Wednesday, 13 February 2019

Sekolah baru.

As known as sekolah abang kakak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Hari pertama Arrizqi di sekolah baru, semestinya I lagi la yang masih sibuk menguruskannya. Balik sahaja sekolah agama, bersiap untuk ke sekolah kebangsaan, hooorey! hari pertama di sekolah baru, barulah sangat sedangkan Arrizqi telah biasa dengan sekolah abang kakak ini sejak berumur empat tahun lagi. 

Perkara pertama ialah melaporkan diri, bawa surat lulus perpindahan dan cop terima, isi buku log baik-baik giliran ke dua (semasa pengesahan) terus ke nombor 300++, huh! tiba-tiba rasa sangat kejauhan. Argh! tolak tepi yang penting sudah dapat pindah sekolah, hahaaa! Selesai 1 proses, proses menunggu guru penyelaras menetapkan kelas pula, maklumlah student baru katakan. Kawan-kawan yang seangkatan Arrizqi, hampir semua sekelas. Ada empat hingga lima orang yang ikut sama berpindah. Mereka lebih kurang bernasib baik, pra sekolah di situ tetapi tetap dihantar nun jauh di sana. Ini menjadikan I berasa lebih terasa ingin tahu bagaimanakah penempatan mereka ini di buat. Rata-rata yang tercampak jauh nun di sana ialah mereka yang mempunyai sejarah dan berkait dengan sekolah dekat ni. Pelik!

Sempat berbincang dengan guru penyelaras tentang buku tulis, nampaknya buku tulis sekolah jauh lebih banyak yang tidak sama dengan sekolah dekat, pun... tidak selaras rupanya. Alhamdulillah ada kawan-kawan I yang sudi membantu mendapatkan buku tulis untuk Arrizqi, buku tulis lama abang kakak juga habis I korek balik semula, ada hikmah rupanya menyimpan buku tulis yang tidak digunakan. Dan syukurnya, Arrizqi ialah anak yang langsung tidak cerewet, apa yang ada sahajalah digunakan. Meskipun lambang pada buku tulis tidak sama dengan kawan lain, dia tidak kisah langsung yang penting isi dalamnya - katanya selamba.

Arrizqi ditempatkan di kelas betul-betul tempat I dengan dia berdiri. Owh! tidak sekelas dengan bidadari-bidadari seangkatannya tadi. Bidadari sebab hanya Arrizqi seorang yang bo'boy', lain-lain is ge'girl'. I mengisi borang lagi, hadoih! dah lebih 10 kali isi borang yang sama, setiap kali sekolah buka borang maklumat diri ini jugalah yang di isi. Borang ini jugalah yang jadi isu sebelum ini - apabila cikgu sekolah jauh Arrizqi tersalah letak borang Arrizqi dan menyebabkan I terpaksa berulang semula ke sekolah jauh untuk ambil dan bawa ke sekolah abang kakak. Guru kelas Arrizqi memberi jadual waktu persekolahan dan I berjanji untuk datang semula memberi fail peribadi dan menyelesaikan urusan pembayaran kemasukkan Arrizqi.

I mencari Auni pula yang manatah menghilangnya, pak guard berbadan gempal itu juga turut sama mencari, katanya dia nampak Auni di belakang surau, I ke belakang Auni ke depan, I di depan, Auni di belakang, budak ni kannnn... I terus hantar dia ke sekolah agama dia hanya menukar baju dalam kereta sahaja dan I terus balik rumah untuk rest sekejap.

Selesai solat zohor I rushing ke sekolah jauh Arrizqi semula untuk hantar surat perpindahan. Alhamdulillah, urusan dimudahkan buku-buku Arrizqi dan beberapa dokumen sudah ada di pejabat sekolah tanpa I mencari guru kelas lagi. Kerani di situ juga bertanyakan tentang Arrizqi yang balik awal semalam. Memorinya kuat sungguh!

I terus ke sekolah abangkakak untuk selesaikan urusan kemasukkan Arrizqi, menunggu guru penyelarasnya, memberi fail peribadinya, I hendak selesaikan semuanya hari ini juga, letih benar ke hulu dan ke hilir. Sedang I berjalan-jalan, nama I terasa di jerit...

Pandang kiri kanan, loh! Arrizqi tersengih sambil pegang donat...
"saya makan donat...!" suaranya nyaring.
"Ilman-ilman-ilman...!" dia memanggil kawannya pula, datang Ilman berpelukkan, sampai berjalan pun berpeluk berdua.
"tu Adib ume..., tu Adam. Rara ada kat sana." tahun 1 sedang rehat, makanya masing-masing dengan menu masing-masing. Tapi Arrizqi, awak bukan budak baru ke? hahahaaa...

Nama-nama di atas merupakan rakan sekelas Arrizqi semasa di tabika, mereka semua berada di kelas yang berlainan dengan Arrizqi tetapi masih mencari rakan-rakan juga. Bagus budak-budak ni, terhibur sekejap I dengan keletah mereka sementara menanti guru penyelaras untuk selesaikan pembayaran yuran Arrizqi. Selesai urusan, I berjalan lambat-lambat menuju kereta diluar pagar, cuaca panas menyebabkan badan I terasa letih yang amat. 

"tak habis lagi ke...?" tanya pak guard yang sudah sedia kenal melihatkan I yang berulang alik.
"dah, dah selesai semua..."
"senanglah lapas ini, tak payah pergi jauh-jauh sana."
"betul-betul, terima kasih tengokkan anak-anak I"
"tak apa, itu kerja kita maaa." dan I pun balik melepaskan penat.

Sekejap je, lepas tu keluar semula untuk menunggu mereka balik dari sekolah. Lain suasananya bila kakLin tak ada, kawan I melepak sudah tidak ada, sobs! Masuk hari ini sudah 10 hari Arrizqi bersekolah sama dengan abang kakak, alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan-urusan I. Semoga hari-hari mendatang terus berkeadaan baik, inshaaAllah!

Memorable:

 Dua minggu dengan tali leher merah, sebelum bertukar tali leher blue black.

Hari pertama di sekolah baru.


  
Sementara menunggu kakak Auni tiba.


 Very the perempuan, dia keluar sekolah agama awal, tapinya paling lambat tiba... my geng!

No comments: