Thursday, 20 March 2025

Random Ramadhan 2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dasar tidak rajin hendak menaip entry, sebenarnya aku hendak lipat pakaian, entah kenapa bermula daripada jam 6.30am tadi tergendala, muahahahaaa! Hari ini kepalaku terasa segar bugar sedikit setelah lemau beberapa hari kesan kekurangan minum air masak dan cuaca panas. Sudah rasa seperti gaya anak-anak belajar berpuasa.

Disebabkan hari Selasa lepas cuti, pada hari Isnin aku mengajak Adli temankan ke bazar, kali pertama ke bazar Ramadhan setelah 16 hari berpuasa. Saja hendak merasai vibe bazar Ramadhan. Keadaan juga agak lengang kerana anak-anak SK dan SRA sudah bercuti. Adli berjalan menemankan aku, gerai ke gerai.
"jalan dulu umie, nanti baru beli" katanya. Kami beriringan.
"adik tak kisah, kakak nak air biru, abang nak makan apa?" tanya aku.
"tepung pelita yang satu seringgit tadi, murtabak" jawabnya. 

Aku beli popia bigmac 3pcs RM10, air blue vanilla RM10 (2plastik), meatball small RM5, tepung pelita 5pcs RM5 dan murtabak daging RM6 dengan total RM41, mahaaal! Selesai berbuka semua menu hilang atas meja, alhamdulillah tiada pembaziran.
"umie, sedap lagi umie masak" alamak Arrizqi berbunyi. 
"alahaiii hari ni je, saya cuti. Esok saya sambung masak semula la"
"umie kata no bazar tahun ni?" kata Adli menghabiskan tepung pelitanya.
"hari ni je lah, nak try test" dan esoknya hingga ke seterusnya aku ke dapur semula. Sabar je la. Begitulah daktiga bila sudah besar, kehidupan di rumah begitu berharga.

Bersahur pun, menu sendiri-sendiri, Arrizqi dengan Vico buatannya dengan kurma, Auni dan Adli masih setia dengan bijirin dan susu segar setiap tahun. Aku? dengan telur separuh masak dan roti bakar, kadang makan je lebihan berbuka semalam. Tuan asben? itu lagi mudah, susu protein dan kurma. Jarang sangat makan nasi ketika bersahur. Masak berbuka, aku selangkan menu nasi dan mi, menu tempatan dan western, itu yang daktiga suka berteka-teka menu apa umie masak hari ni.

Seminggu lepas, Adli dan Arrizqi sibuk dengan kerja sekolah, Adli datang meminta bantuan buatkan jadual bertugas kelasnya, selaku bekas AJK keceriaan aku hanya bantu sediakan bahan sahaja, selainnya sila Adli buat sendiri. Eh, aku tak sangka mulut yang payah hendak bercakap tu bertukar jadi membebel sahaja sepanjang tangannya berkerja, dia hendak main game, aku memaksanya buat jadual sehingga aku sendiri yang menyiapkannya berikutan termakan dengan janji-janji manis si Adli. Halaaahai! Hari yang sama Arrizqi meminta bantuan menyiapkan buku skrap matapelajaran PSV. Awalnya Auni membantu Arriziqi, terakhirnya aku juga yang dicari, alahaiii. Aku mengajar Arrizqi mencetak gambar dan susun dalam buku skrap. Hampir ke tengah malam jugalah menemankan dia membuatnya.

Aktiviti lain, aku selesai mengemas kabinet dapur, tupperware mana yang tidak perlu, I can say goodbye!. Selesai juga mengelap kabinet buku tuan asben, putih berseri jadi seperti baru. Selesai buat deco-deco raya dan mencabut wallpaper kabinet tv, bila kabinet tu sudah seksi jadi tak cantik pula, lekas-lekas cari akal sarungkan alas meja makan, hahaaa! aku buat kerja paling mudah. Udah meja makan pula tidak berbaju. Sha offer wallpaper warna asal meja makan, hrmmm but I want white sebab sebab sarung kerusi meja makan warna cerah. Takpe, kita buat dulu nanti beli alas meja putih, aaa suka.

Jadi, itu sahajalah untuk simpan buat kenangan puasa tahun ini, semoga semuanya baik-baik sahaja. Amiiin.

Lap bersih setiap kotak.

Tadaaa...

Arrizqi dan buku skrap. Abaikan langsir cam dewan makan tu.

kerja tangan Adli.

memutihkan meja kerja.

dari alas meja makan ke kabinet tv. tuan asben approved.

melayan sakit kepala, comel la pulak tupat aku ni. ahah!

aaa suka kerusi meja makan ada baju, meja makan sabar jap.

Happy me. Happy home. Alhamdulillah.

Okey sambung nak lipat kain baju keringan, ahahaha! If not now then when? If not me then who? kaaan...

1 comment:

mama tisya said...

bab mengemas ni jenuh juga..tp bila dh kemas tenang rasa kan...byk betul buku kt rak tu