Balik sekolah pagi 15 Rejab 1446| 16.01.2025- Khamis
"nak mandi ke tidak? umie, nak mandi ke?" Arrizqi mengendeng sambil membelek tapawe berisi jajan. Dia ni lah, serabut. Aku masih mengerjakan skrin komputer yang jadi melintang, apahal boleh jadi begini? sewaktu di tinggal tadi, elok sahaja.
"mandilah, kan nak pakai jubah, nanti panaslah, rimaslah, berpeluhlah so pergi mandi solat Zohor sekali, nanti bawa turun kain serban dengan kopiah abi, dalam bilik saya." dengan dak gen Alpha ni, kena bagi arahan satu persatu dengan terang, jelas dan nyata. Arrizqi naik dan bersiap.
Turun semula dia sudah siap berjubah,
"bencilah, singlet ni tak selesa." aaa, drama seorang Norersyad hendak bermula.
"pakai tshirt dengan treksut Ersyad!" aku masih lagi dengan setting skrin komputer. Dia naik semula. Turun.
"nampak tshirt kat leher ni umie, pastu seluar ni nampak" ya ALLAHuuu Norersyad- dalam hati aku sahaja. Arrizqi memprotes, sangat cerewet ya jika ada yang tidak kena atau tidak selesa.
"tak payah pakai tshirt tu, seluar tu biar je" aku mengarah dengan suara kuat sedikit, hatiku juga mula hangat dek skrin komputer masih lagi tidak normal. Ergh! Arrizqi mundar mandir.
"ni leher saya luas sangat!" lagiiii???
"adik, majlis tu sekejap je. Raikan lah walaupun sekejap, pattern baju tu mmg begitu, pakai kopiah dengan kain serban tu, nanti tutup bahagian leher tu, kain serban tu kan besar" hah! panjang lebar aku bersyarah, sambil mengadap Arrizqi yang berdiri memegang igal. Menjeling jam, hampir ke jam 2 petang.
Aku pakaikan igal dan serban untuknya, melabuh betul. Patut beli saiz kanak-kanak sahaja, tapi tidak mengapalah. Arrizqi nampak comel sangat.
"adik tak bawa unta ke?" usik Auni sebaik sahaja dia turun melihat adik bersiap.
"ada ke?" tanya Arrizqi semula, aku sudah ketawa sambil berlalu untuk menghantar Arrizqi ke sekolah rendah agama, hari ini akan diadakan Jamuan Akhir untuk tahun enam sahaja, bertemakan Padang Pasir. Arrizqi masih lagi membebel sampai ke sekolah.
"takde orang pakai pun umie?" halaaa... sudah sampai sekolah ni Arrizqi, kita dah lambat sebenarnya.
"masuk je la dulu, awak tu sudah lambat" dia bersalam dengan aku, melangkah turun juga.
"bye umie" dia berlalu masuk pagar sekolah, hahaaa comel gila. Aku balik dengan senyuman dan bercerita dengan Auni, Auni hanya gelak sahaja dan menyambung me normal kan skrin komputer. Berjaya juga akhirnya, aku cari sampai dapat di bahagian setting.
![]() |
Arrizqi. |
![]() |
Kelabuhan. |
![]() |
Dapat bunga lagi. |
![]() |
Inilah yang buat hal tu, boleh pula jadi senget begitu. |
Balik sekolah, Arrizqi muncul dahulu di tempat aku, Linda, kakHamida dan Fajjida menunggu, berjalan dalam hujan siap bawa bunga. Masih utuh outfitnya walaupun basah.
"ya habibi, saudagar Ersyad berjalan dalam hujan!" kata Linda sambil ketawa.
"ya saudagar, kejap Ersyad tunggu mama Nazir" ujar aku, apabila kakHamidah sampai aku memberi semula sijil Nazir yang sudah siap dicetak namanya. KakHamidah menghulur RM5, tidak aku ambil, dia mencari Arrizqi, kami sudah berlari ke kereta. Benda tu simple je, aku suka je untuk membantu melainkan art, aku akan ambil upahnya.Setakat cetak sijil fotostat, hendak kertas warna, manilakad, reben, it's okey, free as long as aku ada bahan-bahannya.
Hari ini hari terakhir persekolahan sepanjang minggu ini Norersyad Arrizqi di rai pagi dan petang, tidak seperti Adli tahun lepas, dia mengambil cuti sendiri seawal dua hari, hahaa. Semoga semuanya baik-baik sahaja, aku hendak menyambung housekeeping.
It always seems impossible until it's done.~ Nelson Mandela.
10 comments:
mesti tak sabar2 anak2 nie nak melangkah ke tingkatan 1..
cutenya dia pakai serban ;) dh mcm haji cilik heheheh
tak sabar nak menyakat abang dia, hahaa.
hahahaaa, dia pemalu tapi dia tabahkan aja.
Comel la awak ni....
Hahahaha comeel kan anak2 ini. adaaaa saja protes dia yaaa 😄😄. Nasib baik diganggu kakaknya tak marah ðŸ¤. Takut merajuk pula tak nak pakai kostum 😅
ala ala..comeinya
nanti dia tersengih sipu-sipu.
iya fanny, emak da ghisau jika dia mogok, satu hal pulak nak mujuk.
pak arab jual unta, haha.
Post a Comment