Saturday, 18 January 2025

Simpan tanda kenangan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, hari terakhir persekolahan sesi 2024 sudah melabuh tirainya, ini bermakna lebaran baru menunggu untuk dihadapi, semoga ketabahan kian bertambah seiring dengan meningkatnya ketinggian kesabaran, WE CAN!

Aku dan tuan asben menyiapkan rangka perjalanan sepanjang cuti sekolah, aku menghurai panjangkan list untuk aku selesaikan satu persatu sebelum meninggalkan rumah, walaupun mengisi memilih pakaian untuk di bawa bersama, setiap hari ada outfitnya sendiri. Aku memang agak leceh sedikit, nampak sahaja simple tapiii itulah. 

Arrizqi membawa pulang satu beg fail peribadi berisi dokumen dan sijil tanda tamat persekolahan darjah enamnya, oh my anak bongsu. Fail itu mengingatkan aku beberapa peristiwa sewaktu Arrizqi mendaftar masuk darjah satu di mana dia berlainan sekolah dengan abang dan kakaknya. Sudahlah kali pertama masuk ke sekolah tersebut, boleh pula dia hilang dari radar pada hari orentasi darjah satu menyebabkan gambarnya tersebar satu sekolah dalam masa tidak sampai satu hari. Pening kepala aku, panik usah dikata sebab suasana serba baru, cikgu pun aku baru kenal, selok belok sekolah itu pun aku belum habis eksplore. Baca: Minggu Suaikenal - Arrizqi hilang!

Arrizqi berada di sekolah tersebut hampir dua minggu, untuk habiskan minggu transisi darjah satu sebelum boleh berpindah sekolah, dia sudah menjadi perhatian beberapa orang guru sesi petang berikutan kehilangannya pada minggu orentasi lepas. Satu hari, kerana aku terlupa memberinya wang belanja menjadikan guru sesi petang sekali lagi panik akan ketiadaan Arrizqi pada waktu persekolahan masih berjalan. Rupanya, Arrizqi ikut kelas Pendidikan Moral. Baca: Hilang lagi sekali - Arrizqi

Gelihati bila aku ingatkan kembali, mengenang bagaimana paniknya guru kelas membuatkan aku ikut sekali huruhara. Terima kasih pada teacher Haliza yang menguruskan Arrizqi ketika itu. Alhamdulillah. Sewaktu hari terakhir Arrizqi di sekolah jauh, teacher Haliza menyatakan dia kehilangan anak murid paling comel dalam kelasnya walaupun hari terakhir itu hari tragedi, namun dapat aku tangani dengan lancar, angkut semua bawa balik. Arrizqi telah melabur amanah saham perut, malu dan tidak malu jugalah, seluar dan baju basah habis. Baca: Hari terakhir di sekolah jauh.- Arrizqi.

Dan minggu seterusnya Arrizqi sudah berada di Sekolah baru sama dengan abang dan kakaknya, memudahkan aku menguruskan hantar-pulang sekolah mereka. Ketiganya serentak bersekolah dua sesi pada waktu itu, jenuh jugalah menjadi seorang surirumah sepenuh masa, sebelum sekolah tutup sepenuhnya kerana PKP (dua kali ganda jenuhnya). Entry bloghijau pun entah ke mana-mana pada tahun kemeruduman dan keletihan dahulu.

Alhamdulillah, semuanya dapat aku atasi dengan penuh kesyukuran, Arrizqi bakal ke sekolah menengah pula menjadikan daktiga sudah melalui dan meninggalkan dua fasa persekolahan. Alhamdulillah, Syukran Allahuakbar.

saka biru turun temurun.

since 2016 to 2024, alhamdulillah.

Turun temurun juga, sampai teacher Khaida pun bertukar sekolah.

Sebencinya kamu kepada sekolah, percaya disaat kamu dewasa kamu akan rindu di zaman kamu sekolah. 

22 comments:

Warisan Petani said...

Tahniah Arrizqi akan masuk sekolah menengah

Eyma Balkish said...

Singgah sini :)

Mama Zharfan said...

Zmn persekolahan sgt indah utk dikenang bila kita dh dewasa/ komitment sgt byk

uncle gedek said...

Uncle dulu tak benci sekolah...
Uncle cuma benci rotan yang disimpan di sekolah tu!
(Nampak sangat selalu kena rotan, kan? Hahaha)

mama tisya said...

kenangan time sekolah mmg mengimbau bila dh dewasa kelak...selamat menempuh alam sekolah menengah plak Arrizqi

Suria Amanda said...

Dulu suka buat kenangan semua ni..tapi dah lama- lama mana yang tak perlu tu tuan badan sendiri dah buang...sabo je la

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Memang kenangan sekolah itu banyak dirindu. Ntah saat anak2 masih awal sekolah, ataupun ketika kita dulu bersekolah. Kadang rasa teringin nak balik ke masa itu 😆😄

Saya tak pernah malah benci sekolah. Mungkin juga karena banyak kenangan indah di masa itu

mummy_ayu said...

semua kenangan tu...
betul..zaman sekolah dulu, x sabar nak keja..
now dah keja, rindu nya zaman sekolah..

Bola Katok said...

Wujud lagi rupanya file sekolah macam tu.

Ezna Khalili said...

Tahniah....kita sebagai mak mak ni simpan memori camni...

fairus said...

Anak saya pun samalah. Ada yang bertukar baju sekolah sebab masing-masing bertukar sekolah mengikut mamanya yang juga bertukar tempat kerja di sekolah (sebelum ni di klinik). Baju lama yang kebanyakan Tshirt sekolah pasti tak boleh pakai lagi.

ch@ said...

terima kasih wak.

ch@ said...

terima kasih singgah.

ch@ said...

sungguh benar.

ch@ said...

rotan buat kita jadi lebih kemanusiaan.

ch@ said...

terima kasih mama tisya.

ch@ said...

byk sudah dibuang ni, tinggalkan sedikit sahaja.

ch@ said...

saya suka sekolah meskipun tidak disukai teman.

ch@ said...

sungguh MA betul.

ch@ said...

wujud. mengimbau bukan. fail mak dorang pun ada lagi.

ch@ said...

terima kasih kak ezna. mak-mak banyak emosi.

ch@ said...

kan. ada sekolah every year tukar pattern baju, pening juga.