Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Baru hendak menaip I sudah terbayangkan muka tanpa perasaan dia, muka blur Arrizqi yang boleh buatkan I kasihan ada, geram pun ada. Minggu ke dua sekolah, I sudah mampu menerima keadaan, walaupun masih juga huru-hara. Urusan dengan sekolah masih tidak selesai sepenuhnya. Cerita tentang Arrizqi lagi, ada 1 hari I terlupa hendak memberi dia duit belanja, I teringat apabila I hendak buka beg memberi Adli duit belanja, Adli mencadangkan agar I minta pertolongan dengan guru kelas Arrizqi sahaja, I juga terfikir hal yang sama berikutan hendak berpatah balik semula, Auni akan keluar sekejap lagi, tambah-tambah sekolah Arrizqi jauh. Lagi pula, I masih belum kenal dengan mana-mana parent yang anaknya 1 kelas dengan Arrizqi. End up, I minta tolong dengan guru kelas Arrizqi meminjam duitnya, beri pada Arrizqi. Terima kasih teacher Haliza kerana sudi membantu.
Esoknya, I kirim semula duit rm2 kepada Arrizqi untuk teacher Haliza, I text beritahu, minta teacher ambil pada Arrizqi. Alhamdulillah, teacher yang baik hati itu menyuruh Arrizqi menyimpannya sahaja dan teacher menceritakan satu kejadian yang buat dia ketawa sepanjang hari mengenangkan Arrizqi.
Pada hari I meminjam duitnya untuk Arrizqi, teacher Haliza minta bantuan ustazah yang sedang mengajar sebelum waktu rehat, matapelajaran pada masa itu ialah Pendidikan Islam serentak dengan Pendidikan Moral. Ustazah memanggil nama Arrizqi berkali-kali namun tidak ada sesiapa yang mengaku, ustazah bertanya pada kawan-kawan Arrizqi pula, ada seorang yang kenal dengan nama Ersyad tetapi bukan dalam kelas yang sama.
Menurut teacher Haliza lagi, beliau bergegas turun ke kelas untuk mencari Arrizqi, betul kata ustazah beg dan bukunya masih ada di tempat Arrizqi namun empunya badan tidak ada. Ke mana pula Arrizqi pergi tanpa disedari cikgu yang mengajar. I membayangkan lagi sekali betapa kelam kabutnya warga pengajar tahun 1 ketika itu, Arrizqi buat hal yang sama pada hari orentasi yang lalu, adeih! Menghilang.
Teacher dan ustazah pasti rasa suspen dan terkejut, belum pernah lagi terjadi anak murid hilang dalam waktu pembelajran berlangsung. Sehinggalah loceng tamat waktu kelas berbunyi, dan teacher Haliza paling lega apabila ternampak Arrizqi berlari masuk kelas dengan pelajar bukan Islam, apa korang bayangkan? hahahahahahaaa, Arrizqi follow pelajar bukan Islam untuk kelas Bahasa Moral. Aduhaiii! Kata teacher Haliza, muka Arrizqi iras ala-ala budak Iban, Kadazan. Kejadian menjadikan Arrizqi menjadi hot topic dikalangan guru-guru tahun 1 sekolahnya.
Teacher juga berkata ada hikmah I lupa beri Arrizqi duit belanja, jika tidak semua orang tidak sedar dia tidak berada di dalam kelas pada matapelajaran Pendidikan Islam. Lepas tu, barulah teacher tanya pada Arrizqi tentang duit belanja, lagi sekali dengan penuh yakin Arrizqi jawab ada sebelum kelam kabut menukar kepada tiada dengan tangan sibuk menyeluk poket seluar. Arrizqi memang kelakar. Daripada dia kecik memang tiada masalah. Arrizqi suka berkawan dengan siapa sahaja yang dia kenal. Arrizqi yang halus dikalangan kawan-kawannya.
Kejadian ini bukan sahaja menyedarkan I malah guru darjah 1 pasti lebih tegas selepas ini. I lagilah tidak terfikir langsung, Auni dan Adli sepenuhnya dikelilingi murid Islam, malah masa I bersekolah dahulu, di sekolah menengah baru bercampur dengan pelajar bukan Islam itu pun sudah 16tahun. Apalah yang murid darjah 1 tahu baru 2 minggu bersekolah, sabar sahajalah!
Budak paling tidak kisah. Tie, seluar, beg, kasut, semua recycle.
Arrizqi lupa dia sekolah agama.
Sekurang-kurangnya jika ada rezeki berpindah sekolah, Arrizqi akan dikenang oleh guru-guru sekolah asalnya. Ihiks! Sekian cerita. I hendak update bloghijau sahaja lepas ni. I rindu. Instagram sudah mula boring.
No comments:
Post a Comment