Sunday, 12 January 2025

Penutup Sekolah Rendah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

10 REJAB 1446 | 11.01.2025 - Sabtu.

6.35am suasana masih lagi gelap, aku dan Arrizqi menunggu enjin kereta hangat sedikit, cuaca pagi yang lembab dan sejuk membuatkan kepala terbayang indahnya sekiranya kita masih di bawah selimut namun acara yang akan berlangsung pada hari ini membuatkan aku dan Arrizqi teruja. 
"Sya, kereta tidak boleh parking dalam, kena parking luar, datang pat parking depan kitorang." begitulah suara kakHamidah apabila dia menelefon daripada tempat kejadian sewaktu aku sudah separuh jalan, memulakan pemanduan. Dalam hati menyumpah juga, parking banyak berhadapan auditorium, tetapi tidak boleh pula, hrmmm... 
"kita parking luar sini je la umie, takpe jalan sikit" Arrizqi sudah panas punggung tidak sabar-sabar. Rintik hujan mula turun. Sebelum lebih lebat, marilah kita. Kami berpapasan, aku, Arrizqi, kakHamidah dan Fajjida teman baikku seperti biasa masuk ke perkarangan auditorium.

Malas hendak memulakan perdebatan tentang parking, aku redah sahaja. Arrizqi sudah hilang dengan teman-temannya, aku melayan dua tiga orang teman yang sama-sama datang meraikan anak-anak masing dalam majlis yang sama sebelum diheret Fajjida, aku mencari kakHamidah ke meja pendaftaran untuk mendapatkan pass masuk, huru-hara sedikit kerana ruang tersebut tidak berlampu, ada suisnya tetapi urusetia tidak jumpa, gelap dan disuluh lampu handpone masing-masing, aku menyelit melepaskan diri sahaja, hahaa selfish.

Fajjida dan kakHamidah hilang lagi, aku mencari Arrizqi untuk pergi bersarapan. Anak-anak lebih terampil, berbaris elok untuk mencari nama masing-masing di ruangan lain. Arrizqi di hadapan sekali, sudahlah kecil dikelilingi dengan teman yang berbadan besar, aku lihat sahaja dia meloloskan diri daripada kepungan.
"umie, kita pergi makan kat atas sana" sebaik sahaja dia nampak aku yang sedang mundar-mandir mencari teman yang sudah hilang ke mana-mana. Aku bawa diri sahajalah, sebelum Fajjida muncul entah dari mana mengajak aku. Aku suka dengan dia ni, orang berniagakan? laju dan pantas bertindak. Arrizqi mengetuai, berjalan mendaki tangga yang berbukit berpandangan indah. Aku pernah sahaja berada di sini, Institut Latihan Kemahiran Kesihatan, Sg. Buloh. Arrizqi bawakan sarapan aku serahkan pass sarapan, Fajjida mencari tempat duduk. Aku duduk makan dengan Fajjida sebelum didatangi kakHamidah dan Nurul beserta anak masing-masing yang juga satu kelas dengan Arrizqi.

Kembali semula di auditorium, aku serahkan pass masuk pula. Berpisah lagi dengan Arrizqi apabila diheret lagi oleh Fajjida yang terus mencari tempat duduk. Baris tengah paling strategik, aku, Fajjida, kakMidah dan Nurul berderet. Mereka bangun menguruskan anak masing-masing yang sedang bersiap dengan jubah. Aku di suruh menjaga barisan tempat duduk, lah! terima kasih kakHamidah membantu aku menguruskan Arrizqi. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku serta Negeri Selangor. Argh! nyanyi satu auditorium begini buat aku rasa sebak ja, feeling zaman sekolah-sekolah. Diikuti dengan ucapan pengetua sekolah dan ucapan perasmi majlis, seorang tuan inspektor polis- tiba-tiba teringat tuan asben, ahah! 

Setelah dirasmikan acara penyampaian scroll sidang pertama bermula tiga kelas dahulu, satu persatu nama dipanggil, ada yang susah disebut, ada yang gambar lain namanya lain, ada yang terberangan lupa nama sendiri, comel betul perangai anak-anak. Ada yang mengaut lebih daripada satu anugerah sehingga tidak cukup tangan untuk pegang. Berehat seketika kami di hiburkan dengan persembahan rekoder secara medley oleh anak-anak darjah empat diiringi dengan petikan ukulele oleh penyelaras tahun enam, Mr. Sean Dan Sean. Gabungan melody tanpa lirik itu membuatkan aku dan Fajjida ikut sama menyanyi, kami hanya ketawa dalam senyap sahaja apabila tersalah atau terlupa lirik. Auditoriumkan? orang atas pentas nampak jelas akan perangai kami, begitu jugalah sebaliknya- tiada peluang hendak lena boleh viral nanti.

Selesai persembahan bacaan sajak, sidang dua diteruskan, dua kelas termasuk kelas Arrizqi, Damia, Nazir dan Syafik, haaa anak kami semua di sini. Seorang roll video, seorang kamera, semua angkat phone masing-masing, termasuk barisan belakang kami, ada Suezana, kakAzy dan Ain yang anak mereka juga dalam satu kelas sama. Perangai mak-mak hendak mememori semua benda. Aku tidak sempat hendak ambil gambar emak-emak ni, pasti comel jika dapat candid.

Sebelum sidang tiga bermula, kami diharmonikan dengan nyanyian nasyid daripada anak-anak darjah enam. Alahaiii manis-manisnya penyanyi nasyid ni, sejuk sahaja melihatnya. Mereka menyanyikan lagu Terima Kasih daripada Hijjaz. Walaupun tanpa muzik namun senyuman mereka sambil menyanyi tu membuatkan hatiku sebu, ditambah pula dengan video yang dipersembahkan, aku tak sanggup hendak tengok. Aku sudah meleleh air mata. Sebak betholll! aku pandang Fajjida, dia tengah lap air mata, lahaiii bukan aku seorang sahaja rupanya. 
"nasib baik tiada lagu Shila Hamzah tu, memang lebur macho aku satgi, habis eyeshadow I" akui aku pada Fajjida membuatkan dia ketawa.
"tu lah kan." jawabnya, rupanya kakHamidah dengan Nurul tengah sibuk, men trowback picture anak memasing waktu mereka belum ke sekolah, membuatkan aku dan Fajjida juga berbuat yang sama. Kami bertukar-tukar gambar, sambil acara penyampaian scroll diteruskan. Kerana anak-anak kami telah selesai semuanya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian Anugerah Tokoh Murid Perempuan dan bersurai. Arrizqi sudah tidak sabar-sabar mendapatkan aku, dia duduk sebaris dengan aku, tetapi di bahagian kiri dewan. 
"umie, kita keluar dari sini dulu, pergi makan tempat tadi. Jom!" 
"kau keluar dulu, nanti jumpa kat luar, ramai sangat ni." kata Fajjida membuatkan aku terus mengekor Arrizqi mencari pintu keluar dengan berhati-hati. Selesai melepaskan diri, Arrizqi terus sahaja ke tempat makan tengahari, penat betul manjat bukit kali kedua, habis tenaga. Orang masih lagi belum ramai.
"Ersyaaaad!" kami bertemu dengan Ustazah Afifah mengajar Pendidikan Islam Arrizqi.
"emak Ersyad ke ni? betul ke emak Ersyad?" dia bertanya Arrizqi, was-was. Aku sudah pun terangguk-angguk lemah lutut jumpa mereka yang soft spoken begini, aku mudah mencair.
"iya saya emak dia" aku menjawab juga, letih pula jadi pemerhati diantara dua orang yang pemalu.
"mudanya puan, puan nampak muda sangat, umur berapa puan, Ersyad anak sulung ke?" argh sudah, tahun 2025 ku fikir tiada lagi soalan ini. Umurku meningkat lagi.
"huuu, anak bongsu. Kita dah 41 tahun cikgu."
"puan kerja ke?" 
"suri dalam rumah sepenuhnya" jawabku perlahan. Segan. Aku cuba wujudkan suasana mesra.
"puan, Ersyad ni baik sangat, dia fokus dalam kelas, dia rajin. Antara ramai-ramai pelajar tahun enam saya suka sangat dengan dia. Dia bagus. Ersyad, teruskan jadi baik ye walaupun awak dah tidak bersekolah di sini." alahaiii terawang-awangan aku jadinya.
"terima kasih ustazah, terima kasih sama-sama mengajar dan mendidik dia." tu je yang aku terfikir.
"dah pergi makan, lepas tu boleh bergambar." selesai berpamitan, kami mengambil makan tengah hari sambil menunggu siapa-siapa yang kami kenal muncul. Tiada.
"jomlah umie. Saya dah rimas lah dengan jubah ni." Arrizqi sudah merengek. Sebelum dipulangkan, mari kita bergambar di tempat yang cantik ini dahulu.

Turun bawah berselisih dengan mereka yang baru hendak naik, aku ucapkan tahniah kepada sesiapa sahaja. Peramah kan, hahaa! Sampai di bawah, barulah reunion mak-mak with anak-anak, bising ruangan tu. Macam-macam kerenah, tidak mahu hilang lagi aku ambil kesempatan memory the moment. Aku petik sahaja apa yang ada. Lawa tidak nanti kita edit. Hendak keluar pun masih hujan. Janji ada kenangan.

Sebaik Arrizqi pergi memulangkan jubah, aku berbual dengan kakAzy sebentar dan terus balik, badan aku juga sudah tidak larat benar. Aku singgah membeli nasi ayam dan kudapan untuk penghuni rumah. Tuan asben sudahpun keluar untuk menukar cermin kereta kelisanya. Selesai urusan hari ini, mari update sana dan sini. Tapi ini yang paling panjang, catatan di bloghijau, memori terindah. 

Album: Healing style emak-emak.


Meraikan Norersyad Arrizqi.

Nasyid.

VIP yang sentiasa berulang alik ambil-hantar anak-anak.

Me. Fajjida. kakHamidah dan Nurul.

Terbaik Bahasa Arab & Sahsiah Terpuji.

Hrmmm...

Homeroom teacher: Mr. Sean & BI teacher@jiran: Miss Nik.

Fajjida. Suezana. kakAzy, kakHamidah, Nurul & keriuhan.

Syafiq (Nurul). Nazir (kakHamidah). Adam (kakAzy). & Arrizqi TAHNIAH  korang!

My bayi rezeki ni sudah 12tahun, alhamdulillah. Ibu Aqil, kakMim dengan mummyAyu mesti tahu kisah lucu kelahiran dak rezeki ni dan kenapa namanya Arrizqi - REZEKI

Terima kasih sudi baca panjang-panjang.

No comments: