Nampaknya sudah mula skip update rumah hijau ni, ahahahaaa! sebenarnya aku ralit dengan Quilling Paper Art aku tu, hendak menyiapkan satu saiz bersaiz A3 makan masa berbulan. Lepas tu bila time meregang kaki tangan dan menyembang dengan daktiga fokus beralih arah pula. Lagipunkan, aku tiada idea mahu cerita apa, ahahahaa. Kehidupan aku membosankan sangat ke? adeih!
Aku mengerjakan tv tuan asben, Netflix nya tidak boleh berfungsi dengan baik entah apa salahnya. Asyik kena retry setiap kali tajuk drama sudah dipilih. Biasanya tuan asben sahaja yang mengerjakannya, ini mahu menunggu dia balik mahunya sunyi kehidupan aku tanpa Ding Yuxi, Wang Hedi dan Liu Xueyi- keras aku satgi.
Aku wA juga bertanya apa yang kena buat, dia mengajar step by step, sampailah aku dapat tengok satu movie cina, I am the Secret in your Heart. Habis movie, aku masuk tidur. Adli sambung hendak nonton Squidgame , sudah dua hari dia bising. Rupanya, Netflix tu jadi loading namun dramanya tidak muncul. Adli nonton Squidgame melalui handphone, siap diajarnya aku guna loklok bagai. Aku lebih suka nonton melalui telegram sahaja. Esok paginya aku terkejut bertembung dengan Adli, rupanya dia tidak tidur semalaman, selesai dia mandi dan Subuh dia minta nasi lemak singgit. Aku mengajaknya sekali makan di kedai sebaik sahaja menghantar Arrizqi ke sekolah tetapi dia tak mahu. Sejuk, nak guleng-guleng katanya.
Malam kedua melayan Netflix masih lagi yang tidak beroperasi, aku buat balik step by step semalam, mengadu lagi pada tuan asben- dasar mengada. Nasiblah siapa suruh tidak pulang minggu lepas, hari-hari aku wA kacau dia. Tuan asben tambah lagi satu step yang semalam dia tidak beritahu, restart balik. Maka habis segala plug aku off dan mulakan semula. Adui sesabar ini mahu menonton.
Akhirnya, elok juga. Namun, drama pula kesemuanya tidak menarik perhatian. Kebanyakan cerita aku sudah tengok. Entahlah emosi aku kosong betul. Yang daktiga tu, havoc makan kuey tiow sup sambil borak topik entah apa-apa di meja makan. Aku tidak join sebab aku sudah makan dahulu tadi, lapar sangat. Akhirnya aku kembali menonton Just Between Lovers sahaja, melayan mata sampai ketiduran.
Pagi ini, sebaik sahaja memanaskan semula sup ayam semalam gas pula habis, okey sekian. Ada dua biji tonggas keduanya sudah empty maka tunggulah orang yang bertugas setiap kali gas habis. Semuanya aku hendak kena handle sendiri, capek maknyah! Aku makin sudah tidak sabar mahu melarikan diri ni, hahaaa tapiii masih juga kena angkut daktiga, cis. Soh tinggal dengan si bapa, semuanya hendak aku ada sekali, eh? aku juga? sabojela.
Sekian membebel, korang wordless kan? maafla drama kehidupan aku ni biasa-biasa je. Terima kasih sudi baca, semoga semua baik-baik sahaja okey.
Album quilling art: My masterpiece Kad Ucapan untuk Barisan Hadapan
Argh comel-comel. |
Guestbook. |
Kad ucapan, kitar semula kalender meja. |
Kitarsemula kalender meja. |
2 comments:
cantik sungguh hasil craftgn u ni..quilling ni memerlukan kesabaran, ketelitian..dan hasilnya sgt wowww!! i pernah beli quilling work dari one blogger (dh lupa nama blog dia), dia memang expert la quilling
Pernah belajar juga dulu buat arts gulung2 kertas ni. Kalau kreatif, cantik kemenjadiannya.
Post a Comment