Monday, 31 December 2018

Minggu suaikenal - Arrizqi hilang!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Ok! sebelum sesi 2019 bermula, entry terakhir barangkali dengan kelajuan maksima I menaip entry ni, hahahahaaa! December 24th, Arrizqi perlu menghadirkan diri ke hari suaikenal tahun satu sesi 2019 nanti setelah melalui pelbagai cobaan dan kesulitan akhirnya kami sepakat mengambil keputusan untuk Arrizqi bersekolah di sekolah jauh juga, sekolah tidak sama dengan Adli. Macam biasa, usah di haraplah kepada sang bapa untuk menghadirkan diri walaupun di surat jemputan di terangkan lagi jelas ibu dan bapa adalah dijemput.

I perlu menghantar Myra lebih dahulu, kerana dia perlu ke event untuk menggantikan I zumba bersama coach yang telah menunggu di tempat yang hampir dengan sekolah Arrizqi. Kira sekali jalanlah! I terus ke sekolah parking kereta and temankan Arrizqi. Sudah ensem anak I yang bongsu ini, gigihla kami berdua mencari nama Arrizqi di papan kenyataan sekolah. Kali pertama buat I and Arrizqi berada di sekolah itu, I menyapa mesra antara parent yang sama-sama menunggu, mencari-cari juga kiranya ada antara parent itu yang I kenali, hrmmm non ado.

Orang pertama mendaftarkan Arrizqi sudah pastilah Arrizqi. Kesulitan pertama terjadi apabila, senarai nama yang berada di tangan guru bertugas kelas tidak sama dengan senarai nama di papan kenyataan. Heh! Kesulitan kedua, I perlu buat bayaran semula bila selesai taklimat untuk ibubapa nanti, guru bertugas tidak ada baki wang untuk pagi itu. 

Arrizqi sudah tinggalkan I dengan kawan-kawan barunya, mengikut cikgu yang bertugas. Dia sukalah, dapat kawan baru, suasana baru, walaupun overall outfitnya milik Adli. Itula jadinya orang lain bertali leher maroon, Arrizqi punya blue black. Ignore it Arrizqi, 1st time hang sekolah sini, I pun taktau. Habis mendengar taklimat bersama parent lain yang tidak berapa mesra (ini masalah), I cuba jugalah senyum sehabis peramah. I balik semula ke khemah guru bertugas untuk membuat bayaran sebelum berjumpa Arrizqi di kelasnya.

Ke kelas Arrizqi dengan resit bayaran (perlu diserah kepada guru bertugas di kelas), mata mencari Arrizqi. I baca balik semula nama kelas bertampal di pintu, ye betullah ini kelasnya tapiii di manakah Arrizqi? owh, I is cuak. Menggigil juga bila kau excited nak tengok perangai anak, tapi anak kau tak ada. Huh! I masuk juga kelas tu serahkan resit.

"tapiii cikgu, anak saya tiada!" hah! tercengang 3 orang cikgu yang best gelak bersembang tadi. Korang jangan main-main, tu anak kesayangan I tu. 
"eh! dia tak boleh keluar lagi selagi parent tak datang ambil, betul tiada? Ersyad Arrizqi?!!" nama Arrizqi di laungkan. Dalam kelas tu hanya ada 2 orang murid je lagi. Seriusla takkan I tidak kenal anak sendiri pula kan. I menanti tindakan seterusnya.
"kenapa?" datang seorang lagi cikgu lain.
"akak buat pengumuman, cari murid ni. Dia tiada dalam kelas, emaknya baru sampai nak ambil dia." cikgu perempuan datang menjengah itu pantas meminta sedikit info tentang Arrizqi, and sebarkan maklumat dalam grup guru sekolah jauh tersebut. Hadoi! nama penuh Arrizqi terdengar di segenap corong pembesar suara. Adeih! separa hati I rasa cuak, separa lagi rasa gelihati sebab hari pertama sudah begini jadinya. 

I dan cikgu perempuan tadi balik semula ke kelas mencari Arrizqi, syukurnya bangunan sekolah itu tidak terletak jauh-jauh, hanya beberapa langkah sudah sampai tapi penatlah juga ke hulu-ke hilir. Dan, Arrizqi sudah tersengih menanti I. 
"ume...!!!" dia menjerit dengan muka bahagia. 
"wei, pergi mana? kita cari awak la" I tanya dia perlahan.
"saya pergi tandas, saya pergi dengan cikgu tu." jarinya mengunjuk cikgu yang baru I nampak, senyum cikgu tu sambil I ucapkan terima kasih.
"saya nak tolong dia, dia kata nak buat sendiri. Banyak kali saya tanya dah siap ke belum." I tidaklah marah dengan cikgu tu, dia sudah temankan Arrizqi. Anak I selamat, insyaaAllah. Mungkin ada kekeliruan komunikasi antara mereka membuatkan kehilangan Arrizqi tidak disedari. 

I kembali semula ke dataran perhimpunan, masih lagi mendengar pengumuman nama Arrizqi dipanggil. Mungkin guru pengendali majlis yang peramah itu masih belum mendapat maklumat Arrizqi sudah dijumpai. I bergegas memimpin Arrizqi memberitahu cikgu pengendali.
"oooh! ini orangnya. Pergi mana Arrizqi?" tanyanya peramah, Arrizqi sudah pun berlari bermain.
"pergi tandas" pendek sahaja dia menjawab.
"patutlah dengar nama tu, macam kenal je" tiba-tiba I terdengar suara menegur I. Oh! ini kawan satu tabika dengan Arrizqi. Rasyiqah! satu-satunya yang bersekolah jauh sama dengan Arrizqi. Dan kami berbual seketika. Rasyiqah mengambil keputusan untuk bersekolah sahaja di situ. Jika I tidak perlu uruskan Adli, ingin juga menyuruh Arrizqi bersekolah sahaja di situ. I kasihankan Adli yang tiada siapa untuk uruskannya. I tidak mahu menyusahkan orang lain. Minta pertolongan orang, adalah perkara terakhir yang I akan buat sekiranya I betul-betul tidak mampu.

Ramai yang berasa pelik mendengar kisah sekolah Arrizqi ni, I sendiri pun memang sudah pelik dan sudah malas hendak cerita. Ia tidak mengubah apa-apapun. Pasrah je la. Cikgu pengendali majlis pun beritahu, sekolah dahulu nanti buat pertukaran, inshaaAllah boleh dapat. Sekolah jauh tu best. I suka suasananya, serupa sangat dengan sekolah sekolah rendah I di kampung dulu-dulu. Walaupun parentnya agak krik-krik-krik!

I membelikan beberapa keperluan Arrizqi dan pulang, bertembung lagi dengan cikgu pengendali I suruh Arrizqi bersalam dengannya. berterima kasih banyak-banyak padanya.
"ume, esok saya sekolah lagi tak?" tanya Arrizqi membuatkan cikgu pengendali tu tergelak.
"nanti buka sekolah, cikgu cari awak dulu Arrizqi." katanya sebelum melepaskan Arrizqi pergi.
"hari orentasi sudah hilang, haih! kecoh 1 sekolah dibuatnya. Suka betul buat huru-hara, terima kasih cikgu. Jumpa lagi buka sekolah nanti." I minta diri. 
"ye, terima kasih puan." dan Arrizqi terus berlari ke pagar sekolah. I hanya tergelak. Dak ni memang tau. Dan balik, I singgah di mcD disebabkan Myra sudah tamat event dan berada di sana. Kami bertemu sebelum balik ke rumah bersama-sama.

Album:


ArrizqiQiQi.


Outfit Adli.

Budak rezeki ni sudah sekolah!

Sekian entry penutup 2018. Jumpa di tahun 2019, inshaaAllah! 

No comments: