Thursday, 16 January 2025

Ke sekolah: Bayaran BAP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam.

Perkara yang paling aku tidak berapa gemar adalah berurusan dengan orang ramai, tidak kiralah bank, klinik, kedai yang ramai pelanggan atau pun sekolah. Lebih-lebih lagi bila tiada seorang pun yang aku kenal dan harus pergi tanpa berteman, ergh mulalah berpeluh satu badan, rasa nak pitam, lemah lutut dan sakit perut, langkah mengurangkan semua gejala di atas adalah buka #2025sya2note (planner sudah ada nama) dan mula susun jadual untuk sepanjang hari ini.

Penat hendak fikir outfit, aku pakai sahaja kurung wana hitam kosong dipadankan dengan serban, hahaaa. Otak tak berapa nak berfungsi sangat, serban baru beli untuk Arrizqi pakai ke jamuan SRA yang bertema Arabic. Mari aku rasmikan dahulu, matching betul dengan baju kurung hitam yang aku pakai.

Di sebabkan Auni dan Arrizqi berada di sesi pagi, maka bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sesi 2025 perlu dibayar pada waktu pagi juga. Aku bawa Auni ke sekolah menengah dahulu, biar dia ambil sendiri, sudah 15 tahun masakan mahu berkepit dengan emak lagi kan? aku memilih untuk dibayar secara tunai kerana lebih mudah. Berasakan urusannya tidak lama, aku hanya menunggu Auni di luar pagar sekolah sahaja, aku tidak suka masuk sekolah.

Sebaik sahaja Auni masuk kereta, aku memandu turun ke sekolah kebangsaan pula untuk uruskan Arrizqi. Parking jauh kerana tiada ruang parking berhadapan sekolah kebangsaan. Auni tidak mahu temankan aku masuk sekolah Arrizqi, ergh! aku mencari teman-teman, namun kelibat mereka tidak ada. Masuk sahaja perkarangan sekolah jantung sudah bertukar rentak menjadi laju, adoiii sabarlah Syasya it's just a school, keep calm. Bernafas.

Aku disambut Cikgu Akashah dipintu dewan.
"anak kelas apa puan?" tanyanya.
"6 Sinar"
"tu Mr.Sean, barisannya panjang lagi, kena tunggu sekejap" dia mengajak aku menjengah sama ke dalam dewan yang sudah di atur kerusi dan meja untuk semua kelas sesi pagi dan petang. Urusan pembayaran hanya berlaku di dewan itu sahaja.
"terima kasih cikgu"
"sama-sama" aku berlalu ke barisan 6 Sinar sambil bernafas dengan elok.

"eh?" sebaik sahaja mata aku bertentang dengan Suezanna dan kakHamidah berada di hadapannya.
"kakak!" Ayra anak bongsu Suezanna menegur aku. 
"la, sama pula tema kita." aku gelak. Suezana ketawa. Warna outfit kami sedondon sama, kami menunggu giliran, sesekali aku mengajar Ayra menyebut nombor dan huruf besar yang ada disekitar kami duduk. Sampai part sini aku sudah lega sedikit.
"jiran, meh sini temankan I sini" aku dijerit missNik guru Bahasa Inggeris yang duduk bersebelahan mrSean, rumah kami diselangkan sebuah rumah sahaja tambahan kami sebaya, itu yang pantang sungguh nampak muka aku, dia selamba betul menegur. Satu sekolah hendak diberitahu aku adalah jirannya, sabar je la.

Selesai berurusan, aku terus menuju pagar sekolah.
"kakak, lama tidak nampak u? sudah selesai?" aku ditegur pakguard sekolah berbangsa India, dia memang kenal betul dengan aku. 
"ada je, sudah selesai. Lepas ni u dah tak nampak I lagi, ni yang terakhir" aku mengeluarkan satu penyataan.
"pindah ke?" tanya yang pakguard lagi seorang.
"sudah sekolah atas, kakak busy di atas pula" pakguard berbangsa India membantu jawab. Aku hanya ketawa. Betullah tu, sekolah atas tu maknanya sekolah menengah. Tidak mahu meneruskan perbualan, aku minta diri untuk menunggu Arrizqi di luar pagar sekolah.

Sebaik sahaja Arrizqi keluar pagar sekolah, aku mengajak mereka berdua ke SCMarket. Aku hendak beli glue dan juga sedikit barang basah, lama dapur ku tidak berasap. 

Selepas Zohor, aku membawa Adli pula untuk pergi ambil BAP di sekolah menengah untuk sesi petang. Dia tidak mahu pergi, asyik hendak mengadap games sahaja marilah kita berdamai dengan alam sekejap, jumpa kawan-kawan. Parking depan sekolah lengang sahaja, tidak ramai yang memilih bayarang tunai.
"dah turun, ni IC pergi ambil sendiri, saya tunggu dalam kereta ja" aku menyuruhnya turun kerana ada sebuah lori menunggu dibelakang.
"saya bawa hp" Adli turun dari kereta. Tidak lamapun urusannya, aku baru meletak kereta elok-elok, Adli sudah pun muncul di pagar sekolah dengan senyuman.
"kan kejap je. Nak singgah beli apa-apa tak?" aku bertanya memandu pulang ke rumah akan lalu deretan gerai makanan berhadapan sekolah kebangsaan.
"taknak, kan adik dah beli tadi." jawabnya. 

Sampai di rumah, aku mengajak Arrizqi goreng naget dan kentang, dia yang paling tidak sabar tadi. Siap semua barulah aku duduk makan. Lapar sungguh!
"korang nak makan nasi tak?"
"taknak, tu banyak makanan kita beli tadi umie, jangan membazir" kata Arrizqi.
"abang nak nasi tak?" tanya aku pula, si Adli ni bila aku tak masak dia akan tanya nasi, bila aku masak kadang dia tak makan, geram ja.
"takyah la umie, saya dah kenyang" okeylah jika begitu. 

Dan hari ini menu nasi, marilah kita ke dapur. Ihiks! jika ada tuan asben, memang hari-hari menu nasi. Jika daktiga ni sahaja, nasi as per request. Aku? aku ikut dan ja. Sekian cerita semalam.

Serban uols, janji boleh ja.

dengan Ayra, masih gigih suruh dia panggil aku aunty.

anak teruna bongsuku.
Every moment is a fresh beginning. ~ T.S Eliot.

1 comment:

Mama Zharfan said...

Alhamdulillah, rezeki anak2 dpt BAP :) my boys lambat sikit dpt sbb sek swasta, dpt jugak cuma lambat