Wednesday, 22 May 2019

Emak!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Salam Nuzul AlQuran, hari ni....... hari ulangtahun arwah emak. Sudah melebihi 10 tahun emak meninggalkan kita, bulan Mei bulan ulangtahun kelahiran kita, merangkap hari ibu, juga hari guru. Tahun ini tarikh hari ini jatuh pada 17 Ramadhan. Emak, kita rindu sangat dengan mak, Alfatihah.

Semoga emak tenang sahaja di sana, walaupun perkenalan kita singkat sangat tetapi emak sentiasa dalam doa kita. Kita masih ingat kali pertama bertegur siapa dengan emak, emak tanya tentang anak emak yang seorang itu, betulkah dia masuk belajar sama dengan kitorang semua- yang di bawa pulang oleh anak emak selepas mandi sungai, kitorang dalam satu kelas yang sama. Emak telah jumpa surat tawaran masuk belajar dia sewaktu sedang mengemas biliknya. 

Selepas perkenalan kita, setiap kali emak tidak dapat menghubungi anak emak, emak akan menghubungi kita bertanyakan di mana anak emak. Emak ni, macam tahu-tahu sahaja kita selalu fastreply dengan anak emak tu. Maafkan kita ye emak, berkenan betul dengan anak emak tu, hehe.

Selepas itu kita datang tumpang tidur di rumah emak sewaktu kenduri perkahwinan anak emak yang sulong. Betapa rasa terasingnya la dalam kesibukkan ramai adik beradik emak dan abah masa tu. Anak emak tu memang dia tidak ambil port dah. Lepas tu kita keliru, ramainya adik beradik emak, mukanya lebih kurang sama je, sangat-sangat keliru dibuatnya, kita sudah guna habis skill untuk mengingat semuanya, and emak... sampai sekarang kadang kita tersalah panggil, hahaaa. But, dorang pun sampai sekarang asyik tersalah panggil kita. Dorang tertukar nama dengan menantu emak yang seorang lagi, sobs!

Walaupun emak tegas dan nampak serius, tapi emak sangat kelakar. Emak paling sempoi kita pernah jumpa. Boleh berselisih kereta dengan emak, emak di tempat duduk penumpang menoleh 180 darjah bila nampak kelisa anak emak. Anak emak sedang memandu juga perasan...
"eh? tu macam emak?" hahahaaaa bila ingat, rasa kelakar.

Emak bercerita mengulas macam-macam bila mendengar berita, emak cerita tentang anak-anak emak yang lain, seronok. Emak cerita-cerita emak tu kekal dalam ingatan kita, bila ingat memang kita ketawa sendirian. Emak, anak-anak emak sudah punya keluarga masing-masing. Alhamdulillah. Kami semua berkerja dahulu sebelum berumah tangga, macam yang emak mahukan. Syukur. Emak, kita doakan emak semoga tenang di sana, kenangan-kenangan bersama emak akan kita simpan dalam kotak kenangan manis. Terima kasih emak. Alfatihah untuk arwah Puan Noraidah binti Nordin. 

No comments: