...

Benar sekali, kita dulu emak marah dengan menjeling sahaja, wah sudah takut. Kita pun auto cari inisiatif sendiri belajar buat sesuatu sampai menjadi,