Tuesday, 14 January 2025

Cenderamata Cawan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu hari, tuan asben pulang dengan mini gino yang penuh dengan barang dagangan, eh bukan! akan tetapi barang daripada hasil kehadirannya sempena majlis dia berpindah ke Melaka. Memang tidak sampai setahun pun dia di Pahang sudah di arah pindah ke Melaka pula, alhamdulillah hasil kerjanya cemerlang menjadikan dia berpindah ladang pula. Aku membantunya mengangkat satu-persatu, banyak betol. 
"hadiah pindah serupa hadiah baru nikah, biar betul ayang ni.!" aku membebel, saja buat-buat seronok, akulah yang kena buka semua cenderamata ini nanti, aku PASTI wiii!
Paling banyak cenderamata berupa plague, sudah tentulah berukir namanya. Bila sudah banyak plague, menjadikan otakku berfikir hendak membeli kabinet sudut lutsinar yang bercermin- okey masuk list. Hadiah lainnya, seperti biasa pembakar roti, pemanas air, air fryer, dua set frame dinding, set solat dan Al Quran. Dalam banyak-banyak tu, ada terselit set seperti hantaran, kebetulan ulangtahun Adli baru sahaja berlalu, tuan asben bagi sahaja cenderamata tersebut kepada Adli dan Auni dapat set cawan dimana aku letak dalam chart tiktok belum sempat check-out. 

Di satu hari yang lain sebelum sesi persekolahan berakhir, cerita sekolah lagikan? hahaa, mak-mak katakan selagi anak bersekolah, ini sahajalah ceritanya. 
"umie, kakak ada hitea PRS, kakak dah bayar, kakak pergi dengan Iman." satu ayat jelas keluar daripada Auni sebaik sahaja kami meninggalkan pagar sekolah menengah.
"tema apa? buat kat mana? pukul berapa?" emak dan persoalan berpisah tiada.
"tema retro, buat kat hrmmm... Iman tahulah nanti pergi dengan emak dia, petang umie, dorang tak jadi buat malam." Auni menjawab sambil membelek handpone.
"kena cari outfit tu." dan aku pun ikut menyibuk tiktok mencari tema. Dek kerana masanya tidak banyak, aku teringat Mazlina- dia pernah posting anaknya kemajlis bertemakan retro, dapat pinjam topi. Aku belikan juga Auni shawl polkadot, simple-simple sudahla. Balik daripada majlis Auni bawa cenderamata berupa cawan serupa dengan tuan asben bagi sebelum ini, warnanya sahaja yang berlainan. Terus dia mencari Arrizqi.
"kenapa tak bagi abang?" aku tanya.
"abang curi duit kakak." jawabnya, duit yang dimaksudkan dalam game online ye kawan-kawan. 
"lah!" aku tidak bertanya lanjut. Auni memang dia akan share dengan Arrizqi. Arrizqi dia akan share dengan semua orang, abang atau pun kakak. Adli, dia share dengan orang yang baik dengan dia. That's my daktiga punya perangai.

Jadi cawan dalam chart aku tadi, boleh kurangkan sebiji lagi. Akukan suka sedondon, tu yang gigih semua hendak sama. Walhal cawan je kot. Sambung,

Semalam, Arrizqi balik ke sekolah bawa cawan sama bentuk, dapat daripada guru kelasnya kerana semua parent telah membuat bayaran PIBG. 
"dapat cawan umie, sama macam cawan kakak bagi saya, saya bagi abanglah tapi saya nak strawnya." Arrizqi membuat penyataan selepas aku bertanya dapat cawan macam mana.
"straw banyak kat dapur tu. Warna apa? mana nak tengok?" emak kepoci.
"ada dalam sinki saya dah basuh." jawab Adli sambil sengih. Nampaknya aku tidak jadilah check-out cawan dalam chart, semua sudah ada satu seorang sama persis.

Cawan ni memang berguna untuk daktiga buat air sendiri, emak minum air masak sajaja jadi tidak rajin untuk membancuh banyak-banyak air. Membancuh air jika tuan asben ada di rumah sahaja. Jadi sekian cerita cawan sedondon, muahahahaa!

Kakak (oren). Abang (putih). Adik (hijau).

A years before.

A years before-before, hahaa!

Cernderamata: Pemberian yang kekal contohnya gambar, cermin, cawan, buku, pen, jam.
Cenderahati: Pemberian tidak kekal contohnya buah-buahan, kuih-muih, wang dan bunga.

2 comments:

mama tisya said...

bekas cawan tu cute..aritu tgk kt umh mak katanya dpt ldr kenduri

Mama Zharfan said...

Cute2 belaka souvenirs tu