Thursday, 2 January 2025

Recycle Buku Lama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selesai hantar Arrizqi, selesai cuci tandas sambil menunggu mesin habis beroperasi mencuci segala sarung yang ada digunapakai. Sanitize setiap inci meja dan kabinet akan di kerjakan sebaik sahaja entry ini habis di taip. 

Hari kedua berpuasa, kita operasi rumah macam nak raya, aku memang suka buat pangai tiba-tiba begini, ikut suka hati. Dalam kepala masih lagi berfikir apalagi yang aku hendak buang, sejak dua menjak ni jadi teruja dengan tong recycle. Mungkin sebab ia ada di tempat yang mudah untuk disinggah atau mungkin sebab warnanya hijau? hrmmm boleh jadi juga.

Sebelum cuti tahun baru semalam, aku membuang buku-buku lama yang dorang tidak gunakan lagi, buku latihan baru dan masih kosong tidak digunakan aku repair semula biar nampak baru, bolehlah buat buku stanby atau aku akan sedekah pada mereka yang tidak berkemampuan. Buku latihan berlencana sekolah rendah dan sekolah agama, daktiga memang tidak lagi menggunakannya. 

Buku aktiviti dan latihan yang padat dengan art masing-masing, kita masuk tong. Buku daripada tabika pun ada, dulu-dulu aku ni sejenis yang suka simpan buku dengan monolog kononnya mesti boleh guna lagi. Setelah bertahun dalam kotak, memang diignorekan sahaja. Ada tidak aku suka simpan buku latihan Matematik dan Pendidikan Islam. Aku buat latihan Matematik bila menunggu dorang balik sekolah. Nak kata bijak Matematik pun tak juga, kesannya hanya menjadi pada Arrizqi sahaja, dia suka Matematik.

Kaca. Pakaian. Mainan. Aluminium. Bag dan Buku.

Tinggal hanya gambar.

Sebelum ini kita buang pakaian yang tidak boleh digunakan langsung ke tong berhampiran pondok pengawal taman berdekatan rumah. Berbukit dan jalannya berlubang. Kali ini kita ke tong bersebelahan gerai nasi lemak kakYah, lebih mudah memunggah kerana kawasan itu rata tetapi tong kitarsemulanya senget. Pintu tong kitarsemula ni berat, daripada besi padu untuk tampung berat barang-barang yang dibuang. Aku membayangkan jika terkepit jari, maunya meraung kat situ. Buat berdua dengan Arrizqi, buku-buku telah ku ikat mengikut saiznya. Mudah untuk diangkat, buang, tutup dan tinggal goodbye! Selesai satu masalah, rumah jadi luas dan tenang. 

Rasa-rasa nak buang diri pun boleh juga, tapiii pintu tong tidak membantu, ia minta muhasabah diri jadi orang berguna sayang diri sendiri. Okey mari kembali sambung mengemas rumah sambil berfikir menu tengah hari untuk daktiga. Jumpa lagi. 

16 comments:

Mama Zharfan said...

i pun buang brg2 yg boleh recycle ni kat tong gini gak...dlm uia ada tong2 gini (tapak khas) so agak senang nak dump apa2 kat situ..

mummy_ayu said...

bab mengemas ni, kalau ada mood dia ..memang laju je kan...

Kakmim said...

uish, jgn la buang diri plak cha.. nnt nangis dak bertiga tu.. part buku ni sy blom lg setelkan, tgu semua dh cuti br tgk mana yg boleh guna lagi mana yg x

fairus said...

Tindakan anda sangat terpuji. Memanfaatkan semula buku-buku lama dan menyedekahkannya adalah langkah yang bijak dan penuh kebaikan. Semoga usaha anda memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan

Ezna Khalili said...

Nak membuang buku juga ni. Buku Dania lama2.

Salina@IbuAqil said...

Ibu pun kalau dtg mood mengemas habis benda ibu nak buang. Jgn lah letak merata² mmg kena campaklah jawabnya.

ch@ said...

Mudah setempat situ je, lagi2 jika ada tempat khas parking kereta.

ch@ said...

Setuju.

ch@ said...

Ahahaha...tidakla ku membuang diri.
Betul, kena biar dorang mengemas sendiri.

ch@ said...

Alhamdulillah, sama-sama kongsi rezeki.
Janji buku2 tu hilang dari pandangan.

ch@ said...

Ayuh, nanti sempit rak buku tu bila banyak sangat buku.

ch@ said...

Same goes here, ibu.
Cuma barang abi, kena tunggu dia approve dulu.

Ammi said...

rasa buku kat rumah ammi ni dah semakin kurang sejak anak-anak masuk asrama.

mama tisya said...

bab ngemas brg2 nk buang ni mmg kena bertabah...kdg2 kemas buang eh ada byk lg haha

ch@ said...

kurang sikit kuantiti buku di rumah, ye dak?
tapiii, kita sukaaa buku.

ch@ said...

kekadang, barang tu muncul entah dari mana, bila beli pun dah tak ingat.