Thursday, 6 February 2025

Pam Tayar- Balik Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rutin setiap hujung tahun, aku dan daktiga akan habiskan masa melepak rumah tokmamapapa. Bercuti serta prepare barang kelengkapan sekolah. Jika dahulu, tuan asben akan ikut balik bersama tinggal kereta di Johor dan dia pulang ke Selangor semula dengan bas. Sejak dia sudah melepaskan aku pulang memandu sendiri bersama dengan daktiga dua tahun yang lepas ditambah pula dia berpindah ke Melaka, makanya marilah kita berdikari sekali lagi.

Melaka, 21 Rejab 1446 | 22.1.2025-Rabu.

Kami bersiap, aku dan tuan asben bersiap dahulu sambil menunggu daktiga selesai. Hanya bersarapan ringkas sahaja kerana pada hari ini aku pulang ke Johor manakala tuan asben akan ke Kuala Lumpur, huruhara sungguhla situasinya kan- hahaa. 

"nanti pam tayar belakang ni sikit." arah tuan asben, sambil memerhati daktiga loading barang dalam kereta. Akulah, benda yang kali pertama ni, sangatlah menguji emosi.
"depan sana tu ada stesen minyak." sambungnya lagi sewaktu aku mengambil giliran bersalam dengannya. Aku tidak respon arahannya itu kerana jiwaku sudah sampai rumah mamapapa. Patutnya dia bantulah aku pamkan tayar petang semalam, ada je reason dia menyuruh aku belajar. Sampai ku paksa Arrizqi Google macam mana nak pam tayar kereta di stesen minyak. Sebelum ni weols guna pam beskal ja, manalah reti guna pam stesen minyak tu, hrmmm.

Kami berpisah, sebaik sahaja keluar pagar automatik rumahnya aku memandu ke kiri, tuan asben memandu ford ranger ke kanan, fuh seb baik dia tak follow. Tidak lama aku memandu, masih mengisahkan waze dan Auni-Adli yang berebut tempat duduk,
"umie, tu stesen minyak. Pam tayar." aku jeling sahaja stesen Petron yang terletak berseberang jalan sana ditunjuk Arrizqi, dia co-pilot yang boleh diharap. Hrmmm, sudah terlepas, bye!

Keluar tol Jasin-Merlimau menuju selatan, mari singgah stesen minyak pertama untuk pam tayar, Shell Tangkak. Degil lagi, patut terus sahajalah pam tayar, boleh pula pergi isi minyak kereta dahulu. Kereta dahla saiz bas mini, ada hati nak menyelit depan kereta yang menunggu tepi paip pap tayar tu, memang terkial-kial aku dibuatnya, ruang Shell tu pun, terhad sangat. Rasa susah maka aku batalkan hasrat pam tayar. Terus cari stesen lain.

Singgah lagi stesen minyak seterusnya, ada dua stesen, satu kiri-satu kanan, singgah yang kiri lebih mudah. Lengang dan parking pun cun-cun, tapi ada notis rosak. Aih! Maka, kami berlalu pergi lagi sekali.
"okey stesen seterusnya umie!" kata Arrizqi. Dia sahaja yang temankan aku, abang kakaknya sambung tidur di tempat duduk belakang. Masuk lagi, entah di RnR mana- aku memang gagal mengingat satu-satu tempat rehat ni. Pusing terus di stesen minyak, aku perhati kanan, Arrizqi perhati kiri.
"ada tak?" aku tanya Arrizqi.
"tak ada pun tiang pam." jawab Arrizqi separuh merungut.
"kan?" 
"cari lainlah umie, tahu-tahu sampai rumah tokmama je nanti" dekah gelak aku. Betul juga tu. Aku keluar daripada RnR dan cari di stesen seterusnya.

Jika tidak berjumpa juga, memang minta bantuan papa je la jawabnya, ada tiga stesen minyak berdekatan rumah tokmamapapa. Akhirnya, aku jumpa juga pam minyak yang mempunyai tiang pam helok lengkap dengan parkingnya. Cuma, kena berkongsi dengan laluan lori, ko sabar jap ye abam lori, bagi dak baru belajar pam tayar ni hadam dulu dengan situasi. Aku setkan sama je semua isipadu angin yang ditulis di tepi tempat duduk pintu hadapan pemandu. Pastu aku pam je la, empat-empat tayar. Dah alang-alang dapat pam, Arrizqi tukang tengok angin masuk di meter pam, aku pening nak bangun tunduk tengok. Alhamdulillah setel. 

Aku tidak tahulah cukup ke tidak angin tu, tak sempat pula nak matematik dengan saiz tayar dan kepadatan penumpang bagai. Sudah isi, letak pam elok-elok, cuci tangan, sambung perjalanan. Janji pam tayar, hahaaa!

Tidak lama keluar daripada RnR, sudah pun nampak tol Kulai, perjalanan yang sepertinya main maze, tahu-tahu sudah tiba di destinasi. Sebelum sampai rumah tokmamapapa, singgah kedai makan dahulu untuk makan tengah hari. Tokmama tak sihat hendak masak, baru lepas berurut, tidak sabar hendak menunggu anak cucu balik.

Cambiasa wefie dulu.

Welcome.

Alhamdulillah, selamat sampai rumah tokmamapapa selepas dua jam memandu, tokmama makan nasi aku, aku makan soto tokmama yang dibelikan oleh tokpapa. Jangan cerita dengan tuan asben ya, hahaa! ini rahsia.

No comments: