Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
"Uols, hendak balik hari apa? Selasa atau Rabu?" di hari Ahad aku bertanya.
"Selasa" Auni dan Adli serentak menjawab, manakala Arrizqi
"ikut umie la, saya ikut je. Tapi umie, saya hendak tidur tau nanti" eh?
Jadi pada 4 Syaaban 1446 bersamaan 4.2.2025 hari Selasa, kami bertolak balik ke Selangor.
Setelah mengisi minyak fulltank petang semalamnya sebaik sahaja pulang membawa tokmama jalan-jalan. Kelengkapan sekolah juga siap dibeli pada hari sebelumnya dengan bershopping di GREEN POINT Bandar Anggerik setiap tahun, tahun ini terbang RM500 (sama je pun) untuk semua serba dua baju kemeja putih, seluar hijau SMK, seluar trek, spentot untuk Arrizqi termasuk sepasang kasut hitam untuk Auni dan Adli. Walaupun guna member card tidak banyak diskaunnya.
Seawal 8.30am kami sudah bergerak balik, pada tuan asben ku beritahu kami tidak singgah di Melaka. Tuan asben pun kerja, jadi kami terus menuju Selangor sahaja dengan harapan tidak sesat seperti kali lepas. Biarkan rindu menjadi 200% dan lebih lagi. Rindu-rinduan jadi kenang-kenangan, eh? aku merajuk sebenarnya, hah tiber!
Perjalanan smooth sahaja, cuaca baik agak bercahaya ditambah sudah pandai tengok waze ditambah lagi celoteh DJ radio lagu-lagu diputarkan Best 104, menggamit memori terkenang zaman kanak-kanak dulu - ater Johorian kan. Daktiga sudah selamat sambung belayar, bantal satu seorang dengan hembusan penghawa dingin, maunya tidak lena. Aku lena, selamatlah semuanya tapiii aku lapar, my co-pilot is sleeping (Arrizqi).
Aku hanya berhenti untuk mengisi minyak dan meluruskan kaki setelah 3 jam memandu, krem. Adli temankan aku untuk ke tandas dan berjalan-jalan mencari air minuman. Tidak sampai sejam selepas itu, kami sampai di Sg Buloh, welcome home sempat tapau nasi ayam dan upside down caramel coffee mamu lepas itu aku migrain, muehehe! kopi is syedap.
Dua hari mengerjakan rumah, tidaklah kotor sangat sebab aku tinggalkan rumah dalam keadaan yang sudah bersih, cuma ada beberapa keperluan milik tuan asben bersepah. Mendobi sampai habis sabun cuci baju, hahaaa. Lekas-lekas aku buat pesanan pada Mashita meminta untuk bertemu pada hari semalam, Khamis.
Alang-alang hendak bertemu Mashita ambil sabun Toyyib 10kg RM35, kakAzy pula ajak berjumpa untuk memberi keropok lekor fresh from Kelantan yang telah ku kirim minggu lepas. Kami berjumpa di hadapan sekolah sahaja. Mudah. Aku menunggu Mashita manakala kakAzy menunggu kakHamidah bestieku. Sejak bersalaman kali terakhir cuti sekolah lepas memang kami tidak bertemu, rindu. Aku perhatikan sahaja kakHamidah yang eh pakai baju sama dengan aku! mundar mandir mencari kereta kakAzy dibelakangku, kami menunggu dalam kereta sahaja kerana kakAzy tidak sihat.
"kak tak selfie masa jumpa Linda beli buku SK dan bayar yuran SRA semalam." Ujarnya sebaik sahaja ketawanya habis dek aku menegurnya pakai baju sama. Biasanya aku je yang suka wefie pada hari beli buku dan bayar yuran begini, aku suka berteman. Namun, tahun ini aku tiada lagi anak yang bersekolah rendah jadi tiadalah kami berjumpa. Kita jumpa semula di SMK minggu depan.
"owh, takpela dah jumpa hari ni jomlah kak, biar Arrizqi ambilkan gambar" aku turun kereta mendapatkan kakHamidah. Kami menyambung berborak sambil aku menunggu Mashita.
Sudahnya, Mashita tidak datang malah aku jumpa dengannya sewaktu dalam perjalanan hendak ke pasaraya membeli barang dapur.
Sejak aku balik, baru pagi semalam dapurku berasap itupun aku guna paket perencah kari mi segera sahaja buat nasi goreng untuk daktiga plus ketul ayam Baker Cottage baki semalamnya. Percayalah, nasi goreng ini akan habis licin berbanding nasi goreng biasa dengan perencah lengkap. Balik membeli barang dapur tugaskan sahaja daktiga mengemas. Aku sambung menonton The Tale of Lady Ok.
![]() |
Baju selawatwalk tahun lepas. kakHamidah baru kali pertama pakai selepas memotong pendek bajunya, dia dapat idea daripada aku yang memotong terlebih dahulu, hahaa. Panjang bebenor bajunya. |
![]() |
Peneman setia. Semoga kekal rajin ye Arrizqi. |
1 comment:
Tiber sy pn dpt idea nk alter baju muslimah yg maha besar.. sbb diterima free so kena redha saiznya x ukur badan sendiri.. haha.. syg x pakai, labuh boleh terima lagi tp tangannya boleh guna utk lap meja dan tingkap
Post a Comment