Cuti Thaipusam, marilah kita ke kedai buku sekolah.
"pergi pukul berapa umie?" tanya Arrizqi malam tadi.
"pergi pagi la, boleh sarapan terus." jawab aku.
"ala saya nak bangun lambat sikit." mulalah dia hendak tawar menawar.
"umie, kena ikut ke?" tanya si Adli pula.
"semua kena ikut, buku uols bukan buku saya." hahaaa semua hendak aku uruskan, masaklah kan?
Hari kejadian, aku sempat selesaikan laundry, housekeeping dan update blog. Hilang kisah hendak pergi awal pagi berganti lewat sedikit dan boleh terus makan tengah hari, upah behave seharian semalam. Elok siap semua, kami bergerak ke sekolah. Rutin membeli persiapan sekolah pada setiap tahun, memang aku sahaja yang uruskan. Baik uniform sekolah mahupun buku, mahupun pendaftaran, mahupun mesyuarat PIBG, pokoknya tentang sekolah memang aku, tuan asben sangat jarang untuk ikut bersama dia hanya menyediakan bajet sahaja.
Berjalan masuk sekolah dengan daktiga, eh biasanya aku parking dalam sekolah, hahaaa. Bertemu dengan kakLiza aka makLong dah lama sangat tak jumpa ni, legend. Aku fikir semua anaknya telah habis sekolah, eh ada lagi. KakLiza berlalu, bertemu pula dengan Masniwati, dari jauh dia sudah senyum lebar, kami berbual sebentar.
Sampai di kedai buku bertemu pula dengan Linda yang masih lagi menyelesaikan masalahnya, sambung berbual lagi sebelum aku mengejar barisan untuk beratur. Gatal mulut, ramah nau menegur guru kelas Adli, Cikgu Ayu di kaunter, dia memanggilku segera selepas pelanggan sebelum aku berlalu pergi.
Aku sudah siap dengan senarai tiga tingkatan yang dicetak sendiri, lebih besar memudahkan pengiraan jumlah harga tiga orang empunya buku, Cikgu Ayu hanya sediakan kelengkapan dan jumlah semula. Double triple check.
"ramai betul anaknya" ujar Cikgu Ayu mengusik. Dia muda setahun daripadaku. Selesai membuat semakan dan kira-kira, kami beransur daripada sekolah. Fuh! RM224 terbang. Belum termasuk buku aktiviti lagi, yang hampir RM300 semuanya, sabar dulu yang itu. Buka sekolah nanti baru beli.
Selesai urusan di sekolah, kami ke Texas Chicken untuk makan tengah hari, dilema antara Texas dan A&W namun yang memandu adalah aku maka lekas sahaja ke Texas Chicken terletak di Bandar Baru. Membuat pesanan berjemaah, duduk makan berjemaah, tak apa umie belanja-aaagitu! Kedai umie tutup tengah hari ni. Makan berempat sambil mendengar lawak si Adli, ada sahaja idea dia yang buat kitorang ketawa. Makan dengan dorang ni, mudah apabila seorang kemas meja, sorang top-up air, seorang buang sampah, hahahaa senang staff kedai, kami datang meja bersih, kami pulang meja pun bersih.
Kami ke pasaraya pula untuk beli barang dapur, macam biasa tiga orang tolak troli, lepas itu memasing hilang sewaktu aku menunggu ayam siap dipotong dan ikan siap disiang. Mereka meninggalkan aku menjaga troli. LAH! mereka kembali semula, troli telah pun penuh dengan barang mereka, ajomlah balik.
"umie, taknak potong rambut hari ni" kata Arrizqi.
"kena potong rambut juga ke?" tanya Adli pula.
"nak pergi potong rambut, hantar kakak balik dulu" pinta Auni. Udah masing-masing begitu, aku terus sahaja balik ke rumah. Selesai urusan sepanjang hari cuti Thaipusam.
Uniform Arrizqi sudah pun lengkap di beli, lencana juga sudah siap dijahit, aku mengikat dua helai tali leher untuk Adli dan Arrizqi masing-masing, daripada tidak pandai sampai sudah pandai mengikatnya dek penangan dua orang anak lelaki. Alhamdulillah, Arrizqi bagaikan tidak sabar-sabar untuk ke sekolah menengah. Semoga semuanya di bawah rahmat ALLAH swt, Amiiin.
Pikullah buku memasing, beg sahaja dah RM3.50 harganya setiap satu. |
Waiting menu. |
Rasmikan tudung baru daripada Edzna Suri, baju daripada mama. Alhamdulillah. |
No comments:
Post a Comment