Tuesday, 18 February 2025

HARI PERTAMA SEKOLAH.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita mahu update juga, aku ialah tipikal mak yang suka menghargai momen memori dalam kehidupan. Jadual bermula seawal pagi, tahun ini hanya Auni sahaja yang sekolah pagi, jadi aku hanya menyiapkan diri sendiri dan harus keluar seawal yang mungkin, minggu ini merupakan minggu sibuk untuk anak baru masuk darjah satu, masuk asrama dan masuk tingkatan satu. We'ols dah senior meskipun Arrizqi masuk tingkatan satu, hehe!

Memang sudah biasa keluar awal pagi, dapat tumpangkan Watie- anak aunty depan rumah ke tempat menunggu bas. Dia turun di bus stop sama jalan aku lalu menuju sekolah, kadang aku bawa sekali dia ke sekolah Auni untuk dia menunggu bas di sana. Hendak ku hantarkan ke MRT, dia tidak mahu menyusahkan aku yang akan berpusing jauh apabila balik nanti. Terkadang bila aku in good mood, sampai juga ke MRT. Aku menjadi tempat dia meluah emosi kerenah teman-teman pejabatnya, secara tidak langsung menjadikan aku ikut berfikir sekali. 

Selepas turunkan Auni di sekolah, aku mencari sarapan pagi. Kedai nasi lemak singgit kegemaran aku tutup hari ini, jadi terus memandu pulang sambil melihat kenderaan beratur menuju sekolah, aku terselamat! Terus prepare my breakfast dan makan tengah hari untuk Adli-Arrizqi yang akan ke sekolah tengah hari nanti.

Aku menyuruh mereka bersiap awal, ke sekolah awal. Mereka berdua menurut sahaja, masing-masing mahu membuat rekod baik untuk sesi persekolahan 2025 ini. Mereka faham, hari pertama sekolah akan menjadi lebih sibuk, jalan akan sesak luarbiasa menjelang tengah hari, orang pejabat keluar makan, parent akan menunggu anak masuk tahun satu, emak akan berebut petak parking  dengan parent PPKI baru untuk menunggu kakak balik, jadi ayuh!

Adli beriringan dengan Arrizqi masuk sekolah, macam kembar tapi bukan. Make sure balik nanti together, menyeberang ikut jejantas. Setiap kali masuk sekolah, memang banyak pesanan penaja sehingga penat telinga memasing hendak mendengarnya. Ayat mak-mak daripada darjah satu. Arrizqi aku tidak kisah sangat, dia berdikari sejak masuk tabika lagi. Banyak urusan abangnya dipermudahkan oleh Arrizqi. Si Adli, memang ikut dan dia je la.

Aku turun menunggu Auni di pagar sekolah kerana dapat parking jauh, dia memang tak jumpa kereta jika bukan di tempat biasa. Bertegur dengan teman-teman yang anaknya sama batch dengan Auni, bertanya khabar, bertukar cerita. Jika dahulu harus segera turun untuk ambil Arrizqi, tahun ini aku hanya ambil Auni sahaja jadi, marilah kita membeli barang dapur. Ihiks.

Sedang aku berguling-guling, loceng pintu berbunyi. Kak Ani dan Syafikah muncul dipintu pagar. 
"what's a surprise!, weih masuk." aku mengajak mereka berdua masuk.
"hari pertama tak sekolah." aku mengusik Syafikah yang merupakan teman sangat baik dengan Auni sewaktu tingkatan satu. Aku yang menghantar dan menjaganya sebelum kakAni berpindah tempat kerja dahulu. Kak Ani singgah sekejap, meminjam telinga aku untuk dia bercerita tentang dirinya sekarang dan mengajak Syafikah pulang awal, tidak mahu bersesak dengan orang balik kerja nanti.

Selepas Asar, aku terus menunggu Adli-Arrizqi di tempat biasa, berjumpa dengan teman-teman macam biasa, Linda dan kakHamidah, menunggu kembarnya dan anak yang ditransport bawa pulang. Semuanya baik-baik sahaja sempat aku tolong kakHamidah ikatkan tali leher untuk anaknya, Nazir.

Dalam perjalanan pulang, bertemu lagi dengan Watie yang baru sahaja turun bas, aku menunggunya untuk bawa pulang terus ke rumah. Sampai di rumah, bersilat pula dengan chicken wrap permintaan Adli-Arrizqi, hah! Adli yang banyak membantu aku menyediakannya, siap menyuakan air untuk aku berbuka. Jadi kelakar pula. Tamat sudah untuk hari pertama persekolahan sesi 2025, routine bersambung esok-esok-esok dan esok lagi, InSyaaALLAH. Semoga semuanya dipermudahkan urusan harian, dilimpahi berkah dan rahmah ALLAH swt. Amiiin.

Dia dalam kelas baru, aliran baru.

Chaotic Duo: Adli-Arrizqi
sewaktu sekolah tak sama.

pintu jadi saksi dari tabika.

Mestilah ada, hahaaa. Di suspect jadi cikgu tahun ini. Adeih!

Alhamdulillah, semua sudah jadi bestie dengan aku. Yang pendiam. Yang suka humor. Yang skema. Emak dorang ja kadang blur. 

2 comments:

adnil linda said...

lawa sangat mak nya ke sekolah..memang di suspek cikgu lah...semoga yang baik2 je untuk anak2 kita,, aamin

ch@ said...

alamak haha! saya house manager masuk tahun ke tiga belas.