Hari-hari jadi kakak, rasa hendak pakai nama besar "saya emak anak tiga" apabila menunggu anak-anak balik sekolah. Awet muda ini hanya pinjaman ALLAH swt, cukup masa semuanya akan di kembalikan semula, alhamdulillah.
Jadi, kesimpulan minggu pertama persekolahan, semuanya baik-baik sahaja. Arrizqi ke sekolah setiap hari meskipun dia raja cuti satu hari dalam satu minggu. Semoga kekallah prestasi persekolahannya sebagaimana abang dan kakak yang hampir tidak pernah ponteng sekolah melainkan terdapat kejadian tidak dapat dielakkan.
Seminggu ini pelajar sekolah menengah tahap dua, tingkatan tiga hingga lima masih belum masuk kelas dan belajar mengikut jadual waktu menjadikan mereka pulang pada waktu yang sama, kasihankan kak Hamidah, aku membantunya membawa sebahagian anak-anak yang mengupahnya untuk pergi dan pulang sekolah kerana keretanya tidak muat dan dia akan berulang-alik dua tiga kali untuk membawa mereka pulang semuanya.
Maka, empat hari aku menjadi pembantu kak Hamidah membawa anak-anak tumpangannya pulang, jadi pembantu pemandu, tambahan lagi aku bawa adik kepada bas mini, maka muatlah aku membawa mereka semua sekali harung dan lagi aku akan melalui taman rumah mereka semua sebelum sampai ke rumahku. Hari ini, hari kak Hamidah. Tiba giliran aku, semua orang dengan kesibukkan sendiri, aku sudah biasa situasi begini- hiii.
Malam tadi, aku terima berita Arrizqi bertukar kelas, nampaknya aku terpaksa buka semula label buku latihannya yang telah siap dilekat nama kelas lama, esok sahajalah aku kerjakan kerana hari ini ada hal lain yang harus aku lakukan.
Sambung mengemas rumah, selamat berhujung minggu.
![]() |
disebabkan permukaan kulit buku licin, maka aku cuba gunakan stiker nama lutsinar. kita tengok sejauh mana boleh pergi. |
![]() |
buat untuk Mustaqim, mencari Mustaqim sampai dua hari. Hari ketiga dia mencari aku. "terima kasih aunty Syasya" - okey. |
![]() |
Esoknya kena dak India tanya: "kakak, jam pukul berapa?". "1.04minit dek" - aku melayankan. |
![]() |
Tema minggu pertama: Hitam. |
10 comments:
Tema hitam?! Kita geng! Gimifai!
Memang tak terlihat anak 3 kak 😂. Beruntung sangat kakak dibagi wajah awet muda 😉👍. Tapi memang lah, straight to the point anak zaman skr kan??
Saya selalu tekankan ke anak saya, kalau bertamu ke rumah teman, wajiiiiib ucapkan salam, kalau ketemu dengan parents temannya di sana, Salim tangan. Jangan langsung masuk saja ke rumah orang. Nak pulang, wajiiib pamit kepada orangtua teman. Soalnya teman2 dia saat main ke rumah, tak ada salam apa2, langsung masuk kamar anak 🤣🤣.
Duhaaaiiii, zaman memang berubah, tp tak lah sopan santun ikut berubah
Alhamdulillah, banyak pahala bawa anak2 yg lain juga ke sekolah... semoga urusan persekolahan pergi n baik dipermudahkan.. ameeennnnn
Alhamdulilah, semoga Allah permudah urusan kamu sekeluarga. Salam kenal dari Fana.
Rezeki Allah bagi “awet muda” takkan nak tolakkan
minggu tak lalu nak mikir warna outfit.
setuju dgn Fanny, kadang berjumpa guru pun jadi "hai cikgu" lah. terus time tu juga kena, beri salam. cikgu bukan Islam ucaplah selamat petang ke, pagi ke, tgh hari ke. bukannya hai. isk isk. alhamdulillah setakat ni masih mengikut arahan.
terima kasih, doa utk LadyBird juga ye. amiiin YRA.
Eh jap, tadi Fanny. ni Fana pula, salam perkenalan. terima kasih sudi singgah, semoga Allah permudahkan urusan kamu juga. amiiin YRA.
DIA memberi, kita menerima. aaaagitu!
segala pujian ALLAH juga selayaknya.
Post a Comment