Monday, 7 January 2019

Sekolah besar 2019 - Arrizqi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Kecoh! di pagi hari Rabu merupakan hari pertama kembali ke sekolah untuk Auni dan Adli, bagi Arrizqi hari ini merupakan permulaan sesi persekolahan formal. Say goodbye to tabika perpaduan, say goodbye to sekolah separuh hari. Hari yang bersejarah juga untuk I kerana perlu menguruskan A to Z berikutan kelas tuan asben bermula pagi hingga ke malam, urgh! Semalam sahaja I sudah tidak mampu melelapkan mata dengan lena, uhuh! dan menjelang pagi rumah sudah chaotic. I cuba meredakan perasaan, it's ok syasya schedule pagi ini serupa je dengan tahun lepas, cuma lebih lagi awal kerana hari ini pasti penuh parking berikutan kemasukkan tahun 1 baru.

Syukurnya trio A memberikan kerjasama yang elok, bersemangat waja untuk memulakan sesi persekolahan. Dan, macam biasa drama king kita, Adli kembali dengan perangai manja. Arrizqi sudah pun berkasut, Auni sudah pun berada di dalam kereta, get ready semua? I menghantar Auni dahulu, sebelum jam 7pagi Auni sudah pun berada di sekolah. Berkali dipesan agar menunggu mak usunya tengah hari nanti, I masih menguruskan Arrizqi yang bersekolah jauh dan tidak sempat untuk menunggu Auni balik sekolah rumi (kebangsaan). Auni akan terus ke sekolah jawi (agama).

I menghantar Adli dan Arrizqi, mahu sahaja I tinggalkan mereka berdua, namun biarlah untuk pertama kali Arrizqi I menunggu sebagaimana abang dan kakaknya dahulu. Eleh! menunggu pun bukan buat apa, Arrizqi sudah biasa dengan sekolah jawi. Lagi di halaunya I suruh balik rumah adalah, datang masa balik sekolah je ume...! gitu.

Dan I pun balik, menyelesaikan tugasan rumah, bla... bla... bla... macam biasa. Otak ligat berfikir bagaimana keadaan trafik untuk ke sekolah Arrizqi nanti, hendak ikut jalan depan (lebuhraya) atau jalan belakang (kampung-kampung). I menunggu Adli dan Arrizqi macam dulu-dulu juga, halah-halah-halah bersihnya mereka berdua, datang pada I dengan senyum meleret. Alhamdulillah! mereka baik sahaja. Kitorang lekas-lekas balik rumah, perlu bersiap segera untuk ke sekolah rumi pula. 

Waktu ini yang mencabar, Adli sekolah dekat, Arrizqi sekolah jauh. Adli masuk jam 1.10ptg manakala Arrizqi masuk jam 1ptg. Hrmmm... I decided hantar Adli dulu, sekolah dekat then ikut jalan depan terus ke sekolah Arrizqi. Adli pun sudah biasa dengan sekolah dekat, sebelum ni pun dia kerap dihantar awal kerana Arrizqi balik sekolah tabika jam 12tgh. Syukurnya Arrizqi tidak banyak songeh dan kerenah, walaupun baru pertama kali dia bersekolah dua sesi, I tidak dengar dia merungut langsung. Selesai hantar Adli dengan pesanan-pesanan, I menghantar Arrizqi pula. Kan mudah jika mereka satu sekolah, I boleh sahaja terus menunggu Auni keluar nanti, but what to do. Rezeki tidak berpihak.

Sampai di sekolah rumi (jauh), I meletak kereta juga agak jauh, bukan apa, mudah untuk aku keluar balik tengah hari nanti. I menunggu sahaja bersama parent yang lain, hrmmm parent di sekolah ini tidak berapa mesra, I senyum mereka senyum pahit-pahit sahaja. I hanya duduk jauh daripada khemah Arrizqi selepas berborak dengan seorang bapa yang anaknya sama kelas dengan Arrizqi. Termenung.

Arrizqi sudah sibuk main, tangannya tidak reti duduk diam, pastinya memulakan salam persahabatan dengan kenalan-kenalan baru. Dia tidak menangis pun, dia juga tidak hiraukan I langsung. Bila pelajar di arah masuk ke kelas, I mengekori Arrizqi. Ohooo... kelasnya betul-betul bersebelahan dengan kantin, ihiks! Selesai menguruskan Arrizqi, meninggalkan pesanan-pesanan, I mencari seorang guru untuk bertanyakan soal prosedur pindah sekolah. Guru meminta I naik ke pejabat sekolah untuk bertanya, I suka guru-guru di sekolah ini, mereka sangat peramah dan mesra.

I memanjat tangga untuk ke pejabat sekolah, bertanya dan di beri satu borang untuk dilengkapkan dan hantar semula ke pejabat. Penerangan dan penjelasan diberikan kepada I sambil diperhati guru besar sendiri. Cuak juga I dibuatnya.
"baru masuk sekolah sudah hendak pindah?" ujarnya spontan.
"maaflah cikgu, terpaksa pindahkan juga kerana dia ada abang dan kakak bersekolah di sekolah lain. Jadi susah sebab abangnya satu sesi dengan dia, terkejar-kejar saya dibuatnya." I terangkan dengan tersangkut-sangkut, gugup.
"ooo tidak dapat 1 sekolah, susah juga tu. Takpe-takpe isi borang tu dulu, nanti hantar semula pada kita, kita taipkan surat cantik-cantik." ujarnya ramah.
"baiklah, terima kasih cikgu." dan I terus balik rumah dengan keletihan lebih daripada biasa. Perut lapar tetapi sudah tidak kuasa untuk memunggah dapur. Kasihankan Myra yang akan balik petang nanti, I gagah juga memasak sebelum get ready hendak ambil Arrizqi jam 5.50ptg nanti.

Jam 5.15ptg I sudah terpacak depan pagar sekolah, awal? kena awal. jika tidak jalan sehala itu akan jadi sempit dan I perlu segera untuk balik ambil Auni dan Adli pula. Auni sudah dipesan untuk menunggu Adli, dia perlu berjalan daripada sekolah jawi ke sekolah rumi. Takpe Auni, sekejap sahaja, nanti bila Arrizqi sudah bertukar sekolah, kita back to normal time ok. Be patient!

I berjumpa dengan kak Miza, kami sekampung, anaknya pra di sekolah dekat namun dia juga mengalami masalah sama dengan I, dapat sekolah jauh. Kami sedih, tapiii kami terima je la. Kami tiada kabel yang besar-besar untuk segera tukar sekolah. Kami hanya ikut prosedur. 

Balik ambil Arrizqi terus ke sekolah dekat, alahaiii simpati I melihat anak yang dua lagi tu sudah bersidai di pagar kecil. Betul-betul mengikut arahan. Bukan I tidak mahu meminta bantuan orang lain, mahu... cuma I lebih kepada mereka yang suka menawarkan diri. Lagipun I tidak mahu tuan asben pertikaikan apa guna jadi surirumah tapi tidak boleh uruskan anak3 sendiri. Jadi anak3 perlu juga dengar apa yang I arahkan.

Sekejap je, tak apa. Kita cuba dahulu, jika tidak mampu nanti, kita cari tuan asben minta pertolongan. Dan kesibukkan tidak habis di situ, bersambung malam apabila I mengerah segala penat keluar dengan pergi zumba, hahahaaa! start jam 9mlm habis jam 10mlm. Tengah-tengah malam I baru sibuk adjustkan rumah dan anak-anak untuk memulakan hari esok pula.

Jadi, habis sudah satu hari yang sangat havoc, semoga Allah swt terus memudahkan urusan-urusan kita hari-hari, inshaaAllah.

Album:

_
 Sekolah jawi same with abang.

_
 Sekolah (rumi) jauh dan sekolah dekat.

 Arrizqi yang nun jauh di sana.

Moms habiskan penat. 

No comments: