Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Uiii, terasa lama terbiar blogku ini tanpa cerita. Ceritanya banyak bertimpa, masanya terhad untuk diceritera. Ideanya hanya berlegar di ruang kepala. Mengambil masa lama untuk memproses kosa katanya. Dah, panjang pula mukadimahnya.
Bila sudah mula beralih ke bloghijau maknanya aku sudah muak dengan medsos yang lain. Lagi-lagi The First Frost sudah habis ditayangkan, sana-sini bertebaran muka si Bai Jing Ting. Semakin banyaklah awek beratur untuk mencari calon pasangan seperti Sang Yan, korang... sesungguhnya Sang Yan tu hanyalah watak dalam drama, belum jumpa lagi ada di dunia nyata. Dan, Sang Yan hanyalah untuk Yi Fan, titik. Selain watak Sang Yan yang green flag, kita masih ada Lin Yi Yang dari Amidst a Snowtorm yang aku rasa paling green flag, dia berkenalan dan menjaga dan mengajar Yin Guo sampai Yin Guo jadi juara billiards. Oklah bulan Ramadhan, ajer citer sal drama lak kan? hahaaa.
Aku berharap Ramadhan semua baik-baik sahaja, aku mencuba join tadarus Al Quran untuk pertama kalinya, waktu pagi jam 8.15pm aku bersiap pergi bawa Al Quran memandu kereta mini gino tuan asben, habis tadarus aku demam, aduh! aku gagal berhadapan dengan orang ramai wei, siyesla. Masa aku sampai, dua tiga orang melirik aku, aku duduk je acik sebelah aku pun selesai membaca dua muka, terus aku di suruh baca. Aih! tidak sempat aku hendak warm-up walaupun aku dah baca sebelum Subuh pagi tadi. Aku rasa macam semua perkataan bergumam dalam mulut, baca tapi macam aku ignore panjang pendek tajwidnya, what's going on Syasya? oh my? aku macam trauma pula nak kena coral speaking depan orang ramai camni. Darah gemuruhku ikut kalut sama. Aku habiskan juga dua muka surat, tambah dua lagi muka surat, tambah lagi dua lagi muka surat habis juzuk empat masatu. Lepas tu aku sudah tidak tentu arah, tengok jam bila nak balik. Esok-esoknya, aku tidak pergi lagi, adeih.
Sejak aku jatuh sakit, aku terus trauma bila berdepan dengan orang ramai, hendak berkenalan dengan orang-orang baru yang gap umur jauh lebih senior, argh! aku merasakan semua orang sedang menjatuhkan hukum dengan kehidupan aku. Terawih, aku okey je ke surau berjemaah dengan daktiga, hari pertama aku buat penuh 20 rakaat, hari seterusnya 8 rakaat aku menghilang terus balik rumah. Ada dua tiga orang yang menjadi kawan, mereka lebih dahulu memulakan bertanya itu dan ini, aku hendak memulakan, tidaaaak! Perangai aku jadi terbalik dengan yang sebelumnya. Pasca kesan panic attack dalam kehidupan, jenuh!
Bazar? sampai semalam aku masih lagi belum menjejakkan kaki di bazar kerana aku sudah tidak menunggu Adli-Arrizqi di SRA. Jika dahulu aku sementara menunggu Adli yang berjalan dari SMK, aku ke bazar dengan kak Hamidah dan Linda. Tahun ini, aku hanya menunggu Adli-Arrizqi di SMK, hanya lalu bazar sedangkan aku sudah siap masak di rumah sebaik sahaja ambil Auni yang balik SMK jam tiga petang. Terkadang balik ambil Adli-Arrizqi jam enam petang petang baru aku masak untuk berbuka. Mereka suka yang makanan yang panas-panas.
Bermula hujung minggu ini, aku hendak mempersiapkan rumah pula, prepare baju raya bagai. Setakat ini, hanya rak buku yang sudah siap aku lap, bersinar seperti baru weih! tuan asben pun tidak berani lagi buat sepah, hahaa! hendak melapangkan rumah. Seterusnya lap kabinet dapur pula sambil cucun-cucun barang. Seterusnya sliding door dan tingkap. Seterusnya...........................
Jika kemalasan aku maksima, aku hanya mengadap quilling sahaja, sudah hampir penuh nampaknya, rasa cantik kaw-kaw (tiber). Aku kena susun penjalanan kehidupan aku setiap detik supaya aku tidak overthinking lebih-lebih, semoga semua berada dalam lindungan dan rahmat ALLAH, mudah-mudahan. Selamat menjalani ibadah puasa.
![]() |
dua hari sebelum Ramadhan. |
![]() |
busy layan tiga ketui ni Kopi, Krimer & Vico |
![]() |
moreh hari pertama. |
![]() |
the paper quilling |
1 comment:
hehehe.. ldy pernah alami tu...
sehingga xtahu baca mana betul mana salah.. orang tegur pun rs dengar x dengar.. rasa suara tu seolah jadi besar dan menerawang.. muka bertukar jadi biru, nasib baik x pengsan... hahahaha.. kelakar bila ingtkan ..
Post a Comment