Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Biasanya aku buat paperart atas meja, buat pun size kecil-kecil sahaja jadi muatlah semuanya dilambakkan atas meja. Satu hari dapat tempahan bersaiz besar, arrr... kuusahakan meja sama ini juga untuk memuatkan kertas saiz A3 tersebut supaya tidak komot sehingga aku terfikir untuk membeli rak monitor yang boleh kongsi dengan papan kekunci. Jadi, dapatlah ruang lebih besar sedikit lagi.
Tanpa berfikir panjang rak yang berharga RM10 dari kedai hitam putih logo muzik tu aku beli. Bila rak sudah sampai, tanpa berfikir panjang kita pasang. Kacang je!
Sup~sap~sup~sap aaasyiap! gigihla buat sesorang, barang sendiri kena teruja sendiri. Letak monitor okey je, sekali nak masukkan papan kekunci, naaah... surprise! - tak muat nyah! aigooo, patutlah masa memilih hari tu pakej ada saiz, aku main bedal sahaja dengan fikiran semua saiz papan kekunci adalah sama.
Pastu? takkan sudah beli tidak digunakan? walaupun RM10 masakan hendak beli yang lain? tiiidak sama sekali, marilah kita buat sampai papan kekunci tu boleh muat masuk rumah. Paperart aku tinggalkan dahulu sekarang episod,
Syasya vs rak monitor.
Aku kepakkan sedikit kaki rak, kasi kangkangnya lebar sehabis yang boleh. Dapatlah jarak beberapa milimeter lebar namun, papan kekunci masih lagi belum muat. Aku diam jap mencari akal sempatlah pergi makan, pergi solat untuk dapat akal. Sambung lagi episod,
Syasya vs papan kekunci.
Masakan hendak kena beli papan kekunci yang baru? Eh, satu hallah pula. Udahla wang tabungan sudah nipis-nipis sahaja. Aku belek papan kekunci, lama. Sehingga, mari kita kecikkan papan kekunci ini. Yang menjadikan papan kekunci ni lebar hanyalah sayap berupa kepingan logam padu dikiri dan kanan- macam sayap, yang aku rasakan boleh dibengkokkan sikit ni. Aku menggunakan player muncung tirus (itu je pun yang ada depan mata) untuk aku lipat habis sayap kiri dan kanan agar masuk kedalam.
Gigih! gunakan segala teknik yang ada, taraaa... menjadi. Dengan Syasya, dia akan buat sampai jadi- sebenarnya dia takut kena bebel dengan suami. Papan kekunciku sudah masuk dalam rumahnya, manse~manse~mamanse yabedabedu! aku senyum puas hati, alhamdulillah tidak perlu membeli apa-apa lagi. Selesai mengemas meja, aku kembali mengerjakan paperart dengan rasa senang hati, wiii!
Kesimpulannya, sebelum hendak beli apa-apa tu, buatlah kajian dengan penuh teliti terhadap barang yang hendak dibeli, jika tidak terpaksa cari si akal untuk menggunakan barang tersebut dengan jayanya. Baiklah, sekian khidmat nasihat seorang biasa-biasa je selamat berhujung minggu.
kangkangkan kaki. runtuh nanti kita cari akal lain. gunapakai dulu. |
kecikkan sayap kiri kanan. entah apa-apa design papankekunci ni. |
dok situ diam-diam. |
Orang yang RAJIN memberikan 10 jawapan untuk satu soalan.
Orang yang MALAS akan memberikan 10 alasan untuk tidak menjawab satu soalan.
12 comments:
Tahniah cha.. dak chacha mmg rajin, explanation mmg panjang lebar, jarang masuk sini sekejap sbb panjangggg berjela nak dibaca.. hehehe
Kagum dengan kegigihan dan ke'kreatifan umi. Ntah pape lah ejaan ibu tu abaikan. Tahniah umi! Sebab umi seorang yg rajin dan tak suka memberi banyak alasan lebih suka cuba mencari jalan utk selesaikannya. Good job umi. Apapun yg kita buat asalkan kita sendiri merasa kepuasannya. Betul tak?!!! Umi kalau nak tempah hasil kerja umi tu dapat sekali dengan frame ke umi?
Alhamdulillah Allah bagi ilham supaya duit tabungan tak makin menipis
Nasib baik kreatif...MA pun ada usha jugak ni..he he ðŸ¤
Yeahhhh.. Usaha tangga kejayaan!
Kita cuba nak ringkas, tapi dia jadi panjang juga.
Ahahaha, gigih juga buat sampai boleh.
Iya ibu, dapat dengan frame sekali. Ibu pm la ye jika sudi.
Betul tu Ammi. Walaupun dah rasa nak give-up juga mulanya.
Ukur dulu mummy, nice juga sbb ruang kerja jadi lebih besar.
Quotes kat dinding sekolah kan tu? hiiii...
Wahhhh....Ch@ kreatif rupanyaa..nanti share la art tu kat blog....
boleh sista. cuma art ni banyak letak di instagram saja. nanti kita share.
Post a Comment